Monday, August 10, 2009

Seafood Padprik

Sorilah akak lambat posting menu tengahari wiken semalam...bz teramat, maklumlah melayan 2 orang anak bujang ni haaa..abanglong yang dah nak balik dan Aiman dengan latihannya coz next week b4 pose dah nak exam pulak...suh dia gandakan latihan..abanglong pun tolong ajar jugak Maths kat Aiman ni sebelum balik ke U lewat petang smlm...Malam ni, baru sempat nak tayang menu...xnak cakap banyak dah laa..resepi xda sgt dah nk rujuk mana2 skrg ni..buku dah ada...senang je refer...Lagi resepi Chef Hanieliza...dah ada kena lah try kan, byk lagi tu, berderet....sapa sanggup tunggu resepi Kak Liza ni..sabor2 la ya...hehe
Bahan:-
  • 300 gm sotong - kerat kecil
  • 300 gm udang
  • 6 biji cili padi - ketuk
  • 3 ulas bawang merah (dihiris/dimayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris/dimayang halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar sos/pes tomyam
  • 5 sudu ebsar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 batang kacang panjang (akak letak kacang peas)
  • 1/2 batang karot (hiris)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
  • beberapa helai daun limau purut (dikoyak)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Apabila kekuningan, masukkan cili padi.
  3. Masukkan sos tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air.
  4. Selepas menggelegak, masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
  5. Biarkan mendidih sekali lagi.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

(*sekiranya suka masam, boleh perahkan limau selepas ditutup api)

3 comments:

Anonymous said...

Bestnye ade buku kak liza tu ek... kak ummi selalu2 la update resipi baru, pastu kite cilok kat umah kak ummi neh pulak..hehe :D

ain said...

selalunya klu bulan posa malas nak masak sahur, beli aje lauk paprik ni. so tinggal masak ns aje.

ummi said...

Ijan -
Aah..mmg senang resepi dr buku kak Liza nih..insyAllah akak akan share sama2 kat sini..sian org jauh.. :D, nak2 pulak tengah pregnant tu kannn..

Ain -
Hehe..pasni leh masak pulak paprik ni kan...