
Monday, November 15, 2010
Nasi Lemak Di Hujung Minggu

Labels:
Nasi
Sunday, November 14, 2010
Jemput Pisang Kelapa Muda dan Weekend Yang Bz...
Pagi ni pulak masak nasi lemak jek, pastu sibuk la pulak mengemas segala mcm biasa laa...Aiman n Najiha serta 2 orang my niece keluar kul 11 pagi td, tengok movie...Mega Mind...komaainnnn...masing2 semua merdeka!! Hb yang hantar sampai ke mall. Balik hb wat projek baiki n perbetulkan kolam ikan dia, akak biasalah jadik Bibik...huhuuuuu....so malam ni dah flat n nak collapse jek rasa...! Layaaaan je laa eh jemput pisang kelapa muda ni eh... Tenet pun lembab jek nii... xkuasa akak..
Labels:
Simple Dish
Bluder Cheese
Salam dan selamat petang semua....ya laaa petang lgk kan, kalau nak tdo baru ucap selamat malam...heheee....Ingat nak upload entry roti ni malam tadi, tp mmg tenet down terus...tunggu punya tunggu...aku keciiiewaaa...hahahaa...Pastu akak terus ke dapur godek rainbow marble pudding dan pagi tadi wat kuih bakar untuk bawak ke Majlis Bacaan Yasin officemate akak kul 10 pg td....ya laaa...tumpang2 sedekah makanan kan....pastu balik terkejar2 balik ada kenduri kahwin anak jiran selorong ni haaa...pastu family adik singgah lepak2....lepas kemas2 semua rasa macam maleh jek...ni baru ada kerajinan...hehee...So layan roti yang sedap, lembut, gebuss dengan lemak cheese ituuuu...Bluder Cheese dari dapur Rima Singapore nih...Rima, akak ceduk resepi dan terima kasih banyak2 for sharing this nice bun!! I think I would stick to this dough next time!!
BLUDER CHEESEBahan:
(A)
- 500 gm tepung high protin/tepung roti
- 100 gm gula kastor
- 11 gm yis segera
- 1/2 sudu kecil "bread improver"
- 4 biji kuning telor
- 200 ml air sejuk (dari fridge)
- 100 gm mentega
- 5 gm garam halus
- 100 gm keju Chedar parut
- 100 gm mentega
Cara-Cara:-
- Gaul rata bahan A hingga sebati dan berketul.
- Masukkan bahan B dan uli hingga licin dan elastik. Rehatkan selama 20 minit. (*akak skip langkah 1 & 2 kerana menggunakan Bread Machine dan set Doh (ambil masa 1 jam 30 minit) dan tunggu siap. Keluarkan doh.
- Tumbuk-tumbuk doh dan bahagikan doh kepada 25 biji (lebihkurang 40 gm) dan bulatkan. Rehatkan lebihkurang 10 minit.
- Campur dan gaul rata bahan C.
- Ambil doh dan masukkan C dan bulatkan doh kepada bentuk bulat atau memanjang, ikut suka. Buat sampai habis.
- Biarkan doh naik selama 30 - 60 minit sehingga saiz dua kali ganda.
- Sapukan dengan kuning telor dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit. (*akak tabur jugak cheddar cheese parut dan bakar selama 15 minit sahaja).

Labels:
roti
Subscribe to:
Posts (Atom)

