- 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*
- 1/2 camca teh garam*
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh tepung jagung*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
CARA-CARA:-
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
- Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
- Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.