Saturday, December 5, 2009

Ikan Siakap Kukus Chef Florence Tan

Hari ni hujan lebat tak berhenti2 di Kuantan nih...sejak dari petang semalam lagi...ada jemputan kenduri jiran sebelah rumah my parents kat kampung, rasa malasnya nak bergerak..tp kena pergi jugaklah...tinggal sekejap Aiman dgn Kakngah ni...Xpalah, pergi kenduri dapat pahala kan..hehe..janji ikhlas...perut pun kenyang...wahahaa..Ok, meh layan menu dinner malam tadi...resepi asal Chef Florence Tan ni dikongsi oleh Mat Gebu dan akak ceduk dari Sini. So akak copy n paste je la ya Mat...sedap sesangat...thanks!! So jamu mata eh..akak nak pergi kenduri dulu...byeeee..
BAHAN:-
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

CARA-CARA:-

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
  5. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Friday, December 4, 2009

Udang Goreng Rangup

Satu lagi idea dan resepi dari buku Kak Liza (Hanieliza) yang tengah top jualan buku2 masakannya tuh...sempoiiiii tp sedap mmg keutamaan resepi Kak Liza..Kita kadang2 masak guna bahan yg sama, tp sebab main campak2 or x betul sukatan kot..jd kurang sedap..heheee...Apapun udang ni mmg sedap dan sempoi nak sediakan....i liiiikeee...sesssuuuaaaaiii sgt lah dengan wanita kerja cam akak nih kan..Udang ni akak makan jugak dengan sos tauhu sumbat tuh..terangkat uuuuuu..!! Tapi Aiman xleh makan nih..sabar ya, nnt bila2 mak buat lg..hehe, nasib dia x kesah..

Bahan:-
  • 500 gm udang
  • 1 cawan tepung tempura (*akak guna tepung serbaguna)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji limau nipis
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Udang dibuangkan kulit dan dibasuh dengan limau. Kemudian toskan.
  2. Bancuhkan tepung dengan air, masukkan air sedikit2. Jangan terlalu cair.
  3. Celupkan udang tadi ke dalam bancuhan tempura dan golekkan dalam serbuk roti.
  4. Goreng dengan api yang sederhana.
  5. Apabila nampak udang berwarna keemasan, angkat dan toskan.
  6. HIdangkan bersama salad dan sos cili.

Singgang Ikan Tenggiri

Akak ni kena masak lauk ala2 orang dalam pantang la pulak bila Aiman dah "masuk jawi" nih..hehee...Tapi lauk ni orang yang sihat segar bugar la pulak yang lebih2 menghirupnya...maklumlah hujan2 nih...dapat lauk singgang camni kena lak dengan nasi panas2...hirup pulak kuahnya tuh...aiiihhhh...mana pi hilang program diet nih..hehee...lupa teruuuss..sabor je laa..makan lauk byk xpa..nasi xyah makan..betul la kan..Macam biasa, resepi senang dari buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Kak Liza lagi...ada kelainan bahan sikit dari yang akak biasa buat...tp mmg terangkat nih..kira lauk musim banjir gak ni kot..nggeeee..thanks ya Kak Liza..

Bahan:-
  • 1 ekor ikan tongkol (akak tukar ikan tenggiri 3 keping besar)
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 7 ulas cili api (akak belah sikit)
  • 2 cm lengkuas - dihiris nipis
  • 2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
  • 5 keping asam gelugur (akak letak 3 keping je)
  • 4 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga kuah mendidih.
  4. Sedia untuk dihidang...sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas...