Wednesday, January 14, 2009

Beef Bread Crumb Roll

Resepi dari keratan majalah zaman bila ntah..x ingat dah..Selalu tengok orang jual kat Pasar Malam ni...apapun yang dibuat sendiri lagi sedap kan..hehe..Sedap ni, anak-anak Ummi suka..sesuai untuk bekal anak ke sekolah..mengenyangkan..
Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus)
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya


Cara Memasak Inti:-

  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Ginger Fried Rice

Resepi ni Ummi terjumpa dalam Kuali.com oleh Amy Beh....Buat petang semalam...memang sempoi dan sedap..Cuma Ummi tambah sayur sikit laa..resepi asal mmg xda sayur..Ummi xleh lak xda sayur/mix vege dalam nasi goreng..hehe

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi - seeloknya nasi bermalam
  • 2 biji telor
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 50 gm halia - diparut
  • 50 gm ikan bilis - digoreng garing
  • 3 - 4 sudu makan minyak zaitun

Bahan Perisa:-
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/4 sudu teh gula
  • Sedikit lada hitam yang dikisar kasar

Cara Memasak:-
  1. Gorengkan ikan bilis. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia parut hingga wangi dan garing. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan lagi sedikit minyak dalam kuali, pecahkan telor dan masukkan sedikit garam dan lada hitam. Kacau cepat dan biarkan telor masak berketul-ketul.
  4. Masukkan nasi dan goreng hingga masak.
  5. Masukkan bahan perisa dan goreng rata.
  6. Masukkan halia parut tadi dan kacau lagi.
  7. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.

Choc Chips Muffin For My Neighbour


Yang ni saja lah nak tayang...ada neighbour depan rumah tu mintak Ummi buatkan sikit Choc Chips Muffin ni..dulu dia mmg selalu tempah. Katanya dah lama x makan, rindu pulak nak makan..Alah..sikit je...Buat tengahari Ahad baru ni, malam tu antar la ke rumah dia..rupanya parents dia ada datang malam tu..Resepi ni Jun bagi kat Ummi masa mula2 kenal dia..memang yang ni pun jadi pilihan kalu Ummi nak bawak balik kampung ke, bagi jiran ke..selalu dah buat, takpa lah Ummi letak je resepi dia eh..


Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)