Tuesday, October 11, 2011

Bingka Cheese Berlauk

ASSALAMUALAIKUM....Morninggg!!

^____^ Cheeeeesssseee....hehee, mmg nak ajak makan cheese pun nih...Dah sarapan ke belum...Jooomm... Xnak bebel banyak, just nak bgtau, bingka ni teramat sedap, lemak dengan rasa cheese dan santan...tu diaaaa... Tp mmg ngam dengan topping berlauk camni....kalau makan, mmg sengal kejap sebab susah nak berhenti tauuu... Jom layan... Resepi ceduk dari Buku Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi, nama asalnya Bingka Berlauk jek, tp sori ya kak Liza, Ummi tukar nama supaya senang nak membezakan dengan bingka berlauk lain yg pernah Ummi buat....berbeza sebab menggunakan cheddar cheese tu...tp resepi maintain...Tqqqq kak Liza....sedap teramatttt...

BINGKA CHEESE BERLAUK
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Diuji oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (bancuhan tepung):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese
Bahan B (Inti):-
  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)
  • 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
  • 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
sebelum dibakar semula...

Cara-Cara Membuat Bingka:-
  1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
  2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
  4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
  5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
  4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).
Enak bangett!! Mengenyangkan....

Sunday, October 9, 2011

Kek Karamel


ASSALAMUALAIKUM....

Meh makan kek besday akak laa kiranya ni, tp buat rabu malam hari tu lagik sbb takut x sempat nak suap kek sempena besday jumaat kelmarin...hehe, konon2 laa..suap sendiri jek taauu...!

Tp frust gak la sebab kek ni kurang cun bila dipotong sebabnya lepas jek terbalikkan kek dalam pinggan, akak lap2 la keliling tu ikut tunjuk ajar dlm resepi kan...pastu sempat snap sebelum potong cantik laaa...Aleh-aleh ada lak jiran datang jemput kenduri tahlil, borak2 sekejap... Pergi dapur nak potong, adeeeiii kek ku terlembik taaauu bergenang dgn caramel yg turun, lupa lak nak letak kek atas rack ke...huhuuu...

Apapun, mmg best giloossss kek nih...cun x cun itu hal kedua kaaann...hehehe..InsyaAllah akan buat lg dlm waktu terdekat, xda la susah mana wpun baca step-by-step pjg berjela...hehehe...Resepi asal Puan Munirah Baharum dan terima kasih pada Azlita@Masam Manis yang beriya2 war2 dan tulis pjg lebar cara-caranya....muaaahhh tuk Ita!! Akak C n P sini lak yea..

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
kurang cuunn bahagian tengah kek yang telah basah dengan caramel...apapun senang nak buat dan sodaaappp sesangat weehh...sapa lum cuba...jom cepat buat... ^__^

Kad Besday Hasil Sentuhannya

ASSALAMULAIKUM....

Selamat berhujung minggu... Terlebih dahulu akak dengan seikhlas hati mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tak terhingga buat semua termasuk kaum keluarga dan sahabat handai yang telah mendoakan kesejahteraan dan segala ucapan yang baik-baik buat akak dan juga family akak., samada di blog,FB, sms, bertelefon dengan akak...Akak hayati setiap bait perkataan yang dilontarkan di comment box akak dan tak dapat nak akak balas budi baik kalian mendoakan, semoga Allah swt jua lah yang memhalasnya...huhuu...Kalian tetap di hati akak dan akan akak kenang pesahabatan ini hingga ke hujung nyawa...

Kebetulan selepas akak masukkan entry besday akak tu, pc akak ni akak hantar ke kedai sbb sebelah malamnya masa nak wat entry, tiba-tiba terjadi perkara kesalahan teknikal pada pc akak yg mendukacitakan dan buat akak hilang mood. Sebenarnya sampai sekarang pun x setel sangat jugak...tp biarlah malas nak fikir-fikir.. Hanya Mat, Ady, Mama & Jun jek lah yang tau hal ni....akak redha jek la weeyyy....apa nak buat...senyuuuummm, tak perlu kata apa2 daahh...hehehe


Okay laaahh, ni sengaja lah nak kongsikan dengan you all kad besday hasil keras tangan hb akak...hehehhee... Dia ni mmg dari dulu, kalau ada peralatan dan masa mengizinkan dia mmg lebih suka buat sendiri je setakat kad-kad macam ni...tp sekarang mmg jarang sempat, dah lama x dapat kad hasil sentuhan ringkasnya....dulu masa tunang 3 tahun, mmg selalu dia buat sendiri jek n pos...hehehhee, nostalgia....kad2 tu ada dlm simpanan, tp akak x tau nak cari kat mana daahh..hahahhaa...keji kan akak...kalau bg barang tau lak duk mana..

Kali ni mmg akak x mengharapkan hadiah apapun laaa haaaiii, sebabnya sebulan sebelum birthday pun dah dpt hadiah gadget dapur yang akak idam-idamkan....eeemmm...thanks laling, lebiiiiuuuu so verrrrryyyyyy muuuuuuccchhhh!!! muaaahhh....

Intai-intai dalam kad eh...hehehhee, hasil copy, paste, crop n edit sana-sini...so speechless and priceless.....muaaahhh Laling!!


Moga hari-hari mendatang akan lebih baik buat akak, suami dan anak-anak tersayang, serta insan-insan istimewa dalam hidup akak.... ^__^