Sunday, March 2, 2008

Kuah Kacang Masak Darat

Semalam ummi buat kuah kacang ni untuk makan dengan jemput. Ingat dulu, mak selalu buat kuah kacang camni bila buat jemput udang ke, jemput bawang ke...boleh gak jadikan kuah rojak....simple, sedap dan cepat...

Bahan:-
1/2 cawan kacang tanah - goreng dan kisar halus
6 - 7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air asam jawa
4 - 5 sudu besar gula
garam secukup rasa
air panas secukupnya


Cara Menyedia:-
Panaskan kuali dan letak 3 - 4 titis minyak, masukan cili kering, bawang merah dan bawang putih (x perlu kupas dan hiris bawang - goreng je bulat2). Goreng rata2 agak hingga bawang agak layu dan cili kering nampak kembang. Jangan sampai hangus lak!. Angkat, buang kulit bawang dan kisar halus kesemuanya dengan air asam jawa. Tuang dalam bekas dan masukkan kacang, air panas, gula dan garam. (*Boleh juga letak sekejap atas dapur dengan api perlahan untuk mesrakan adunan). Kacau rata hingga sebati dan seimbangkan rasa. Siap!

Jemput Kentang

Juadah untuk bekfes pagi semalam...anak2 memang suka sangat makan jemput, x kira le jemput apa..Ummi tengok kentang ada lagi nanti tumbuh menjalar lak kat dapur tu..baik cepat2 ku cincang dia..hehe

Bahan:-
2 biji kentang - kupas dan potong dadu halus2
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telor - pukul sikit
1 labu bawang besar- potong dadu
1 sudu kecil baking powder
garam
1/2 cawan air panas didih
1 cawan (+-) air biasa

Cara Menyedia:-
Gaul rata tepung dengan baking powder dan masukkan garam. Campurkan bahan lain dan bancuh dengan air panas didih dahulu, rata-ratakan. Kemudian baru bancuh dengan air biasa hingga adunan sebati dan boleh dijemput dengan tangan. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan sedap dimakan bersama kuah kacang.

Saturday, March 1, 2008

Tag & My Favlinks Award From CMG - Our Beloved Hero ^_^

Got another award n tag from our beloved hero Mr Adnan or most well known as Mat Gebu here...Mat, thanx a lot for listing me as one of your 5 bloggers to share this award. No such words than many many thanx n may ur kindness be appreciated by all people out there...

Tapi bab tag ni yang x laratnya Mat...nak bayar tol lak kat Mat ni...Here come the rules:-

1. Blogger being tagged is to list out 5 of his/her favourite links. These links can be business
links, favorite sites, affiliate links, whatever you want BUT must be clean and non X-rated sites.
2. Then, tag 5 bloggers to share the links.
3. Also, please link back to the person who tagged you.
1. My favourite links :-) (actly many more...)
1. http://www.marthastewart.com/ - recipes, cooking tips & what i like most is home deco ideas.
2. http://flickr.com/photos/worldofbabycakes - Sarah Jasmine site - many cupcakes deco here (*tapi lum sempat nak try pun..heheh)
3. http://www.dianadesserts.com/ - Diana ni sape x kenal n tau apa ada kat site dia kan??
4. http://www.myresipi.com/ - emm yang ni mmg hari2 mesti bukak pnya..tempat cilok resepi dan bertukar citarasa Malaysia kat sini
5. http://budakitmpahang.blogspot.com/ - ummi bnyk join aktiviti sosial dan amal kat sini..seronok jumpa geng lama dan baca cerita terbaru mereka.

2. Ok, now I would like to tag 5 lucky dearest frenz (pening jugak nk pilih ni...hehe..) :-

(1) Princessharyati
(2) Sweetlily
(3) Kak-e
(4) KakmOn/ninasuria
(5) Noreen
3. And I'll also link back to the person who tagged me - Mat Gebu...thanx a lot for being such a kind n nice person.