Sunday, July 20, 2008

Meehoon Goreng Kicap

Pagi semalam punya brunch..lewat sikit masak, ni kira terus makan tengahari laa..x ramai ni, tinggal Ummi, Najwa n Aiman je..hubby outstation ke Tioman...Meehoon berkicap camni memang fav Najwa n Aiman yang memang payah nk berenggang dengan botol kicap tuh..hehe

Bahan:-
1 paket meehoon - rendam dan toskan
3 sudu besar cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 ekor sotong sederhana besar - potong halus
10 ekor udang
5 batang sawi
1/4 biji kobis
2 biji cili merah - hiris
1 batang carrot - hiris halus
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
sedikit air
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Kacau 5 minit. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Masukkan sotong dan udang. Kacau sebentar. Masukkan carrot dan garam. Biar sebentar dan masukkan sayur sawi, kobis, cili merah dan meehoon. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga meehoon betul2 lembut dan masak.

Saturday, July 19, 2008

Pulut Seri Muka (Tok Aji Serban)

Hehe..kelakor je bunyi kuih ni..Orang Terengganu panggil kuih ni Tok Aji Serban ek?? Tok sape pakai serban camni punya lawa berkilat nih!! Sebenarnya kuih ni Ummi buat malam kelmarin, ni baru sempat nk posting. Ada lebihan santan pekat masa masak ayam kalasan. Kalu simpan dalam fridge, sah sah Ummi lupa nnt...bila nak masak beli kelapa baru jek! So malam tu, lepas prepare lauk ayam kalasan, dah lebih kul 9 malam Ummi pun mula buat kuih ni, pulut pun ada..so mengukuslah kuih ni...wat sarapan pagi esoknya..sedap sgt..!!
Resepi dari Kak Hanieliza dalam majalah SAJI ni..kepala kuih ni ngam2 sedap, x lembik x keras, lemak dan manis sekata je..Tapi untuk lapisan bawah Ummi wat ikut Ummi je, pulut dengan santan Ummi agak2 je..xdan nk rendam2 pun pulut tu smpai 1 jam, 15 minit je rasanya..hehe..kes luar jangka nih! Ummi wat half je, dapat satu loyang 8 cm..

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
625 ml santan cair
sedikit garam

Cara-Cara:-
Cuci pulut dan rendam selama sejam. Kemudian gaulkan masukkan santan yang telah digaul dengan garam. Kukus sehingga pulut masak. Ambil lapik plastik dan letakkan ke atas pulut dan tekan2 agar pulut mampat dan cantik. (*ummi punya x cantik la ek..., tekan lak guna penekan keklapis tu je, x kuasa dah nk mencari plastik..)

Bahan Lapisan Atas:-
750 ml santan pekat
125 gm gula pasir
125 gm gula merah
125 gm tepung gandum
3 biji telor
1 sudu kecil garam
Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan, kacau rata. Tapiskan dan tuang perlahan-lahan di atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi selama 30 minit. Sejukkan dan potong dengan pisau yang direndam sekejap dengan air panas untuk mendapatkan potongan yang cantik...kira2nya laaa..hehe

Sotong Masak Hitam

Resepi dari majalah SAJI oleh Chef Noris dari Crystal Crown Hotel KL untuk santapan puteriku Najwa yang baru balik sekejap petang semalam, kebetulan dia xda class lecture Jumaat smlm, Ahad ni balik laa. Dah nk bawak gi makan hotel mahal sangat kan..meh sini kita masak ala-ala Chef. Ingat nk wat hitam lg sotong ni..tp x suka lak taruh kicap banyak2...Apapun, ni resepi asal ek.

Bahan:-
600 gm sotong sederhana besar
2 labu bwang besar (hiris bulat)
3 tangkai cili merah (buang biji dan hiris nipis)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
1 sduu besar kicap pekat

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
3 cm halia

Cara Memasak:-
Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan garam dan perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul rata selama 8-10 minit. Masukkan bawang hiris, cili dan garam. Gaul rata dan goreng selama 3 minit. Masukkan kicap dan gaul rata lagi, biarkan sehingga sotong masak. Tutup api.