Tuesday, May 17, 2011

Old Town White Coffee Bun

Assalamualaikum.....dah minum petang ke...ke duk menebar roti jala...xpun menebar kain nak lipat...xpun menebar badan, santai-santai depan tv...hehheee...Mata akak ni mengantuk pulak duk edit2 gambar ni ha....tp nak masukkan jugak entry nih...xpun kang ada yang kelaparan jenguk sini....hehehhee

Penat jugak la hari ni....x tau laa...agaknya dah menghala ke pertengahan 40an ni kan...cepat jek rasa penat...padahal pagi tadi duk baja2 bunga kat depan tu jek lepas goreng kueteow... Pastu petang ni ada la wat kuih tuk minum petang sikit...malam nnt x tau la nak makan apa... Anak2 akak ni jenis perut x makan sarapan, dah masuk zohor baru nak makan....kira brunch gitu...tu pasal malas nak masak lgk... Petang kang tumis sardin la kot...hahahaa...senang kije.. Apapun jom la jamu mata dengan Old Town White Coffee Bun nih...mmg sedap!! Masa bakar tu adeeeii aroma coffee tuh meresap jek masuk lobang hidungku yang x berapa mancungsss nih...hahahahhaha.... Cepat tul laku...akak wat malam tadi nih... tenghari ni dah linyaaauuuuu...eh liciinnn...hehehee.... Resepi akak adaptasi dari Coffee Bun yg sumbernya dari Mamafami yang terkenal dengan kepakarannya menggeledah dan berkongsi resepi roti, ....Jom layaaannn...Akak mm suka tekstur roti ni..stick to this one...! Akak gandakan adunan...liciiinnn..hehee



OLD TOWN WHITE COFFEE BUN
Adaptasi dari : Coffee Bun

Ingredients :- (8 buns)
  • 190 gm high protein flour (also can use multipurpose flour)
  • 50 gm sugar
  • 2 g salt
  • 6 g instant dried yeast
  • 1/2 teaspoon bread improver
  • 1 egg yolk
  • 50 g fresh milk
  • 12 gm instant coffee (for double ingredient, I mixed 3 tbsp. instant Old Town White Coffee with 3 tbsp. hot water)
  • 1 tbsp. coffee emulco (* I added)
  • 60 gm water roux
  • 1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) - * out of stock
  • 30 gm butter


Method : (Breadmaker (BM) method)

  1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
  2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
  3. Set the Breadmaker to Dough function.
  4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
  5. Remove dough from BM and punch down to release the air.
  6. Cut the dough 35 gm portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  7. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
  8. Leave to proof till double the size.
  9. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
  10. Once out of the oven, brush with butter.
Ni coffee perisa hazelnut yg akak gunakan, buat air pun mmg sedaaaappp...hehe

Monday, May 16, 2011

Puding Strawberi Buahan Koktel


Assalamualaikum....selamat sejahtera...esok dah plan nak pergi mana2 ke...Best nooo..esok cuti...akak la rasa best...leh rehat lebih2 sikit...bagus kan kalau dpt kerja selang sehari gitu...hehehee

Okay lah malam ni saja nak tayang puding strawberi yang akak ubahsuai dari Puding Susu Koktel dan di Sini jugak, yang mana resepi asalnya dari Jun-Yummylicious nih... Kebetulan ada tetamu datang makan tengahari weekend baru-baru nih...so untuk dessertnya akak buat ni je laaa yang sempat...haru jumaat tu kerja lagi...balik malam tu kemas2 rumah sikit laaa...setel segala kain baju.. adeeeii...

So jom layan puding yang dikatakan sedap oleh tetamu2 akak tuh..kira food tester baru la kan..hehehee...diaorg siap tapau bawak balik lagik...alhamdulillah...suka dapat feedback baik camni...hehee... Agaknya musim2 panas nih..apa saja yg sejuk lalu kat tekak, mst best kan..kan..





PUDING STRAWBERI BUAHAN KOKTEL
Adaptasi dari : Puding Susu Buahan Jun-Yummylicious
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
  • 2 biji telor
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair *
  • 1 sudu besar pes strawberi *
  • 140 gm strawberi segar * (* dikisar bersama)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung jagung. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan strawberi kisar tadi, biarkan mendidih.
  4. Masukkan campuran telor dan tepung jagung.
  5. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  7. Sejukkan dan hidang.



Sotong Kicap Pekat Cili Padi dan Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....salam isnin....semoga semuanya sihat.....kepada Guru-Guru or Cikgu-Cikgu yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa, akak mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada adik-adik geng cyber yang berkerjaya sebagai seorang guru atau cikgu. Semoga keringat dan bakti mulia yang diberikan dengan penuh keikhlasan, akan diberikan ganjaran pahala berganda untuk kalian....

Okaaayyy jom lah layan lauk semalam ni....dah tak tau nak masak apa....last-last yang pedas jugak disukai ramai di rumah ni walaupun namanya masak kicap....hehee...tapi kalau ada yang anak kecil tuh...jangan la taruk cili padi ni...kang cirit budak2 tu kang...hehehee....Okay meh layan....zaaassstttt!!!

SOTONG KICAP PEKAT CILI PADI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor sotong besar - cuci bersih dan kelar jgn putus.
  • 6 tangkai cili padi merah *
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia * (Bahan * ditumbuk)
  • 5 urat kacang panjang - dipatah2 1 1/2 inci
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh cuka
  • 2 sudu teh gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai cili merah - potong serong
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka. Kacau sebati sebentar.
  3. Masukkan sotong yang telah dikelar tadi dan masak sekejap.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta kacang panjang. Masak sekejap tapi jgn hingga kacang layu.
  5. Seimbangkan rasa, tabur cili merah dan tutup api. (jangan masak terlalu lama, takut sotong jadi liat nnt). Selamat Mencuba...!!