Wednesday, August 3, 2011

Ikan Bawal Masam Manis

Assalamualaikum.....

Pagi ni sementara nak tunggu Aiman bersiap nak pergi sekolah ni akak sempatlah jugak edit dan masukkan entry nih...hehe. Tapi ni bukan menu berbuka semalam....hari pertama puasa punya....Ha, kan dah kata, akak mmg akan masukkan entry-entry terlewat atau dengan kata lain, dah habis dah....kesian kan.. Tapi xpalah untuk idea para suri rumah yang tak tau nak masak apa hari ni...bolehlah jenguk dan telek-telek resepi sempoi akak ni ya....Moga dapat membantu sedikit-sebanyak. Okay xleh lama-lama, banyak hal lg nak buat nih....Layaaannn...

IKAN BAWAL MASAM MANIS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan bawal (saiz sedang)
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit air
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji nenas - dihiris nipis
  • sedikit lobak dipotong halus btg mancis
  • sedikit serbuk kunyit - untuk dilumur pd ikan
  • 3 sudu besar tepung jagung - untuk digaul pd ikan
  • minyak masak secukupnya
Cara Memasak:-
  1. Ikan bawal dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit rata-rata. Taburkan tepung jagung pada ikan biar rata. Goreng dengan minyak yg banyak hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan yg sesuai.
  2. Panaskan lebihkurang 1/4 cawan minyak dan tumiskan bawang besar yang didahulu hingga naik bau.
  3. Masukkan pula cili kisar, bahan tumbuk dan tomato yang didadu. Kacau hingga cili masak.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan mendidih sekejap.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, diikuti dengan nenas, lada benggala dan lobak tadi. Seimbangkan rasa biar cukup rasa masam manisnya. (ingat, garam jgn terlampau banyak, sebab ikan tadi telah dilumur garam)
  6. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan biar rata dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Tuesday, August 2, 2011

Puding Roti Gulung

Assalamualaikum..... Terima kasih banyaklah kepada yang masih sudi berkunjung walaupun tiada entry baru sehari dua ni.. Masa terlalu ketat buat akak...(waa....dah tiru ayat Mat pulak nih). Bukan x masak...cuma bz teramat.... Ini pun sebenarnya bukan menu berbuka puasa, akak buat hari ahad hari tu untuk kudap2 selepas 2 hari mengemas, mengecat bilik anak dara tu ha....Ni baru sempat nak entry. Resepi berbuka semalam x sempat lagi la nampaknya....akak cuba lah yea... Ingat boleh up malam tadi...tapi balik jek masjid terus flat habis daahhh....Igt kot sebelum pi kerja pagi sempat, x sempat gak....ni la baru curi-curi masa blk lunch hour....huhuu...
Jom layan Puding Roti Gulung ni dulu eh....resepi main tibai jek...hehee, adjust2 jek dr puding2 roti tu haa..senang jek..

PUDING ROTI GULUNG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 7 keping roti putih
  • jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
  • 3 biji telor
  • 40 gm gula kastor
  • 200 ml susu cair/susu sejat
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 30 gm hirisan badam/secukupnya
  • sedikit mentega untuk dilenser pd loyang
Cara Menyediakan:-
  1. Buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
  2. Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
  3. Pukul telor bersama gula hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
  6. Taburkanbadam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
  7. Hidangkan bersama sos kastad jika rajin...kalau malas picitkan jek Hershey's Syrup. SELAMAT MENCUBA....mudah dan cepat...!!

tengok gambar step di atas boleh faham kan..kan..senang jek..

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa dan Terima Kasih Atas Kad

STICKY MODE ENTRY


Assalamualaikum....

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan hiasilah dengan iman, kini Ramadan akan tiba sebulan lagi, dgn kerendahan hati maafkanlah segala kesalahan.

Allahumma bariklana fi-sya’ban wa ballighna ramadhan
- Marhaban Ya Ramadhan -

Salam dari akak dengan hati yang tulus ikhlas sempena Ramadhan al Mubarak, semoga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih sempurna dan diberikan kekuatan iman untuk meningkatkan segala amalan agar kita dikembalikan kepada fitrah diri yang bersih lagi suci. Akak juga menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya sepanjang kita bersama di alam cyber ini, jika terdapat kata-kata dan perbuatan yang tidak menyenangkan, sesungguhnya tanpa niat dan tidak disengajakan. Semoga hubungan yang terjalin bertambah erat dan sama-samalah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Terlebih dulu juga akak mohon maaf sekiranya di bulan Ramadhan ini akak tidak dapat atau tidak sempat berkongsi resepi-resepi sekerap selalu.... Al-maklumlah, segalanya pasti amat terbatas dan terpaksa dihadkan. Akak pun taknak terbeban jika masa tidak mengizinkan....harap-harap ada sedikit masa untuk akak di sini. InsyaAllah akak cuba....

Salam sayang dari Home Sweet Home...Sudi-sudikanlah ambil kad tanda ingatan buat kalian semua dan akak dahului dengan ucapan terima kasih pada yang sudi. Akak pun ada jugak kad-kad yang belum dikutip nih... ^___^ insyaAllah selepas ni akak angkut k.

Kad-kad yang sempat akak kutip...Terima kasih semuanya..sori xdan nak letak backlink lg.

Dari Noorsha

Dari Izah

Dari Dayangjack

Dari Nor

Dari Azlita

Dari Kak Rose

Dari Mas

Dari Yatie