Friday, June 22, 2012

Ikan Siakap Kukus Udang Kering

Assalamualaikum....

Salam bahagia di hari jumaat yang mulia ni...semoga semuanya bertambah2 sihat dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang... Agaknya di waktu ini para ibu sedang sibuk menghidang makan tengahari la kan... Kejap lagi selepas solat jumaat, ada la yang termengah-mengah balik dan kelaparan...hehee... Ok la ni akak nak kongsikan satu resepi lauk yang sedap sangat-sangat. Dah lama duk usha kat dapur adinda Diana @Melley Mey cayang ni... Nampak sungguh menarik sekali bahan-bahannya, tu lah yang buat akak teringin nak merasa... nak mintak Diana tolong buatkan jauh pulak nak hulur...duk hulur ikut tingkap FB je la eh Diana...hehe

Apapun terima kasih banyak Diana...mmg besstttt! Memang power....! Kena pulak guna ikan siakap...fuuuhhh... Tapi macam biasalah, dah nak masak sangat2..ikut dan bahan apa je la yang ada kat dapur...no shitake mushroom...huhuu.. Jamu mata je la yeaa...ni akak masak sebelum tergeliat tangan hari tuh!

Terima kasih juga kepada yang sudi mendoakan dan bertanya khabar tentang tangan akak ni di FB dan blog dan x kurang juga sms...alhamdulillah sudah 90% kembali sihat dan pulih, terharu sungguh bila ada adik dari rakan FB yang sudi menghantar minyak akar seruntung yang datangnya dari Langkawi untuk akak. Menurutnya minyak ni mmg susah nak dapat...alhamdulilah...terima kasih x terhingga Suzie kerana bersusah payah mencari rumah akak, hehe. Okeh laaa.....Daaaa, japgi nak siap pi ofis lak...

IKAN SIAKAP KUKUS UDANG KERING
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan²
1 ekor ikan ( 600 gm ) _ dibersihkan dan dikelar
Daun bawang untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan² Cincang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
50 gm udang kering _ direndam terlebih dahulu
4 keping cendawan shitake kering _ direndam sehingga lembut terlebih dahulu (*akak xda stok, tukar karot diparut batang mancis)

Bahan² A
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tbsp sos ikan
2 tsp kicap cair Loon Kee *akak guna kicap Tamin
Sedikit air ( mengikut citarasa masing² )
Honey rock sugar secukup rasa *akak guna gula biasa je



Nak cepat punya pasal...lupa nak tabur daun bawang utk hiasan...hehe..

Cara
²
  1. Sediakan periuk / pengukus dan didihkan air.
  2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali / periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan cendawan shitake dan cili merah. Masak seketika.
  5. Masukkan pula bahan A dan gaul rata. Masak seketika lagi.
  6. Sesuaikan rasa dan angkat. Ketepikan.
  7. Setelah itu, letakkan ikan di dalam piring dan tuangkan 1/2 daripada bahan yang ditumis tadi di atasnya.
  8. Kukus ikan hingga masak.
  9. Angkat dan taburkan lagi 1/2 baki bahan yang ditumis tadi di atas ikan.
  10. Hias dengan hirisan daun bawang.
  11. Hidang bersama nasi putih panas dan sos / cicah kegemaran.

Tuesday, June 19, 2012

Mini Bumper SAJI Julai - Alhamdulillah Dan Terima Kasih

ASSALAMUALAIKUM....Salam Sejahtera buat semua yang masih sudi menjengah dapur Home Sweet Home...

Maafkan akak andai kata setiap kali kedatangan kalian semua ke sini agak mengecewakan lantaran memandang entry yang sama sejak seminggu ini...Harap kalian faham akan situasi sibuk yang terpaksa akak lalui... Sesekali terlintas rasa bersalah yang amat sangat dan terkilan kerana menghampakan kunjungan kalian... Kebetulan pula baru-baru ni ada insiden sikit di tangan kanan akak ni....masih belum pulih sepenuhnya dan terasa ngilu lagi. Agaknya perlukan sedikit urutan lagi untuk pulih.... Apapun alhamdulillah masih boleh memasak yang ringkas-ringkas dan dibantu oleh suami yang sangat memahami dan anak-anak tidak banyak karenah. Untuk itu, di sini akak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana masih diberi upaya untuk mengintai dan memberi ruang kepada dapur alam maya ini.

Kali ini akak ingin berkongsi rasa teruja dan menjamu sedikit kegembiraan kerana kesudian pihak Editor SAJI untuk mengenengahkan dapur alam maya akak Home Sweet Home di ruangan Blogger Saji bagi keluaran Julai 2012. Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada wartawannya Cik Rosparadila Abd. Rahman kerana sudi berhubung dengan akak dan memberikan kelonggaran cara kerja kepada akak asalkan akak dapat berkongsi bersama mereka di ruangan tersebut. Pada awalnya memang banyak sekali cerita dan pengalaman yang akak kongsikan untuk ruangan tersebut, tetapi atas kehendak format baru, hanya yang ringkas sahaja yang disunting oleh pihak majalah. Apapun, akak senang sekali bekerjasama dengan mu cik adik Ila cayang... Apa yang terlebih dan terkurang akak mohon maaf jua yea...

Untuk itu, terima kasih tak terhingga kepada suami dan anak-anak tersayang, beberapa rakan dan Sifu blogger rapat lagi memahami dan sentiasa memberi idea dan semangat, serta semua followers dan pengunjung yang tidak putus-putus memeriahkan dapur Home Sweet Home selama ini, walaupun di saat kesibukan yang mula melanda akak sekarang. Kalian memang pemangkin semangat dan sentiasa di hati akak....

Untuk mengetahui apa resepi yang akak kongsikan, silalah dapatkan majalah SAJI keluaran khas Mini Bumper bulan Julai 2012 sempena menyambut Ramadhan al Mubarak yang bertemakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Akak telah diminta mencipta 1 resepi beserta gambar step-by-step khusus sempena tema ini dan ianya belum pernah dikongsikan di dapur Home Sweet Home ini... Ada banyak resepi menarik dari Chef-Chef ternama termasuk Chef Hanieliza cayang dan beberapa tukang masak sempena menyambut bulan yang mulia nanti. Untuk resepi akak tu, harap kalian sudi mencuba dan menepati citarasa keluarga. Salam penuh kasih dari akak...muaaaahhh!

Tuesday, June 12, 2012

Ayam Lemak Cili Padi Berkerisek

ASSALAMUALAIKUM.....

Hah, malam ni macam terajin nak update ni....hehe. Tapi xdalah masakan canggih manggih sangat, masak yang biasa-biasa jek laaa... Rasa dah lama betul x masak gulai ayam lemak cili padi dan letak kerisek camni....akak mmg suka....lebih umpphhh rasa gulainya... Lagi pun lebih cepat masak lemak camni berbanding masak kari, lambatlah nak tunggu kari naik minyak...hehee.

Apapun satu nak bagitau, bila akak masak gulai lemak cili padi berkerisek camni, akak xkan tumis dulu bahan-bahannya...just masak terus dalam periuk, nnt bila letak kerisek tu ia akan naik berminyak lagi....cuma gulai xdalah nampak kuning terang gitu...jadi gelap-gelap sikit. Letak serai lebih2 sikit...mmg sedaappp! Hb akak mesti suka nak makan serai yang melekat dengan kuah gulai tuh...adeeehhhh, berselera nooo.... Okeh, jom layan, lauk hari bila ntah...hehe

AYAM LEMAK CILI PADI BERKERISEK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit serbuk kunyit (jika perlu)
  • 2 - 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
  • garam secukup rasa
Bahan Ditumbuk :-
  • 12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih

Cara Memasak:-
  1. Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit (jika kuah nampak pucat) dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar.
  2. Masukkan ayam dan serai dan diikuti dengan asam gelugor dan daun kunyit, masak hingga ayam masak dan kuah sedikit surut. (*santan cair jgn banyak sangat sebab air ayam akan keluar masa memasak)
  3. Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat diikuti dengan kerisek. Kacau dan masak ayam hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa dan tutup api sambil dikacau-kacau sekejap agar kuah tidak berkepala. Sedia untuk dihidang.