Monday, December 7, 2009

Pla Rad Prik (Ikan Goreng Garing Dalam Sos Cili Padi)

Semalam seharian x kemana lah, kelmarin dah pergi kenduri...so masak2 macam biasa..nak keluar bandar pun malas...duk golek2 n santai2 tepi dapur je laaa..bukan tepi pantai eh..hehee...Ni nak bagi tau resepi ni memang marbelessss!!!....rugi sangat sapa tak try...sungguh membuka selera...Terima kasih kepada Nor Secubit Garam yang berkongsi resepi dari Thailand nih...betul la kan Nor, dari Thai kan...hehe..x kisahlah...tapi Ummi tambah sikit nama sos tu kepada sos cili padi untuk peringatan Ummi dan adjust sikit bahan ya Nor..Kelainan pada sos tu mmg world...betuiiii..So langkah seterusnya Ummi kopipes je ya Nor..hehe..thanks a lot!

Bahan (Untuk Ikan Goreng Garing):-
  • 350gm ikan siakap ~ k.nor guna ikan tenggiri (*ummi pun)
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan daun kemangi ~k.nor guna daun pudina (*ummi pun..hehe)
  • minyak utk menggoreng

Cara:-

  1. Hiris ikan nipis2 dan toskan.
  2. Celup ikan dlm tepung dan goreng dlm minyak banyak (deep fry) hingga keemasan dan garing.Toskan dan ketepikan.
  3. Goreng daun kemangi/pudina hingga garing dan toskan.
  4. Hidang ikan atas piring dan tuangkan sos cili diatasnya.
  5. Hiaskan dgn daun kemangi/pudina yg dah digoreng.

Bahan (Untuk Sos Cili Padi):-

  • 1/2 cawan bawang putih ~ dicincang
  • 1/4 cawan cili padi/merah ~ dipotong halus
  • 3 bj cili kering ~ dipotong
  • 3 sudu minyak sayuran
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan cuka (*ummi letak 1/3 cuka dan 3 sudu besar sos lemon)
  • 1/2 sudu teh garam/secukup rasa

Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili yg dipotong halus2 dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain dan masaklah hingga sedikit pekat.
  3. Padamkan api dan boleh la dituang atas ikan td.

Tip dr buku masakan tu - celup ikan dlm tepung serbaguna yg kering, supaya tidak melekat pd kuali. Cuba ya, jgn tak cuba..

Sunday, December 6, 2009

Roti Paratha Kentang Dengan Sambal Bilis Dhal

Ni sarapan di pagi Ahad yang ceria nih...xda hujan dah tengok setakat jam nih..cerah sikit hari...ingat nak buat macam2 tp tengok semua bahan mesti ada letak telor even for roti canai pun...so akak buat resepi ulangtayang la yaaa...yang ni xda telor pnya...so selamat untuk Aiman..hehe..maybe sehari dua lagi insyaAllah segalanya will be back to normal for Aiman...so layaaannn...dah pernah buat dah ni...refer kat Sini eh...Kali ni akak makan dengan sambal bilis lebihan nasi lemak semalam campur dengan instant dhal curry dalam paket roti canai segera dlm fridge tuh...pastu ada lebihan kentang lecek untuk roti paratha tu akak masukkan sekali dalam kuah ni...then panaskan je atas dapur...cepat dan bessstttt..x caya try buat...hehe...


Nasi Lemak Ringkas Untuk Aiman

Semalam sebelum pergi kenduri di kampung, sempatlah akak buatkan nasi lemak ringkas camni je untuk Aiman...Akak tinggalkan kejap dia dengan Najwa...hujan2 nih, buat nasi lemak lembut2 sikit..memang laju je makan nasi...Najwa memang suka sebab nasi tu lembut sikit dari biasa2 akak buat...banyak dia makan..Dia ni kalau nasi lagi lembut nak lembik pun dia lagi suka...peminat bubur nasi la katakan..So buat Aiman, for the time being still no egg, no chicken, no seafood sambal la eh...telor tu pun hiasan kat sini je...hehe..okay layan je laaa....
Okayy, upon request from Gert-My Kitchen Snippets in the comment box, here I write down my own style of sambal ikan bilis recipe...It's my pleasure, Gert! It's very simple..
Bahan:-
  • 3/4 cawan ikan bilis halus
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 cawan gula kabung/gula melaka yang dipotong2/dikiub
  • 1 - 2 sudu besar gula pasir (optional)
  • 1/4 cawan air asam jawa (pekat sedikit)
  • 1/2 cawan air / secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat (optional) - i x letak, my kids x suka..

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak (perlahankan api).
  2. Masukkan gula kabung/gula melaka dan air asam jawa. Kacau rata sebentar.
  3. Masukkan ikan bilis dan gaul sebati dulu dengan bahan sambal.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Kemudian tambah air dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Seimbangkan rasa biar ada sedikit masam, cukup manis dan masin. (akak x suka masin sangat)
  6. Sebelum ditutup api, jika suka letakkan bawang besar dan biarkan kuah mereneh naik minyak lebih kurang 5 - 8 minit dengan api yang perlahan.
  7. Siap untuk dihidangkan.