Monday, February 2, 2009

Chocolate Bread Pudding with Hot Fudge Sauce

Yang ni akak letak gambar dulu la eh..Kalau nak jugak kena gi selongkar kat dapur Zana tu dulu..sabor yee..Sedapnyaaaaa..hingga menjilat sudu tau...haha...Ni ummi translate la dari resepi asal kat dapur Zana tu ya.. thanks Zana..
Bahan:-
  • 6 keping roti putih (agak tebal) - buang kerak tepinya
  • 450 ml susu pekat manis
  • 175 ml susu sejat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 biji telor
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • gula aising - untuk tabur semasa menghidang

Cara Menyediakan:-

  1. Griskan loyang yang agak dalam (ummi guna Pyrex casserol je). Potong roti kepada 4 segi kecil dan susun dalam loyang.
  2. Dalam sauce pan, satukan susu segar, susu sejat dan serbuk koko. Panaskan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga adunan agak suam-suam.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul telor, gula dan esen vanila dengan whisk.
  4. Masukkan susu suam tadi dan pukul lagi.
  5. Tuangakn ke dalam loyang yang disusun roti dan pastikan roti tenggalam.
  6. Simpan dalam fridge selama 1 - 2 jam.
  7. Keluarkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 35 - 40 minit (*my oven - 40 took minutes only).
  8. Bila telah masak, biarkan set 5 minit dalam oven. Keluarkan dan sejukkan
  9. Taburkan gula aising dan tuangkan Hot Fudge Sauce ke atasnya.

Bahan Hot Fudge Sauce:-

  • 55 gm plain chocolate - potong kecil2
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan golden syrup
  • 55 gm butter
  • 2 sudu makan gula perang
  • 150 ml susu segar
  • 1 sudu makan tepung jagung

Cara Menyediakan:-

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau atas api perlahan sehingga adunan sebati. Jangan terlampau pekat..biar cair..dan tuangkan ke atas pudding.

Daging Gulai Kawah


Tengahari semalam Ummi masak daging Gulai Kawah ataupun orang panggil Gulai Terengganu ni sama je lah rasanya...Resepi dari Kak Liza kita tu laaa..Memang sedap dengan rempah cap bunga Rose tu...first time Ummi guna rempah ni..xtau lak ada memang ada dua jenis...hehe..nasib kedai kat rumah ni ada jual rempah tu..lepaslah hajat...sedap woooo...Kak Liza, sori nak C&P je nih...x larat dah nk menaip..time kasih eh..
Bahan:-
  • 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
  • 2 s/b kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
  • 2 keping asam keping
  • minyak
  • garam
Bahan Mesin:-
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 s/b rempah kari daging
  • 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
  • 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
  • 7 ulasa bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan tumis:-

  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. Kacau sekali sekala.
5. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
6. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Kuah Dhal Udang


Sarapan ringkas pagi minggu semalam..nasib x lupa nk masuk entry ni tadi..hehe...Roti canai segera je..Ummi masak kuah dhal tu...buntu betul nak masak apa, macam maleh betul nak memikir..hehe...kebetulan ada instant pratha ni..perabihkan kacang dhal yang dah lama gak x habis2 lagi..Layan je lah kuah dhal tumis darat ni eh..
Bahan:-
  • 100 gm kacang dhal...rendam 2 jam sekurang2nya...basuh dan toskan.
  • 10 ekor udang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam secukup rasa
Bahan Tumis Darat:-
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 3 ulas bawang merah
Cara Memasak:-
  1. Rebuskan kacang dhal dengan air.
  2. Bila air telah tinggal separuh, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Biarkan mendidih lagi.
  3. Bila kacang dhal telah lembut dan kelihatan agak pecah bolehlah masukkan santan dan garam secukup rasa. (Boleh juga dikeluarkan sebahagian kacang dan diblend biar separuh hancur).
  4. Masukkan udang dan masak lagi sambil dikacau sesekali kuah kacang tadi. Perasakan garam dan tutup api.
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis tadi hingga naik bau dan kekuningan.
  6. Tuangkan ke dalam periuk kuah kacang dhal tadi dan kacau-kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.