Thursday, February 17, 2011

Kek Coklat Lembab Malaysia dan Sambutan Besday

Salam semua...okiiieeessss..jangan ketawa tau tengok deco keras tangan akak tau...masuk class deco cupcakes hari tu, terlalu basic pastu sangat jarang2 mendeko....hehee, nak menulis atas tu kan...punyalah keras tangan terketar-ketar aiihhh...pastu icing pun macam tersumbat xnak kuar jek..hahahaha...Gasaaakkk laaahhh! Janji kek tu sedap kan...hehe....Baru2 ni sempena cuti Maulidur Rasul 15 Februari, akak dengan ikhlas hatinya telah buatkan kek tuk anak saudara akak Nur 'Izzati bt. Mohd. Fadzli yang lahir ke 13 tahun si ayahnya (adik lelaki akak) hari lahirnya menurut kalendar Islam jatuh pada hari yang sama dengan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu pada 12 Rabiulawal tersebut....Jadi dengan itulah sebab keterjadiannya kek yang x seberapanya ini...hahahhaha...Deko ikut dan jek..pastu bz kena buat pizza dan dessert pulak....Lepas asar lah celebrate....Abang akak n family pun datang...So layanlah kek besday yang x seindahnya ni.... Tapi Kek Coklat Lembab Malaysia ni mmg sedap, asalnya skodeng dan CnP dari dapur Hana, tp resepi asal ada kat dapur Rinnchan..Thanks kedua-duanya yeaa...

KEK COKLAT LEMBAB MALAYSIA
Resepi: Indon.com
Sumber: Rinnchan & Hana

Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B(akak guna gred A)
Topping:
  • 250 gm cooking chocolate
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar margerin atau butter



inilah yang sempat disnap setelah dipotong dan dimakan belaka...mmg sedap tekstur kek nih..halus dan lembut jeeekk...buruk2 rupa pun habis kena santap..hahaha


Cara-Cara Untuk Kek:-
  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya. Pukul sederhana laju.
  4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
  7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.(akak guna loyang 81/2 x 81/2 in)
  8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.
Cara-Cara (Untuk Topping):
  1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
  2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
  3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

si ayah dengan anak daranya in action..hehehee
Selamat Hari Lahir untuk adikku Mohd. Fadzli dan anaknya Nur 'Izzati..
Moga panjang umur dan tahun ini membawa seribu keberkatan jua untuk kalian di dunia dan akhirat...amiinnn

Kuih Bakar Jagung Bijan

Ni baru sempat nak upload entry kuih bakar jagung ni haaaa....kuihnya dah licin pun...dapat seloyang tu...akak punya hadap...waaaa mmg suka sesangat laa...x makan nasi pun xpa...sedang2 elok jek kejadiannya...x lembik x keras....mmg akak suka sangat kuih ada bijan2 nih..so akak tabur ikut suka akak je laa...hehee...Dah lama sebenarnya nak buat, ada masa x cukup masa, ada masa terlupa, ada masa x cukup bahan...biasa la kan...ala2 kelupaan gitu....Kata Mat, dah kertu...hahahaha...dia la tuh...akak x lg kan..hehe. Okay lada banyak resepi kuih ni, hampir2 sama jek..apapun meh layan resepi asal dari Zana08@MyResepi ni dulu sebab cara nak buatnya sangat mudah, blend jek....tp akak ada adjust2 sikit je la bahannya, akak angkut dari dapur Rozie@DapurKayu...akak C n P jek nih ya Rozie...thanks to Zana n Rozie!

KUIH BAKAR JAGUNG BIJAN
Resepi: Zana08@MyResipi
Sumber: Rozie@Dapur Kayu

Bahan:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan(*akak guna santan kotak jek)
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula(*akak kurangkan lg 2 sudu besar)
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar mentega (*ni akak tambah)
  • sedikit bijan jika suka

Cara-cara

  1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
  2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang ukuran 8 x 8 inci seeloknya (*akak guna loyang 8 1/2 x 8 1/2 in.) dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (*akak tambah masa bakar 10 minit lg untuk lebih garing di atasnya).

Wednesday, February 16, 2011

Ayam Lemak Merah Dengan Karot

Haiiiii...dah siap makan ke semua....makan pagi ke makan tengahari...hehee? Xpa laa..makan je laa..asal jgn pengsan x makan sudah la eh... Okay, meh la layan lauk yang akak dah x reti nak menggayakan ayam ni ha...last-last ini lah jadinya.....apapun, sangat-sangat sedap taaauuu, x caya try laa....best sungguh! Biarlah org kata masuk bakul angkat sendiri pun....kebenarannya sudah begitu, kena la cakap kan..kan...Ni Aiman yang duk kata, "lauk mak masak td tu sedap" selepas dia makan lauk ni...hehe...ya laa, selalu lemak kuning, tp kali ni merah2 oren sikit guna cili merah laa...hehee...Layaannn...

AYAM LEMAK MERAH DENGAN KAROT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - dipotong 6 atau 8 bahagian - bersih dan toskan.
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 batang karot - dipotong bulat/ikut suka
  • 1 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 2 - 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan - dibakar dulu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan bahan kisar dan serai dengan api sederhana perlahan hingga cili masak sedikit.
  2. Masukkan santan cair dan biar mendidih sekejap.
  3. Masukkan ayam dan asam gelugor. Kacau balik perlahan dan biar ayam masak.
  4. Masukkan garam dan karot. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau rata. Biar mendidih sebentar sambil dikacau. Tutup api dan kacau lagi sekejap, agar santan tidak pecah minyak.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.