Tuesday, July 16, 2013

KUIH TALAM LAPIS SAGU

Assalamualaikum..

Untuk makluman ini adalah auto post entry.  Akak dah pernah letak kat wall FB hari tu kan...kemaiin ramai yang mintak nak rasa...hehe.  Beginilah nampaknya, seminggu sekali masukkan 2 3 entry, kalau hari kerja nampaknya memang x sempat langsung la, nak-nak Ramadhan ni, balik kerja masak macam lipas kudung, lepas berbuka dah siap-siap nak pergi tarawih, balik jer terus pengsan ler jawabnya... Jadi akak mintak maaf lah kepada yang sering masuk sini nak tinjau2 resepi tu, korek-korek la mana-mana yang dah ada tu yea...di harap masih membantu kalian dalam menyediakan juadah untuk keluarga tersayang...insyaAllah.

Sori gambar kurang memuaskan, dah petang dan nak cepat2 jer snap...

Bagi entry Kuih Talam Lapis Sagu ni sebenarnya dah lama akak buat sebelum puasa hari tu, rasanya masa Nisfu Syaaban.  Kuih untuk dibawa ke majlis Nisfu Syaaban di masjid kawasan rumah akak ni.  Masjid ni sebenarnya masjid kampung jer, tak ramai sangat jemaahnya seperti di perumahan lama di Cenderawasih hari tu.   Masjid area rumah sekarang ni lebihkurang 600 meter berbanding area rumah lama dulu boleh katakan 30 langkah je dah sampai..apa nak buat, walaupun sayang sangat dengan persekitaran dan kemudahan di area rumah lama, terpaksa juga ditinggalkan demi keselesaan yang lebih sedikit dan rezeki yang Allah berikan.  

Alhamdulillah...  Rumah lama tu pun ingat nak buat homestay, tapi x terbuat jugak lagi...x sempat memanjang...aleh-aleh Aiman je la yang duduk lepak situ balik dari sekolah, memandangkan dia tidak bertukar sekolah.  So, petang habis kerja akak dan hb akan pusing dulu ke rumah lama ambik dia, baru lah balik pulak ke rumah sekarang....tu pasal lah keletihan berganda sikit akak sekarang ni.  Malam pun rehat-rehat jer la....usia pun al maklum lah...hehe.  Eh melalutnya akak nii...okeh okeh, jom tengok resepi.

KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU)
Resepi :  Yatie
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair (akak guna santan kotak Kara jer)
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat (akak guna santan kotak Kara jer)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

Siap untuk dibawa ke masjid, tu jer termampu, resepi dah tambah jadi 1 adunan setengah...sikit jg dapat, hanya loyang bulat 9 in.

Talam ni sedap sangat....terima kasih Yatie cayang... ^__^

Sunday, July 14, 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK! ALAHAI LAMANYA X UPDATE

Assalamualaikum....salam Ramadhan buat rakan taulan yang beragama Islam dan buat rakan-rakan bangsa lain, salam sejahtera....caaakkkk!! Apa khabar?

Aduhai apa dah jadi dengan dapur maya akak ni...Home Sweet Home lagi ke, atau Home Alone dah jadinya...hehehe.  Tu la kan, nak buat camna, nak cerita pun tak guna, dah tak pandai nak cerita duduk kisah sebenarnya pun, dah sebulan lebih macam2 kisah la kan...So, biarkan saja.  Sementara ada masa boleh update, akak update la.  Kot ada lagi yang rindukan masakan akak ke...?? Tahap ferasan dah pulak.  Xpalah, kita bercuit-cuit jugak di Laman Sosial sana kan... Lately, ni akak masak biasa-biasa je sehari-hari. Kadang2 tak masak jugak...makan maggie...boleh caya x? Rendam jer dengan air panas....hahaha...sampai tahap macam tu Kak Ummi?? Ya perluuuu bila malas...sebab nak makan untuk hidup...bukan hidup untuk makan...hehe

Okeh, terus je lah ke entry lauk entah bila punya, dah lama sangat terperam, masak pun main campak2 jer.  Kesnya masa tu pergi Giant, beli la sepaket Crispy Cereal Chicken ni...plastiknya dah buang, resepi pun ingat-ingat lupa, tp akak x ikut sangat sebenarnya, just nak guna cereal berperisa dia tu jer...produk brand apa pun x hengaattt..adoiii.  Cuba intai-intai belakang gambar ayam tu, kot boleh perasan bila cari nnt.  Resepi lebih kurang la akak bagi yea...kena cari cereal berperisa ni dulu.

AYAM CEREAL RANGUP
Resepi Olahan:  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran sahaja yea):-

  • 6 ketul bahagian ayam (separuh ayam)
  • 1 paket Crispy Cereal Chicken (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dicincang
  • 8 tangkai cili padi  - hiris halus
  • 1 tangkai cili merah  - hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji kuning telor
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam



Cara Memasak:-
  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng ayam hingga masak. (jangan terlalu garing).  Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik sedikit garing dan naik bau.
  3. Masukkan cili yang dihiris dan daun kari, kacau sebentar.
  4. Masukkan telor dan kacau-kacau rata hingga berketul-ketul.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata, diikuti kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali tuangkan cereal dan gaul rata-rata menyaluti ayam.  
  7. Tutup api dan siap untuk hidangan.
Untuk makluman, ayam masak camni mmg best, anak2 akak mmg bertambah-tambah makan nasi, masaknya sempoi, rasanya wallaaahhh..!!  Bukan nak puji, tp saranan. Selamat Mencuba..!!

Sebelum itu, buat renungan bersama:-

Ubadah bin Somit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.  Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.  Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini".


Tuesday, May 28, 2013

Pengat Keledek Ungu

Assalamualaikum....

Apa khabar? Ada ke lagi yang intai dapur akak ni...kot nanti akak bercakap sorang, salam tidak bersambut, ucapan tidak berbalas....uiisshh, nampak sangat dapur dah "hidup segan, subur jauh sekali" .. hehe.. Mohon maaf banyak-banyak andai pintu diketuk tidak berkuak, salam dihulur sunyi tidak berjawab... Apalah nak buat, rasanya kehidupan sekarang tercorak berlainan sekali.  Itu pilihan yang ada di tangan, pilihan ikut keutamaan, apapun akak bahagia di luar sini, tiada yang kurang tiada yang lebih...alhamdulillah.  Terlalu banyak nikmatNya untuk disyukuri.

Memasuki bulan Rejab yang mulia ini, ramai yang mula mepasakkan diri dengan berpuasa, beramal sedaya mungkin, merebut peluang yang terbuka.  Apapun, buatlah ikut sekadar mampu, biar sedikit asal berterusan, bukan banyak tetapi jarang-jarang.  Tidak perlu rasa bersalah pada diri sendiri kerana banyak amalan yang menjurus kepada kebajikan selain berpuasa sunat.  Berbuat baik dengan orang tua, bersedekah, memperbaiki diri dan jujur dalam bekerja dan berhubungan baik dengan silaturrahim yang sudah terjalin... Jika semuanya bersandarkan kepada niat dan hati yang bersih, kebaikan akan tercatat jua....insyaAllah.

Okeh laaa, panjang pulak celoteh...jom layan menu berbuka akak minggu lepas dah ni.  Dapat sedikit hasil dari tanah sekangkang kera, namun biar sedikit, hasilnya sudah acap kali, ada juga adik beradik yang merasa dan orang luar yang diundang bersama.  Alhamdulillah.  Tanah berpasir yang ditabur untuk projek menanam rumput hari tu memang elok sangat untuk bertanam keledek.  Itu kata emak, sesuai tanah begitu, keledek pun keluar bersih jer dari tanah.  So layan dulu Pengat Keledek Ungu yang sangat mendamba jiwa kalernya....akak suka, rasanya pun sedang2 elok tuanya, macam keladi pun ada...hehe.  Jemput semua...

PENGAT KELEDEK UNGU
Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran sahaja):-
  • 500 gm. keledek ungu 
  • 1 1/2 cawan gula pasir (atau secukupnya)
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat (akak adjust guna santan kotak Kara)
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 sudu besar sagu biji - dibasuh/lalukan di bawah air.  (biar 10 minit)
  • air secukupnya untuk merebus keledek
Cara-Cara:-
  1. Kupas keledek dan potong dadu kecil atau ikut suka besarnya.  Basuh dan rebus hingga lembut (tapi jgn sampai lembik).  Toskan (buang airnya agar pengat tidak terlalu hitam nanti).
  2. Dalam periuk, masakkan gula, daun pandan dan santan cair dahulu hingga gula larut.
  3. Masukkan keledek yang telah direbus tadi, masak sebentar hingga sedikit mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam dan sagu biji.  Kacau sesekali dan masak sehingga sagu jernih dan kuah pengat agak pekat.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang sejuk atau panas.
Ha, camne?? Boleh jual tak....keledek, keledek, sapa nak beli keledek...keledek sedap, muda belia, enak sekali....hehehe... Hasil pertama kali buat semasa jamu kat family adik dan isterinya bawa sorang kawan dia datang ke rumah, buat lawatan ke dapur akak seminggu sebelum tu...hehehe... Yang akak buat ni, kira baki sikit lagi, round kedua pulak..cukuplah untuk bertiga beranak...

Memang x puas makan pengat keledek ungu ni, rasanya mmg ala-ala keladi la pulak mengkalnya dan liutnya....besssttt sesangat.... ^___^