Sunday, April 14, 2013

Best Moist Chocolate Cake - Cakar-Cakar Pun, Sedap Amboii..

Assalamualaikum...

Semoga hujung minggu yang hampir berlalu ini dimanfaatkan sebaiknya...masa bersama keluarga memang tak ternilai dengan harga, sibuk melayan karenah mereka kita tidak menyedari masa terbuai cepatnya berlalu, sedar tak sedar esok sudah pun nak kerja bagi yang bekerja.... Tapi bagi suri rumah, hari-hari adalah hari kerja kan.  Bagi orang yang bekerja pun samalah, weekend bukan masa untuk berehat juga, segalanya nak di"cover" bila tiba cuti.  Silap-silap x rehat terus, walaupun selelap cuma...alahaaaii... 

Masa pantas bergerak dalam hidup yang sekejap cuma ini.  Kita tidak berlari meninggalkan masa, masa sentiasa menangkap kita...24 jam yang diberikan sama rata, terpulanglah untuk kita mengisinya dengan amalan/aktiviti yang diharap dapat membantu kita juga...lampiaskan sebanyak mungkin hidup mu dengan perkara-perkara baik yang membawa kita dekat juga denganNya... 

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" - Hadis Riwayat Bukhari.

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya dihabiskan untuk apa, tentang ilmunya digunakan untuk mengerjakan apa, tentang hartanya diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa, tentang badannya digerakkan untuk apa." - Hadis Riwayat Tirdmizi.

Ok lah, akak cuma nak kongsikan kek coklat yang teramat sedap ni yang sempat akak buat sempena hari lahir suami yang sentiasa dekat di mata, dekat di hati...dia insan yang cukup memahami, cukup mengerti, cukup baik hati budi dalam alam berumahtangga selama 25 tahun ini...Syukur ke hadrat Allah SWT. kerana mendampingkan insan istimewa ini dalam hidup akak...  

Buat kalian, janganlah dipandang pada rupanya kek ini...dengan bahan yang tidak mencukupi dan masa yang terbatas, toppingnya tu akak "cakar-cakar rimau" je laaa..hehe, nak ke kedai pun x berbaloi sangat dah rasanya....lalu topping coklat belen filling tu akak tuang dan cakar-cakar aje la atas topping creamcheese yang marbeles tuh.... MasyaAllah...hb makan dan terus menyatakan kesedapan kek nih...alahaiii tersentuh hati akak..alhamdulillah...

Untuk resepi kek coklat ni akak ceduk dari dapur Nina Mirza dan Nina ceduk dari link Sini.... Terima kasih byk Nina kongsikan.  Dan untuk resepi filling creamcheese dan filling coklat tu akak ceduk dari dapur Azlita Masam Manis yang memang teror dalam hiasan dan idea membuat kek2 nih...Kagum sungguh dengan dia.  Konon nak buat kek mcm Ita buat nih...tp sebab filling tu sikit sangat kot akak letak, so bila potong x berapa nak nampak jer petak2 tu....hehehe.. Issshh x kesah sangat laaa, akak ni mmg keras tangan pun...pastu kesabaran makin kurang bila dah berpeluh-peluh kat dapur...hahahaa.  Tp hati baik taaauu... Terima kasih kepada keduanya...Jom semak resepi dulu k...

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber :  Nina Mirza

Bahan:- (Loyang bulat 8 inci)
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 2 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (akak ayak bersama bahan bertanda)
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telor saiz A
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air nescafe mendidih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu (untuk pembakaran kek secara perlahan - terpulang juga kepada jenis oven masing-masing, adjust la yea)
  2. Griskan loyang dengan shortening dan alas dengan kertas kalis minyak (baking sheet).
  3. Masukkan kesemua bahan KECUALI air nescafe mendidih ke dalam mangkuk adunan.  Pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan air nescafe mendidih tadi, kacau perlahan lagi hingga sebati sahaja.  (Boleh guna whisk je).
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar kek selama 1 jam atau masak seeloknya. (Test kek dengan cake tester/lidi/pisau, jika keluar bersih maknanya kek telah masak, jika masih melekat adunan tambahkan masa bakar).
  6. *Cara akak - Bila kek masak, biarkan dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama 5 minit, barulah dikeluarkan untuk disejukkan di atas redai.
  7. Bila kek benar2 telah sejuk, bahagikan/potong kek kepada 3 bahagian untuk langkah melapis dengan filling.

CHOCOLATE GANACHE

Sumber:  Azlita Masam Manis

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebelum kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Untuk panduan, boleh lihat cara melapis filling di dapur Azlita tu yea...Selamat Mencuba... 


Tuesday, April 9, 2013

Kelas Chef Amer Yang Gempak

Assalamualaikum...apa khabar? 

Seminggu lebih blog x berasap kan...tuan tanah bendang macam bz sesangat la konon...hehe.  Eh bz, memang bz la ni...hehe.  Weekdays kerja, weekend masuk kelas...hahaha.  Kenal kan siapa Chef di atas, tengoklah lagak ngeri seorang Chef, hehehe (*ampuunn Chef kalau Chef baca ni, hehe).  Alhamdulillah, hari Sabtu (6 April) baru-baru ni akak telah menempatkan diri untuk mengikuti Kelas Kek Komersil bersama Chef Amer yang awesome....kelakar bagai nak rak kelas dibuatnya... Siapa yang kenal dan pernah masuk kelas Chef ni mesti tau la macamana ceria dan terhiburnya kelas...dalam lawak jenaka ilmu, tips, panduan dan rahsia dicurah... Gambar di atas, adalah posing sambil bercerita tentang pengalaman yang dikutip sepanjang 21 tahun lebih dalam dunia coklat di merata-rata negara yang dipelajarinya.  Ternganga kejap kami dibuatnya...

Kelas ini telah dianjurkan oleh tuan punya bengkel bakeri, Zati D'Hati (Amaruszati) yang memang terkenal di sekitar Pahang ni.  Zati memulakan dengan sedikit ucapan dan terima kasih kepada yang sudi hadir.  Tanpa disangka, kehadiran mencapai 42 orang hari tu.  Peserta datang dari pelbagai negeri dan daerah spt Cukai, Kemaman, Dungun, Muar, KL pun ada kalau x silap, selain dari pelbagai daerah di Pahang.  

Sesi mengadun kek semua kita terlepas nak ambil gambar dan ini adalah kek pertama yang didemo iaitu Boston Cheesecake.  Chef pesan, kalau nak buat kek, hati kena ceria, mulut kena ramah tamah bercakap, mulakan dengan Bismillah dan adun kek dengan penuh kasih sayang....waaa gituuuu..  Tentang ilmu yang diberikan itu terlalu banyak yang dikongsikan oleh Chef.  Antaranya tentang mentega, marjerin, sebatian mentega, lepa susu, creamcheese, gelatin, jelly, agar-agar, whipping cream, fresh cream, , tips baking, kedudukan dalam oven, penggunaan oven, bahan-bahan dan tips/cara melepa kek dan deko... MasyaAllah banyak betul yang kita faham sebelum ini adalah berlainan dari kaedah sebenarnya... Seronok sungguh bila belajar dengan yang pakar nih!

Chef serius memberi tips dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.  Sempat jugak tu snap foto...hehe.  

Adeeehh kelas mmg gempak, siap mengadun, pakat nak rasa adunan cheese tu, haa Chef nak baling spatula tu...hahahhaa.. Pakat-pakat colek la nak merasa...macam anak2 kat rumah lak, kalau wat kek ke, sibuk nak mencolek merasa...Chef Amer layan segala.  Pengenalan kepada jenis-jenis kek dan teknik pembuatan kek, penggunaan bahan, loyang dan apa yang dikatakan kek komersil itu turut dikongsi...

Tengoklah, peminat ambik peluang mintak sign atas buku resepi yang diedarkan... Hidangan pagi juga disediakan dengan kuih2 dan tengahari dengan kari kambing, siakap sweet sour, sayur kailan dan sambal belacan terhidang.  Sementara tu pakat2 posing jugak laaa... Kelas bersambung semula jam 2.30 petang selepas makan dan solat zohor.  Chef, lepas pekena kari kambing mulalah banyak terlupa dan tersasul eh...haha

Cara memotong kek dan tekniknya juga....pakat-pakat cuba, ada yang pakat-pakat tengok jer...hehe.  Kenal x siapa yang bertudung kelabu nih....blogger lama jugak ni, cuma dah kurang aktif... Aishah (ummiaqil).. Dia ni dah terer buat kek, siap ambik tempahan lagi...bekas pelajar deko Zati jugak ni... Sebenarnya x sangka dan x tahu pun Aishah akan masuk kelas ni...dah jodoh nak jumpa Aishah di sini....

Peserta kusyuk menulis nota, mencuba dan menolong...akak tolong tengok jer...penuh dah duk berkerumun kat depan tu haa...hehe.  Chef Amer ni kelakor sungguh, ada ke dia kata, American Choc Cake tu asalnya kek dia...hahaha ya lah, nama Amer kan...sambung je la nama tu...haha.  Lawak2 jugak, tp Chef mmg tegas, sekali dia jerkah suh siapkan cepat kek2 sume, pakat-pakat ketaqq tangan...hahaa..

Antara lagak ngeri seorang Chef....sekejap jer melepa, menghias segala...kalau kita mahu 2 jam nak siapkan....

Inilah 4 jenis kek yang dipelajari.... Chilled Oreo Cheesecake, German Black Forest Cake, Boston Cheesecake dan Chocolate Perfection Torte (kata Chef, kek ni kira abang kepada Chocolate Indulgence Cake..hehe).  Dalam banyak2 kek ni, Chocolate Perfection Torte ni lah yang mencabar sikit nak buatnya...step banyak sikit...Tetapi setelah melihat dan berbekalkan semangat dan konfiden yang Chef beri, x susah mana...pasti boleh!!  InsyaAllah... ^___^

Sume kerja Chef yang buat, anak murid sibuk duk fokus mata, ambil gambar, rakam video jer...hahahhaa... Yang susah2 tu, suruh Chef je la siapkan.. Lagi pelbagai teknik dan gaya Chef tersohor...aduhaaaiii...

 Aishah (rakan blogger) dan kak Siti Absah (rakan FB) turut ambil kesempatan posing dengan Chef...hehe.  Tak sangka jumpa kak Siti jugak di sini...sume ni yang dah terer wat kek dan siap ambik tempahan lagik...Akak bila lagi eh...Fuuhhh, ambik semangat depa nih...Ya Allah, engkau permudahkanlah hari-hari ku... Tapi betullah, balik je kelas Chef Amer hari sabtu tu, pagi ahad dah ada yang nak tempah kek untuk tunang anak dia....aiihh, mcm bagi semangat dan cabaran jek nih....haha.. Kita x bagi kata putus lagik al maklum kita ni kerja...tp tempahan tu tak lah banyak mana....boleh kooottt...insyaAllah.

Akhir kata, terima kasih kepada Zati atas penganjuran Kelas Kek Inspirasi ini...lenkali jangan lupakan akak yea dan penghargaan tidak terhingga kepada Chef Amer yang sudi turun ke Kuantan dan sudi mempelawa akak untuk mengikut kelas beliau seterusnya...insyaAllah Chef.  Saya doakan Chef sentiasa sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan perkongsian ilmu di masa2 akan datang hendaknya....Ameen. Jazakallah!

Semoga ilmu ini memberi manfaat buat mereka yang telah mengikutinya dan membuka jalan untuk lebih banyak peluang menambah rezeki...insyaAllah..Setakat ini yang sempat akak kongsikan pengalaman mengikut kelas Chef Amer ini....Chef, you are really great!!

Monday, April 1, 2013

Buah Melaka (Onde-Onde)

Assalamualaikum...apa khabar?

Alahaaiii dah kata dah, memang seminggu sekali jek nampaknya yang sempat akak update buat masa ni, mohon maaf sangat-sangat yea.. Masih banyak hal yang buat diri ini bagai dikurung dari bersantai-santai di alam blogging ni.  Namun akak bersyukur masih ada juga ruang, biarpun tidak seaktif dulu, akak tidak kesah asal perkara-perkara lain yang jadi keutamaan tidak terganggu.  Ada masa, akak akan berlabuh sebentar di sini... Kesudian kalian menjengah, sangat-sangat akak hargai...
Dan untuk entry kali ini sebenarnya buah melaka ni dah lama sangat akak buat.  Teringin sangat nak makan buah melaka ni masa baru-baru balik haji hari tu...buatlah kaaann... Selalunya akak buat kuih main campak-campak je bahan sebab memang senang sangat kan...Tapi teringatlah kot ada yang nak buat kan, akak pun tulis lah resepi tu atas kertas dan letakkannya di sisi komputer ni untuk ditaip nanti.  Aleh-aleh masa pindah rumah hari tu, x tau ke mana la perginya kertas yg akak tulis tu...aduhai, sampai sekarang x jumpa.  Mintak maaf lah yeaa... tetapi kuih ni senang jek kan... 

Ada banyak versi sebenarnya orang buat buah melaka ni... sesetengah letak campuran tepung pulut dgn sedikit tepung beras, setengah orang hanya gunakan tepung pulut sahaja.  Akak pun camtu, ikut cara mak, guna tepung pulut je sebenarnya, letak garam, pewarna atau pes pandan dan air secukupnya.  Kalau rajin boleh kisar daun pandan bersama air dan bancuh.  Uli hingga boleh dibulat-bulatkan dan tidak melekat pada bekas adunan.  Boleh buat kan...

Teringat lagi masa makan kuih ni, lepas jek siap gaul kelapa tu, sebutir-sebutir masuk mulut tak hengattt....kena pulak mmg akak gunakan gula kabung dari K.Lipis yang memang terkenal sedapnya tuh....alahaaaiii....masyuukkk jer.. Okeh, cuci mata je la yea...buat sendiri mmg best, kena lak guna pandan ori....harum sedap wallaahhh!

Sedikit kata-kata sebelum you all balik yea...

"Apabila engkau mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah supaya dia marah.  Kemudian suruh orang lain bertanya kepadanya tentangmu dan rahsiamu ketika marahnya itu.  Sekiranya dia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia sebagai sahabat."