Sunday, April 4, 2010

Kueteow Goreng Basah

Okaayyy nak letak entry sarapan pagi semalam....akak masak sempoi je lerr...heheee...bz sikit lepas kemas2 rumah, akak, hb and Najiha ke Temerloh sekejap...saja la nak menziarah mak sedara hb (Wanchik) yg accident hari tu. Sejak 2 kali menjengah dia di ICU, pastu dah 2 minggu dia balik ke rumah anaknya kitaorg belum ada peluang nak ziarah lagi..Aiman x ikut ada tusyen, so akak mintak tolong adik amik dia balik tusyen. Alhamdulillah Wanchik dah beransur sihat...Okayy jamu mata je ler yaaa..xyah resepi la kot...kue teow goreng biasa2 n kasi lembab2 sikit...hehe

Friday, April 2, 2010

Rendang Ayam Resepi Kak Liza

Okaayyy ni la dia rendang ayam yang akak buat sempena Wedding Anniversary semalam...rendang yang mudah dan cepat aje nak sediakan bahan..bayangkan lah akak balik kerja terus kukus pulut (akak rendam semasa balik lunch) dan masak rendang ni pulak...bersilat kat dapur sungguh...tapi berbaloi2 masak rendang ni, x payah banyak2 bahan..sama je sedap dgn rendang lain yg menggunakan macam2 dan berderet2 bahan..cuma ada tambah sikit2 bahan jek..ikut tekak akak...hehe...Naahhhh...dari buku Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..Sangat sedap, hingga menjilat jari, kuku segala...hehe


RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Thursday, April 1, 2010

22 Tahun Sudah Merai Cinta


Alhamdulillah, 22 tahun sudah merai cinta, menata kasih dan menyulam sayang....Sempena tarikh bertuah ini, tiada apa lagi yang boleh diucapkan hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt. yang sentiasa memberkati segala kasih sayang yang dikongsi bersama...walau pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi, segalanya berlalu tanpa sedikit pun mencalarkan dan memutuskan kasih sayang kita....Dan hari ini, Ummi ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terbalas buat abang yang tidak pernah jemu menyayangi Ummi dan anak-anak di sisi....Terima kasih jua buat kedua ibu bapa Ummi yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat dalam mengharungi alam rumahtangga ini sehingga kekal ke tarikh ini dan semoga ke akhir hayat...Hari ni abang nak bawak Ummi shopping-shopping kan...muaaahhhhh!!
For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Alah, terasa jiwang la pulak kan...kan...Jomlah kita makan pulut dengan rendang ni...Ok, hari ini akak hidangkan juadah ini untuk semua teman-teman blogger yang tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu mengunjungi dapur akak ni, cukup ke?? hehe...Akak masak pulut n rendang ni untuk dinner malam tadi dan merangkap sarapan hari ni...Dah hantar gak kat family adik malam tadi...tu pasal tinggal sikit kat uols...hehee....Layaaannnn....

Dipersilakan yaa...jangan malu2...nak makan cengkih dgn lawang ni pun boleh gak..heheee

Rendang ayam resepi Kak Liza...nnt akak letak resepi k..