Sunday, May 17, 2009

Lemon Yogurt Muffin



Petang semalam balik dari shopping barang2 Najiha, Ummi sempat buat muffin ni...dah lama simpan resepi..ni baru dapat buat...heeee...Resepi dari Aunty Yochana tu...memang best betul muffin ni...lemak2 dengan rasa lemon...sedaaaappp!! Abang long sekali tibai 5 ketul...iissshhh..Ummi wat 2 x dari bahan asal ni...

Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
  • 100 gm tepung kek/tepung naik sendiri
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. lemon juice
  • 1/2 tsp. lemon paste (optional)
  • 100 gm plain yogurt
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
  2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
  6. Sejukkan atas wire rack.

Telor Dadar Udang


Ni kes nak perabihkan udang yang tinggal beberapa ekor dalam fridge tu...layan laa telor dadar dengan udang ni wat makan dengan nasi lemak kat bawah tu...jamu mata...xyah resepi la eh..semua orang reti dah nak wat ni...hehee

Nasi Lemak Ala Kampung Dengan Telor Dadar Udang

Pagi semalam Ummi masak nasi lemak biasa aje, ala kampung tu laa....hehee..Ya laa..cara masak dan bahan pun biasa macam mak kita buat dulu tu laaa...masuk aja semua sekali rice cooker, kalau orang dulu-dulu masak atas dapur gas or nak lagi ori guna dapur kayu/dapur arang..haaa lagi best kan..walaupun berkerak sikit...tp sedap dan nasi pun tahan lama...now masak nasi guna rice cooker, kadang2 kalau kena beras yang x elok sikit (*kira kureng kualiti sikit laaa...) mesti cepat je nak basi..Ni resepi xda apa yang pelik pun..kalau ala kampung mesti guna beras biasa kan, ni nak perabihkan beras basmathi tu haa..pastu letak santan, bawang, halia, garam, daun pandan, serai then masak je...

Selalu Ummi wat telor rebus, kali ni saja Ummi mendadar telor pulak sebab nak habiskan udang yang tinggal beberapa ekor tu haa...then layan dengan sambal tumis ikan bilis, timun dan kacang panjang yang dicelor. Ada kangkung lagi best eh! Ok layan....pastu tengahari klps zohor, kitaorang keluar cari barang keperluan Najiha sebelum melapor diri ke Uitm Kuantan next week...petang le baru balik..