Tuesday, September 11, 2012

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM.....

Apa khabar? Waah macam lama jek x bersenda gurau dengan you all kat sini... Ada lagi ke yang sudi jenguk dapur suam-suam kuku akak ni... Ya laaa tuan rumah semakin bz pun ada, semakin banyak nak rehat pun ada jugak....macam-macam hal pun yea la...sume sama naik.. Maybe dalam seminggu dua ni, blog akak akan bercuti panjang la yeaaa....hehe

Okeh laaa ni lauk sempoi masak lepas raya-raya ni....Pagi tadi dah post kat FB...wat tayangan amal dulu, x sempat nak entry...Lauk ni akak masak sbb kes nak makan yg sempoi-sempoi jek tp still menyelerakan... So masak goreng-goreng camni, anak2 mmg suka sangat2.... Masakan ni sebenarnya biasa-biasa jek, macam akak penah masak ikan sambal daun kari hari tu...so kali ni wat ayam pulak... Lg besssttt laaa.... Kalau nak cuba dan rasa malas nak fikir menu apa nak masak, ini resepi yg paling mudah dan cepat....selamat mencuba... ^__^

AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!
Boleh jugak tukar dengan sotong ke, udang ke, ikan ke....ketam pun best....!!



26 comments:

nOOrsha said...

Salam k umi..menyelerakan btul!!salu wat masak bercili ni x boh daun kari..boh daun kari lg sedap kot kan..harum je baunye....nk wat ngan ikan ok dak ye..ayam yillek..hihi

ummiakid-lily said...

waduh² sedap banget lauk cenggini kalau makan dgn nasi panas². Nape tak cakap...kalau x muka x malu datang rumah....bak sepinggan!

izahdaut said...

ikan sardin jek ada dlm peti es tu kak ummi... tapi teringin sangat dah ni.. hmmm tunda 3 hari :-P

Marsita Yahya said...

Salam Kak Ummi,
terimakasih kerana dah menyelamatkan saya dari memikirkan apa nak masak ptg nanti he he

Anonymous said...

salam kak ummi

tina copy resepi ni, sebab kekadang malasnya nak balik kalau hari keja, tak tau nak masak apa kan

masak simple2 mcm ni senang & cepat sikit keja hehe

nampak sangat menarik lauk ayam ni

Gee® said...

K.Ummi cayaaaannnnggg.... bila kita nk dating ni... aduhhh!! ayam goreng podaih tu macam memanggil2 jer...

Azlita Aziz said...

Salam Kak Ummi,

Selamat beristirehat..

Kebetulan Dalili sibuk suruh masak ayam, nampak semalam kat FB tunggu jugak resepi ni..
Waah.. pasti menyelerakan bila makan dgn nasi panas..
Simple tu yg sedap!

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ummi :D
Perhhh sedapnya ayam goreng pedas daun kari...meti wangi bau daun kari...

Bila anak2 balik nnt bolehlah Lin cuba

Terima kasih kongsi resepi..

JaSSNaNi said...

amboiii kak ummi.. sedapnya ayam goreng bercili ni.. ni mmg fev nani.. kena ngan nasi panas2.. mmg tak sedar abis 2 pinggan..

faa.rosli said...

sedapnye...terliur tgk..hihi

Nadz Nazharzan said...

Huhuhuuu...sedapnya hidangan akak ni.. Kak, nak gi raya rumah akak lah..sedap2 hidangan akak....

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ummi.
Menyelerakan betul tau..Kalau lauk pedas2 mcm ni memang paberet.

Mel said...

Dah cuba tadi. Memang sedap. Minta izin c n p resepi ye Kak ummi! :D

Mas said...

simple dan sedap...
tergoda nengoknya....

rahel said...

Salam kak ummi cayang...
Waaaa...ayam goreng pedassss mcm ni la yg gue suka...len kali masak lebih sikit ye kak,pastu pos k sabah..hehehe..

zila norazila said...

salam cyg kak ummi
sedapnya kak..zila klu yg pedas2 pastu buh daun kari mmg ler minat..wangi jew kan bau daun kari tue..:)

Shiela said...

Assalam kak ummi.. Sampai sini terbau harum tuu.. :b

ijayuji said...

Salam kak ummi cayanggg! terliur betul tgk ayam ni kak, siyess nii sbb mesti pedas kan kak? eeee.. minat betul kita makan lauk2 mcm nii buat ratah2 jer sedap niii

Mamasya said...

Salam k.Ummi.sesuai dg namanya ayam pedas... tengok cili padi pun byk....tp part goreng letak daun kari tu buat sedap baunya...

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi,
menu ringkas mcm ni yg buat bertambah nasi dan lauk...pasni leh cuba resepi akak kesayanganku ini...mmng menyelerakan sungguh..

Nur-nba said...

Menu ni membuka selera.. Tentu bertambah2 nasi bila makan.. yummy.. :)

Rohah said...

salam lebaran kak.. payah tenung lama2 pun dah nmpak mnjilat jari..

Marsita Yahya said...

Salam Kak Ummi,mohon share resepi ni tapi saya ubah sikit bahannya...maaf ye...http://my-mintroom.blogspot.com/2012/09/ayam-goreng-serai.html

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Sedapnya auntie! nak cuba buat la nanti.

nur said...

mmm..dappp..heee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Anonymous said...

follow ..
http://mylove-blogspot.allalla.com/