Terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk dapur akak ni...alahaii tuan dapur dah rasa tak sempat-sempat je memanjang. Banyak sangat perkara yang perlu didahulukan, kadang-kadang teringat nak update tak sempat pulak...kadang-kadang sempat kot tp tuan dapur macam malas pulak... Emm begitulah adat berlawanan yang ada pada sifat dan diri seorang insan. Apapun kuasa berusaha masih ada di tangan, selebihnya Dia penentu segala, kita pasrah dan redha sahaja laa...insyaAllah.
Ok la berbalik kepada entry ini, petang tadi akak post kat wall, hahaha...ramai pulak yang bagitau leleh2 segala... Akak lagi laaa, meleleh duk kat dapur memasak rendang dan mengukus pulut bagai ni. Ingat hati nak posting entry lain dulu yang banyak gak tertunda tu, tp bagi laluan rendang la dulu sebab ada yang bertanya2 resepinya. Resepi pemuda dapur maya...sapa lagi, kalau bukan Mat Gebu yang kuat sangat mengusik akak taaauu...adeeiii, kadang2 nak gelak golek2 dibuatnya....
Sebenarnya bercadang nak masak ni minggu lepas lagi, tapi dek kerana banyak hal dan masa tunggang langgang berkejar ke sana sini, sampai ke Arau sana bz nya akak ni ha, hehehee...so akak buatkanlah, untuk anakanda Aiman...selain mengucap syukur kerana impian dia, hajat dia tu....biarlah Allah sahaja yang mengetahui...
Terima kasih Mat kerana berkongsi baru-baru ni dan mencairkan tekak akak ko buat taauuu...Walaupun xda rempah rendang dalam stok, akak dah adjust dengan rempah kari daging + sedikit rempah kurma...alhamdulillah, sedap jer pada anak tekak kami anak beranak....Izin copy paste ya Mat...
RENDANG AYAM BASAH
Resepi Asal: Mat Gebu
Diolah uji : Ummi @ Home Sweet Home
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1.3 kg), potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
4 camca besar rempah rendang Baba's (akak guna rempah kari daging + 1 sudu besar rempah kurma)
3 cawan pati santan (akak guna santan kotak Kara jer...hehe)
2 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka
3 camca besar kerisik
3 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi)
1 kiub ayam (optinal)
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
6 batang serai, hiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh rempah rendang dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahant tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisat dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biar hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambaj kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam gelugor dan juga sedikit garam. Kacau rata.
- Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
Hidangan makan malam merangkap bekalan Aiman esok pagi....boleh jugak nak buat bersahur kan...hehehehe... Ha, tengok rendang ni, basah tak Mat, ke dah lembab jer...x kesah laaaa, tp mmg marbeless...! Air tangan Mat Gebu tak pernah mengecewakan kan...sapa setuju?? Nganga molot, akak suapkan...hehe

















