Saturday, April 10, 2010

Custard Tart

Untuk makluman ni adalah lebihan pastry tart yang akak buat haritu...x cukup acuan tart yang comel2 tu, akak guna lak acuan yang bosaauuu sikit, dapatlah 6 biji, tp kalau pekena sebiji ni kenyang belahaakk uuu, tu pun kena pegang pastry ni molek2, rapuh ni tau....cuma yang ni akak letak inti kastad yang akak cilok dari dapur MamaFaMi dan Mama ambil dari Rinnchan. Filling ni kekuningan la kalau guna tepung kastad, kalau nak putih sikit guna tepung jagung je ok...Thanks Ma...jangan mintak eh, dah habis kelmarin dah..hehee

Untuk resepi pastry sila click Sini

INTI KASTAD
Sumber : Rinn

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mama gunakan tepung jagung)
  • 8 sudu besar gula
  • 2 cawan (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :

  1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
  4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
  5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Friday, April 9, 2010

Egg Hodashi

Salam pagi Jumaat, weee bznya akak semalam x dan nak ronda2 sangat kat rumah you all...Ni menu kelmarin dah sebenarnya...x yah mintak la eh..pi buat sendiri...senang je pun..nak makan dgn nasi pun ok...nak wat bekfes camtu je pun ok...sedap sesangat! Sempoiii sungguh! Resepi dari majalah SAJI..ala bkn susah pun, ala-ala telor bungkus ler sebenarnya, tp ini kita gulungkan dia macam popia yaa...hehe, potong n ngap! Makan dengan sos cili pun ok.

EGG HODASHI
(sumber Majalah SAJI)
Bahan:- (akak adjust ikut stok yg ada)
  • 4 - 5 biji telor - pukul sikit, letak garam dan buat telor dadar nipis. (akak dapat 2 keping)
  • 50 gm bawang besar (didadu - akak letak 1 biji)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 20 gm daun bawang (akak letak kucai, tu je dlm stok)
  • 20 gm taugeh (akak letak kobis dihiris halus)
  • sedikit lobak parut (ni akak tambah)
  • 20 gram cili merah (akak letak 2 biji)
  • 20 gm lada benggala merah (akak x letak)
  • 20 gm lada benggala hijau (akak xda, letak cili hijau 1 btg)
  • 10 gm lada sulah (1 sk)
  • 30 gm isi udang ( hiris kecil2)
  • 30 gm isi ayam (akak tukar crabstick - potong kecil2)
  • 1 sk serbuk kari ikan
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (akak x letak)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam pan, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam (akak letak crabstick) dan isi udang. Kacau seketika.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan lada sulah.
  4. Masukkan kesemua bahan sayur tadi dan hingga rata dan 3/4 masak.
  5. Perasakan dengan garam dan tutup api.
  6. Letakkan bahan ke atas sekeping telor dadar dan gulung telor seperti kuih ketayap.
  7. Buat hingga habis. Potong serong atau ikut suka. Hidangkan dalam pinggan. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi putih. Selamat Mencuba!!

Wednesday, April 7, 2010

Mint Chocolate Cheese Tart


Okayy petang ni layan tart je eh...akak mmg dah lama sangat tak buat tart, maleh nak wat tart shell tu ler...kalau dekat dengan Mamafami harus akak order je dgn dia base tu...balik rumah isi jek apa2 filling kita kan..kan...Jadi nak makan jugak, akak merajinkan diri kelmarin wat nih..sori baru letak entry....banyak gak buat, bawak kat adik2 ofis sikit...hehee...so layan yaa..ada 5 ketuii lg nih..sapa nak??? Kebetulan daun mint tengah subur dalam pasu tu, so layan resepi dari Aunty Yochana, cuma chocolate ganache akak tu dah terpekat sgt...lupa lak nk siram je dgn Hershey's Syrup eh...Sedap ni..akak suka, sesekali tukar citarasa, so x lah rasa muak sgt bila telan cheese tu kan..mulut pun bau wangi...i liiiiikeee..cam bese, C n P je lerr..faham kan, kan..hehe


MINT CHOCOLATE CHEESE TART
Ingredients for tart dough:
  • 250 gm. Cold butter - cut into small cubes
  • 80 gm. sugar
  • 1/2 to 1 beaten egg
  • 400 gm. Plain flour
  • 1/2 tsp. vanilla essence

Method:

  1. Rub cold butter into plain flour till it resembles breadcrumbs.
  2. Add in sugar and mix thoroughly. Add in vanilla essence.
  3. Pour in egg a little at a time till it becomes a pliable dough.
  4. Rest dough in the fridge for 20 mins.
  5. Press a little dough into tart moulds and cut off excess dough.
  6. Place onto tray and bake at 175C till golden brown.
  7. Remove from mould, leave onto wire rack to cool.
  8. Place cheese filling into a piping bag fitted with a plain nozzle and pipe onto the baked tarts.
  9. Pour some chocolate ganache on top, chill and serve.
Fillings:
  • 250 gm. Cream cheese
  • 60 gm. Icing sugar
  • 10 nos. Mint leaves - finely chopped
  • 1 Tbsp. Peppermint liquer (Bols) - optional
  • a few drops of apple green colouring
  • 180 gm. Whipped Cream
Ganache:
  • 50 gm. Dairy whip cream + 100 gm. cooking chocolate

Method for fillings:

  1. Cream cream cheese with icing sugar till fluffy.
  2. Add in mint leaves, peppermint flavour, colouring and then fold in whipped cream.