Sunday, September 22, 2013

Ayam Penyet

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum....waaaahh berdebar-debar nak update blog sebenarnya...takut takde yang perasan pun...hahahaha, maklumlah lama sangat tuan dapur bercuti dengan kebizian yang tidak terucap, juga kelapangan yang berlalu dibiarkan santai menghirup angin segar, itulah bila kemalasan juga mengatasi kerajinan menjengah dapur alam maya ini.  Dapur realiti pula jarang sangat berhenti berasap, perut asyik whatsapp jer bgtau lapar...hehehe.  
Apa khabar pengunjung-pengunjung yang masih sudi dan setia bertamu...mohon maaf tersangat kerana salam dan tamu tidak bersambut.  Hanya Allah yang mengerti duduk perkara dan kerinduan untuk kembali berkongsi sedikit ilmu memasak yang dicuba... Walau menyepi diri dari kemaskini resepi-resepi, namun perkembangan kawan-kawan alam maya dan berita-berita suka duka dijengah jua.  

Bagi yang telah meningkat dari masak-masak kepada mengambil tempahan, tahniah akak ucapkan...semoga rezeki terus murah dan diberkati.  Ilmu yang mengalir akan panjang pula laluannya dan semoga keberkatan mengakhiri segalanya...insyaAllah.  Namun beberapa kejadian yang tidak seronok di dengar yang dialami oleh teman-teman blogger apabila gambar-gambar diciplak sesuka hati, dijadikan lorong mudah untuk mengaburi mata dan memenuhkan poket sendiri amatlah mendukacitakan.  Semoga kalian tabah dan teruskan berdoa dan bersabar.  Sesungguhnya kepada Allah jualah kita pulangkan setiap perkara yang berlaku, Dia Maha Mengetahui.


Ok lah, xnak cerita ceriti panjang sangat, nnt boring kan.... Jadi akak share lah resepi Ayam Penyet ni yang tentunya dimakan dengan nasi laah, tapi masa ambil gambar ni, nasi baru masak, xdan nak posing laaa.. Alah nasi biasa jer kan... Apapun ayam penyet ni sangat sedap... Asal ternampak di dapur Kak Wan yang kreatif dan terkenal tu laaa.. Kak Wan kongsikan dari dapur Amy.  So layan je laa..jangan tanya bila punya masakan ni, dah selamat aman tenteram dalam perut....hehe.  Akak kopipes resepi dari dapur Amy la yea...Tqqq Amy dan Kak Wan.

Ayam Penyet 
Sumber – Amy & Kak Wan

Untuk Ayam
1 ekor  ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut sehingga tepung kekuningan dan 
     diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan 
     sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.


Untuk Sambal:-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.  Setelah layu, masukkan tomato. Gaul 
     rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga 
    separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti            sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Lupa pulak nak curah sambal atas ayam tu masa snap gambooorr...tengok kat dapur Kak Wan bersimbah bagai, kecurr daaah...

Friday, July 26, 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina

Assalamualaikum warahmatullah... Salam Nuzul Quran..

Ini merupakan salah satu peristiwa terbesar juga dalam kalendar dan sejarah umat Islam.  Peristiwa Nuzul Quran ini memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Muhammad SAW melalui perantaran Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana al Quran yang ada kita lihat dan baca hari ini.   Ia juga disebut sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). 

Firman Allah SWT:
  1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Semoga kita semua dapat merasakan keberkatannya dan sentiasa menghidupkan hari-hari dan malam kita dengan Al Quran dan terjemahannya...bila kita mengetahui makna-maknanya, maka akan tunduk tawaduqlah kita tentang apa yang Allah bicarakan melalui kalamNya.  Allahu Akbar!   


Ok lah, di kesempatan ini akak masukkan lah entry yang tertunda begitu lama, sudah tiada pada pandangan mata....pada lidah juga dah hilang manisnya... Namun kalau teringin nak buat bulan Ramadhan ini sebagai pemanis mulut pun ok kerana kek ni mmg sedap, sangat moist, lembut peroi, gebus, cuma ia sedikit manis...boleh kurangkan gula jika kurang suka manis.  Terima kasih kepada Yatie Sinar Kehidupanku yang kongsikan resepi Chef Norzailina ni.  Nampak Yatie tayang hari tu terus teruja nak buat... cuma gambar akak ni x dapat semua warna pada satu potongan kek, salah potong kot..hehe

 Gebusss moistt kaann...

KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Kek ni kan, dapat minum pulak dengan teh O panas petang-petang, adeeeii masyuuukk jer...rasanya kalau buat berbuka pun okeh.. ^___^



Thursday, July 18, 2013

DAGING MASAK HITAM ( TAPI TIDAK HITAM PUN )

Assalamualaikum....

Entry berjadual (auto-post) lagi....tuan dapur tengah bz masa ni....hehe

Alhamdulillah, curi-curi update sikit2 untuk satu entry dengan masa yang terhad, lepas la jugak satu resepi lagi ni...hehe.  Bagaimana dengan Ramadhan yang dilalui? Harap2 dapat disempurnakan sebaiknya dan kita sentiasa perbaiki dari hari ke hari.  

Okay la...kali ni nak share masakan Daging Masak Hitam.....tp akak punya x hitam sangat pun, terlebih cili la kot...hahaha, sebab kat rumah ni anak2 dah besar, nak yang pedas-pedas jer....malas nak celoteh panjang la, sebabnya daging ni pun masak ntah bila dah licin dan x tinggal sisa jugak dah dalam perut pun agaknya...haha

Tetapi x kesah lah kan, sempena Ramadhan ni boleh jugak ambil idea untuk masak lauk kan....kan... Jadi layan je la yea... Akak pun masak simple-simple jer sekarang ni, malas sangat nak fikir menu apa nak masak, balik jer rumah, tengok apa yang ada, masak aje apa yang senang dan sempat.  Asalkan dapat mengenyangkan perut sekadarnya sudah la.  Suami dan anak-anak pun x banyak ragam.  Ok, resepi ni cedok dari dapur Ratna @ MaDiHa yang rajin sungguh masak dan rajin update.... Tq for sharing ya Ratna...

Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan WanitaSumber:  Dapur MaDiHa

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
  2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

 Hehe....x hitam sangat pun, sebab terlebih cili rasanya...anak-anak mmg nak yang pedas2 jer....sape nak cuba, make sure masak kasi hitam eh...hehe.. Tapi pendapat akak, sedap lagi Daging Palembang, lebih umphhh! ^__^

Ni bukan hidangan berbuka okeh....masak dah sebulan dah kot, baru nak entry, so jangan makan nasi tu eh, pandang jer....hehehe.