Friday, May 3, 2013

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum...Juma'ah Mubarak!

Semoga hari ini membawa seribu kebaikan buat kita semua dalam apa sahaja aktiviti dan rencana yang dilakukan...rahmat Allah sentiasa melimpahi hambaNya yang tidak putus-putus berdoa dan mengharap kasih sayangnya...insyaAllah.  Jangan kita pernah berputus asa hendaknya, jangan kita berhenti bersabar, jangan kita berhenti berusaha dan bertawakkal... Ujian kesenangan ada nikmatnya, ujian keperitan juga lebih-lebih lagi nikmatnya jika semakin sentiasa bersyukur dan dekat denganNya...

Baiklah, berbalik kepada kek yang dah lama pun di kalangan blogger mencuba dan dah ada ramai yang telah menjadikannya perniagaan sampingan ataupun utama.  Semalam masa akak hulurkan kek ini di FB, ramai juga yang minta share resepinya, rupanya masih ada yang belum sempat ataupun ketinggalan macam akak ni...baru sempat nak cuba.. Kek ni meletopss semasa ketiadaan akak di Malaysia hari tu rasanya, masa baru-baru merebak tu, akak mmg tak sempat nak cuba lantaran sibuk sangat la kot...hehe. 

Cuti Hari Pekerja baru ni akak pun menggodek lah kek ni setelah siap buat pengat keledek.  Membuatnya juga tidak lah susah, berbaloi apabila kek ni mula masuk ke tekak dan rasanya mencecah lidah....eeeemmmm...yummmy...owh begini rasanyaaaa....terus lupa kepada keseraman kepada lemak-lemak cheese....aarghhh biarkan je laah, ini antara kek yang sedap sangat selain kek coklat kata Aiman.  Dia jarang suka kek2 plain camni selain kek coklat.  Hb juga kata, boleh terima dengan citarasanya... alhamdulillah.  Abanglong tengok dekat wall, dah siap chuup daaahh...sempat dia balik malam ni...insyaAllah.

Okeh, pertamanya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Zai yang berkongsi resepi ini dan sumbernya akak dapat dari blog Rahel.  Sempat jugak PM kat Rahel tanya tentang kek ni....terima kasih keduanya, muuaahh!... Akak copy paste dari Rahel la yeaa.... 

Snow Cheese Cake
Sumber :K.Zai & Rahel

Bahan: (Akak guna loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)
  • 1/2 tin susu pekat manis ->> K.Zai letak 1 cawan 
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
  • Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak. 
  • Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
  • Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  • Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
  • Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
  • Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek.
 SELAMAT MENCUBA...!

26 comments:

Gee® said...

nyum2x... wallah!

Rozita Ceritaita said...

sedapnya kak...menggoda..

Sue Bee said...

tergoda sekejap bila tengok kek cheeze nih..

azila said...

sedapnyaaaa k.ummmiiii....

Yatie said...

perghhhhh...kek snow gitewww..kek mewah ni kak..kaya dngn cheese tu..mmng sedapkan..

Sweet red cherry said...

salam kak ummi..

sya sudah buat kek ni beberapa kali..memang x penah jemu makan dan makan x ckup sepotong..mau habis sebiji kek hari tu jugak..kek ni jadi kegemaran kami sekeluarga..sedap giler..hihi..

singgah sini..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com..tq

Chah said...

Mak ai...giler mewah cis2 bersepah2 atas kek tu...sapa yg nk kena kutip? Sayaaaa jugak...yela kak ummi...kek ni femes masa kita xde...berani diorg ni mkn sedap2 tanpa kita di sisi kan kak? Hee

Anna Qawina said...

Kak ummiii...sayaaa lagilaaa kebelakang neh..lom buat2 jugak..sbb xde org order..haha..nak buat nnt sapa nak makan? Saya jugak..nak buat tu dahla saya jugak..ni x adil nih ..kak ummi buat..saya boleh makan..silakan jemput saya kak..sila..sila..

Ummi said...

GEE -
Dah pernah buat ke blm? Kalau belum...sila, sila, silaaa buaat okeh.. Kalau sudah, nak tanya...nape x hantar kat akak, so xyahlah akak buat...haha

ROZITA -
Mmg sangat2 menggoda tekak...gugur iman diet cheese...haha

SUE BEE -
Nasib baik sekejap...kalau lama, kena bakar kek jgk laaa kan..

AZILA -
Uiissh seriau bila makyong kata sedapnyaaa tu...ada 2 maksud, nak kena buat, atau merayu akak buat...hahahaha...Mintak Ben buatkan ya Zila...hehe

YATIE -
Tu la pasaiii, sampai hati semua orang menggoda akak, dah la tuuu, baru sekarang sempat nak buat...sedih x, sedih x..???

BBWANA -
Wkmsalam...waaahh dah byk kali eh...giitttuuuuu... Akak ni ketinggalan kete api jer laaa..terima kasih sudi singgah yea...

CHAH -
Hahahhaa..tu la kan Chah, depa ni makan sedap2 jer, kita jgk yg makan Nasi Arab kat sana kan..kan... Tp cheese sana lg masyuukkk Chah kan, lebih sedap rasanya...cheese unta kaah? Hahaha..

ANNA QAWINA -
Cheh, toke kek macam2 segala, xkan x sempat2 lgk nak tabur2 cheese atas kek, tabur je la atas RVC ke, karamel kek ke...hahaa.. janji jgn mintak dgn akak dah, ntah bila nak buat lagi..hehe

rahel said...

Kalau lemak tepu ni...biasanya lambat hadam kan kan kan...hehehe....

Hafizah Mohamad said...

Salam kak Ummi...sedapnyaaaa....

Mylesung said...

salam kak Ummi..mmg mewah dgn cheese..tergoda tgk!

ibundo said...

salam ummi. Baru sempat nak membalas lawatan ummi.
Sedapnya kek tu. Apa saja yang ada cheese mestinya sedap.. Berani dengan tak je makan banyak2 hehe..

Rohah said...

tak perlu kata apa2 ni kak...sambil pejam mmg dah rasa nikmatnya..he heee...

Unknown said...

Yummy!!

Unknown said...

kak..menggoda sesape yang melihatnya..

zila norazila said...

nasib dah pernah rasa kak ummi..he hhe klu x mau kempunan nie..mewah dgn cheese..sedapp

hana said...

wah akakkk... ada blink blink star lagik gitu! abis tak?? tak abes jgn lupa anto majlis perbandaran inderapura... kikikikiki

roza said...

SEDAPPPP NYE...

Unknown said...

teringin gak nak buat ...klu tgk resepi tu mcm tak susah......tapi tak tau ler jd mcm mana...harap jadi lerrrr

Unknown said...

terliurnye......

Meri said...

buang 2 putihnya maksudnya apa?:) buang dua aje ke.putih telur tu?

Sue said...

Wajib cuba ni , tggu weekend nnt...terbyg2 kek & cheese

~kokocincau~ said...

As salam.., sedapnya.. belum pernah buat lagi, kena cuba ni.

Unknown said...

kak ummi bole tukar ngn tepung gndum x

Izreen said...

Kak Ummi, kenapa ye bila sy dh bakar, kek tu menurun n jd keras? apa tips nak elakkan benda ni jadi ye?