Thursday, August 9, 2012

Ikan Sambal Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeh entry tertangguh je la lagi ni.... Masak pun sempoi-sempoi jek dah sebenarnya bila dah di akhir Ramadhan ni, rasa semakin x sempat pulak bila balik kerja tu... Langkah silat pun dah semakin lemah jek gayanya... Nak kata mood raya datang x jugak sebab satu jenis kukis pun belum buat lagi....cuti hujung minggu ni la kot dapat buat...hehehe, doa-daokan la yea ada satu dua kukis yg sempat akak buat....

Okeh laaa meh layan menu berbuka ntah bila punya ni....apapun masak ikan camni mmg best, pembuka selera berbuka dan bersahur jugak. Cuma gambar ni x lah berapa cun eh, amik kat meja makan je dah ni, di bawah sinaran kalimantang....no matahari...hehehhe...Layaaann... Sempat jgk wat pengat masa tu sbb ikan masak sempoi dan wat sayur manis gitu jek...

IKAN SAMBAL DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar saiz sedang
  • 20 tangkai cili padi thai hijau - ditumbuk
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 6 biji bawang merah - ditumbukLink
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis - akak guna kicap ABC
  • sedikit air (jika perlu)
  • sedikit gula/secukup rasa
  • sedikit garam/secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 pelepah daun kari - basuh dan lurutkan daunnya

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga warna keemasan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak goreng ikan dari kuali dan tinggalkan sedikit lalu terus tumis bahan tumbuk. Kacau hingga pecah minyak dengan api perlahan. (Masukkan sedikit air jika perlu).
  3. Masukkan kicap, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kari dan kacau sekejap, kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau balik sebentar sambal biar rata dan bersalut pada ikan. Tutup api dan hidangkan.


Kalau masak lauk sempoi-sempoi camni, sempat jugaklah nak buat pemanis mulut seperti pengat pisang ni, guna je santan kotak....hehehhehe....

Tuesday, August 7, 2012

Laksa Johor

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar adik-adik di luar sana...semoga sihat semua hendaknya. Kita dah berada lebih di pertengahan Ramadhan dan ramai yang dah tunjuk kukis memasing nampaknya. Terliur akak tengok, tapi belum sempat lagi la nak mengukis, x tau la sempat ke x ni....harapkan masa cuti nak buat. Itu pun baru ni cuti 3 hari, akak balik kampung berbuka di rumah parents akak dan kampung hubby jugak. Walaupun dah xda kedua-dua mertua, namun sengaja lah menemankan adik hubby yang sorang di rumah pusaka tu....selepas tarawih, lewat malam tu baru akak balik ke rumah parents akak.

Anak-anak dara pun sibuk dah nak ajak mengukis, terutama Najwa tu...haiisshh, maknya ni kerja...ingat kena tunggu wiken ni laaa nak pulun sikit...hehehe. Tapi Najwa kata, mak bancuhkan aje lepas subuh, dia boleh bakingkan....adeeeeiii.. semangat anak dara ku...hehe.

Okeh laaa ni nak wat tayangan basi kat you all....buat laksa johor ni last week dah sebenarnya...hahaha, nasib la kan, baru sempat entry...tu pun banyak tertunggak tu...Terima kasih banyak kepada Sheila yang telah berjaya menggoda tekak akak hari tu, menyentap iman ku betul..hahaha...Apapun, akak suka resepi ni, mudah sangat nak buat dan akak pun guna santan kotak...hehehee...i liiikkeeee...Jom cuci mata je la eh...xyah telan air liur kering tu...hehe

Adeeiii lupa nak letakkan sambal belacan n limau kasturi masa posing laa...tu la nak cepat2 sangat sebab lepas tu nak menggentel buah melaka lak...adeeiii, malas dah nak snap semula gambar... Satu lagi malasnya, kena taip semula resepi Sheila ni...uwaaaa...xleh copy paste sbb tuannya dah terkena cilok gambar hari tu...so pendinding kena lah kuat kan Sheila, akak paham, xpa laaa..ku taip jua... Thanks again Sheila...lebiiuuu....muaahh!

LAKSA JOHOR

Resepi: Chahaya Sheila
Dicuba/rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-

  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila)
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan


























Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe

Peerrgghhh....sedaaappp!

Friday, August 3, 2012

Kari Kepala Ikan Rempah O

ASSALAMUALAIKUM

Alahaaiii banyak hari x update, x sempat betul...mohon maaf la kepada yang selalu menjenguk tu yeaa...faham-faham je laa akak ni. Balik kerja masak dalam kelam kabut, pastu lepas berbuka dah bersiap-siap nak bertarawih pulak....balik mmg fenat gilosss...badan berpeluh2 seronok, tapi lepas jek mandi, salin baju terus zzzzz...Dah la dari jam 4 pagi waktu sahur sampai berbuka x dapat langsung barang selelap nak merehatkan mata, kat pejabat pun rasa ngantuk, bimbang gak ada nnt bos ketuk paler sebab tersengguk-sengguk....hehehe. Tu pasal laa.. Ni amik masa sekejap nak update....

Ni pun entry entah bila, hujung minggu lepas kot....hahahaha..nasiblah kan. Tapi xkesah la kan, just masukkan entry untuk memberi idea je kot ada yang nak masak ni kan.... Layaann eh.. Dah lama x makan kari kepala ikan. Baru ni ada adik ipar balik ke Sg. Petani bawak balik rempah kari cap O ni, katanya orang sebelah sana banyak guna rempah ni.. Eemmm boleh tahan rasanya... Apapun kalau dah peminat kari, x kesah sangat rempah kari apa...tibaiii jek...hehehhe. Layaaannn...

KARI KEPALA IKAN REMPAH CAP O
Resepi & Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 600 gm kepala ikan tenggiri/jemuduk (apa2 ikan besar pun boleh)
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan * Kali ni akak guna serbuk kari Cap O
  • 1 cawan santan pekat * (* dibancuh bersama)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (dihiris halus/ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba/herba campur
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 1/2 - 3 cawan santan cair
  • 2 biji cili hijau - dibelah
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 8 batang bendi
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan halba campur, daun kari dan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk ketumbar. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak. Kacau2 selalu.
  3. Masukkan air asam jawa, kacau dan kepala ikan tadi. Kacau balik perlahan agar ikan mesra dengan kari tadi sebentar.
  4. Masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan masak atas api sederhana. Biarkan kuah mendidih.
  5. Perlahankan lagi api dan masukkan bendi dan sayuran lain. Biar kuah naik kemerah-merahan/naik minyak (biasa akak akan tutup periuk/caserol sebentar untuk proses ni selama 3 - 5 minit). Tutup api dan boleh buka tudung periuk agar sayur tidak layu sangat. Selamat Mencuba!!