
Salam semua...okiiieeessss..jangan ketawa tau tengok deco keras tangan akak tau...masuk class deco cupcakes hari tu, terlalu basic pastu sangat jarang2 mendeko....hehee, nak menulis atas tu kan...punyalah keras tangan terketar-ketar aiihhh...pastu icing pun macam tersumbat xnak kuar jek..hahahaha...Gasaaakkk laaahhh! Janji kek tu sedap kan...hehe....Baru2 ni sempena cuti Maulidur Rasul 15 Februari, akak dengan ikhlas hatinya telah buatkan kek tuk anak saudara akak Nur 'Izzati bt. Mohd. Fadzli yang lahir ke 13 tahun si ayahnya (adik lelaki akak) hari lahirnya menurut kalendar Islam jatuh pada hari yang sama dengan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu pada 12 Rabiulawal tersebut....Jadi dengan itulah sebab keterjadiannya kek yang x seberapanya ini...hahahhaha...Deko ikut dan jek..pastu bz kena buat pizza dan dessert pulak....Lepas asar lah celebrate....Abang akak n family pun datang...So layanlah kek besday yang x seindahnya ni.... Tapi Kek Coklat Lembab Malaysia ni mmg sedap, asalnya skodeng dan CnP dari dapur
Hana, tp resepi asal ada kat dapur
Rinnchan..Thanks kedua-duanya yeaa...
KEK COKLAT LEMBAB MALAYSIAResepi: Indon.com
Sumber:
Rinnchan &
HanaBahan-bahan:
- 250gm mentega
- 1 1/2 cawan gula castor
- 2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
- 1 camca teh esen vanilla
- 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B(akak guna gred A)
Topping:
- 250 gm cooking chocolate
- 3 sudu besar susu cair
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar margerin atau butter
inilah yang sempat disnap setelah dipotong dan dimakan belaka...mmg sedap tekstur kek nih..halus dan lembut jeeekk...buruk2 rupa pun habis kena santap..hahaha
Cara-Cara Untuk Kek:-
- Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya. Pukul sederhana laju.
- Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
- Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.(akak guna loyang 81/2 x 81/2 in)
- Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.
Cara-Cara (Untuk Topping):
- Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
- Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
- Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
- Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

si ayah dengan anak daranya
in action..hehehee
Selamat Hari Lahir untuk adikku Mohd. Fadzli dan anaknya Nur 'Izzati..
Moga panjang umur dan tahun ini membawa seribu keberkatan jua untuk kalian di dunia dan akhirat...amiinnn