Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Double Chocolate Cupcakes

ASSALAMUALAIKUM....

Petang ni masak apa tuk minum petang...dah ada kek ke, ada jemput2 ke atas meja tu...nak tumpang semeja eh.. Kalau xda apa2, makan biskut jek laaa...cicah teh O pun ok gak kan.. Kalau xda gak cuci mata jek la kat sini.... Double Chocolate cc ni akak tertengok kat dapur Jun hari tu...baca bahannya tu mcm sedap sgt, rupanya resepi asal dari dapur Rima, cuma akak click link Jun letak tu, xda la resepi tu, puas scroll kat dapur Rima x jumpa gak.....hehehee. Apapun thanks to Jun dan Rima yg mmg world kalau bab baking2 ni.... Memang moist cc ni... anak2 suka, tambah2 pipe kan chocolate ganache tu....lakuuuuu..hehe


DOUBLE CHOCOLATE CUPCAKES
Resepi: Rima (*thanks Rima bg link entry tu..hehehe)
Sumber: Jun @ Yummylicious

Bahan:-
  • 275 gram gula
  • 180 gram butter
  • 3 biji telur
  • 225 gram yogurt atau sour cream (akak guna sour cream)
  • 1 sudu besar pes coklat
  • 250 gram tepung
  • 20 gram tepung jagung
  • 30 gram serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan bekas cupcakes/muffin.
  2. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul butter dan gula hingga sebati dan keputihan.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga ringan.
  5. Masukkan campuran tepung yang telah diayak berselang-seli dengan yogurt/sour cream.
  6. Masukkan pes coklat dan kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam cawan cake/muffin hingga 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 min.
  8. Sejukkan dan hias dengan chocolate ganache.


CHOCOLATE GANACHE

Bahan:-
  • 450 gram cooking chocolate bar - potong kecil
  • 300 ml whipping cream
  • 50 gram butter
Cara-Cara:-
  1. Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas dengan api perlahan.
  2. Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap, kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan butter dan kacau sebati.
  4. Biarkan beberapa jam hingga nampak pekat membeku dan paipkan ke atas cupcake dan hias ikut suka.

Sebenarnya piping ni pun dalam masa yang terhad sangat....lama nak tunggu ganache tu membeku sikit, rushing jek buat kerja itu ini.....anak2 pulak dah x sabar nak ngap...dari awal tengok terkedip2 duk fikir bila la leh makan...hehehhehe, sampai hati maknya kaaann...

Toppingnya pun mmg sedap....boleh buat lagi lain kali...try la yea...

Monday, January 9, 2012

Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes

ASSALAMUALAIKUM..... Morning to all...waaah isnin pulak dah eh...rasa baru jek Sabtu...apasai eh cuti 2 hari rasa macam cuti sehari jek...x cukup2 masa...hehehehe.. Ni tandanya kena bersara dah kot...duk rumah jek ek.. Tp biasalah kan...mana nak cukup masa, agenda menanti byk sangat. Ni pun dari tengahari semalam dah masuk gambar ni...tp xdan nak publish. Duk bz semalam membakar bingka suji dan sekali lg akak buat Cherry Berry Streusel Squares tu...Lepas asar bawak ke rumah mak sedara yang jemput untuk makan sempena majlis bacaan yasin lorong dia...tp bukan tuk jamuan laaa..bg khas tuk dia kudap2 je la...hehee.. Pastu sebahagian lg bagi kat family adik lelaki akak kat Indera Mahkota tu...

Okeh ini pun menu bila eks...hahahaa, x hengat sudah sebab lama tunggu que nak entry nih..Ops baru ingat, masa 3 family adik berkunjung wiken lepas...hahahaha.. Licin dikerjakan dek anak2 buah sume....anak2 akak bagitau sedap sangat, baru akak rasa...ya laaa sedap weeyy...sbb gabungan mantops kek coklat yang "gooey" gitu dengan cis...apa lagik..meh layaaannn..

Resepi ni akak jadikan muffin la sebab guna bekas muffin....hehehe...sedap weehhh...x caya try...rasa kek tu mmg "gooey" sbb menggunakan cuka tu...bessttttt!!

GOOEY CHOCOLATE & CREAM CHEESE CUPCAKES
Recipe taken from: Home Baking Book
Tested & Translated by : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (12 biji cupcakes - akak guna bekas mufin)
  • 175 gram tepung
  • 20 gram serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 200 gram gula kastor (akak letak 180 gm jek...sedang elok manis)
  • 50 ml minyak masak Sunflower (akak guna minyak jagung)
  • 175 ml air
  • 2 sudu teh cuka putih (akak guna cuka makan tu ler)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gram cream cheese
  • 1 biji telor, dipukul sikit
  • 100 gram chocolate chips
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven ada suhu 180 C dan sediakan bekas muffin atau cawan kertas.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Masukkan 150 gram gula kastor. Masukkan minyak, air, cuka dan esen vanila dan gaul dgn whisk hingga bercampur rata. (jangan dikacau terlalu lama, cukup setakat bercampur rata jek)
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan lebihan gula kastor, cream cheese dan telor dan pukul bersama hingga betul2 sebati. Masukkan chocolate chips.
  4. Sudukan adunan kek ke dalam bekas mufin/cawan kertas dan sudukan pula adunan cheese di atasnya hingga memenuhi 3/4 bahagian bekas.
  5. Bakar selama 25 minit hingga nampak "firm" bila disentuh. Keluarkan dan biarkan sejuk 10 minit di atas tin pembakar dan kemudian baru disejukkan di atas loyang.

Thursday, December 8, 2011

Orange Almond Choc Chip Muffins

ASSALAMUALAIKUM....SALAM SEJAHTERA....

Dah makan tengahari dah ke kakak2 dan adik2 semua...Mesti tengah menyandar kenyang tuh...takpun dah terpikir2 nak kudap apa pulak petang nih eh... Kita ni kalau senang hati, asyik nak makan jek...susah hati pun ada orang banyak makan, ada orang x lalu makan.... Apa2 sahaja, jangan jatuh sakit sudah la yeaa... ^___^

Okiesss...meh nak kongsikan muffin lak la petang ni... Rasanya dah lama jugak x memafin.... Actually akak pernah buat dah muffin ni dulu....resepi asal dari Chef Hanieliza fotopages, mmg moist dan sedap..harum dengan bau oren tuh..kalau dah jemu dengan muffin coklat, leh try pulak muffin perisa oren mcm ni...sungguh x mengecewakan... ^___^. Kali ni akak cuma tambah bahan hiasan, badam selain choc chips.... Nak buat pun mudah sangat....thanks kak Liza cayang...


ORANGE ALMOND CHOC CHIPS MUFFINS
(18 - 20 biji)
Resepi Asal : Chef Hanieliza Fotopages
Sumber & Adaptasi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * -(bahan * diayak 2x)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips & almond nibs

Bahan B:-

  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan jus oren (akak substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok je, dah la ok..)
  4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin (akak guna muffin cups)
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh(3/4 cawan kertas), hias dengan choc chips. (akak gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup tu jek, baru elok, takpun nnt meletuss..hehe)
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan. (jangan sampai tergaring lak)
  7. Sejukkan atas redai.

Thursday, November 10, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Muffin

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera buat semua yang masih sudi-sudi lagi jenguk dapur akak yang kian suram ni....Apa khabar yea? Sorilah, mood nak mengupdate sejak balik cuti ni melayang jauh jek...bz melayan anak2 yang ada balik belaka kat rumah ni.... lepak-lepak, sembang-sembang, makan-makan...hehee, pastu malam mata macam awal sangat mengantuksss.....tu la pasal.. Kesian jugak kat mereka yang rajin duk click-click lagi kat sini...mohon maaf la yea... Enjin turbo rosak kot, ni pakai enjin second hand laaa...slow-slow gitu... x kesah, janji sampai kan... hehehe

Ada banyak sangat entry tertunggak sebenarnya.... dah x tau mana satu yang dulu, mana yang kemudian... Ingat nak masukkan entry raya korban dan acara korban di rumah mak abah sempena AidilAdha baru-baru ni...adeehh banyak sangat gambar nak dibelek dan dipilih...nanti-nanti la eks... Layan dulu muffin petang ni k...



SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE MUFFIN

Resepi Asal : Dayangjack
Olahan dari : Super Moist Eggless Chocolate Cake

So akak xyah letak resepi dah la yea...you all click jek kat mana-mana link tu...terima kasih banyak kat Dayang yang telah menyumbangkan resepi ni...akak suka...sangat moist...wat muffin pun still moist, cuma kena pandai la set oven masa membakar k. Cuma kali ni akak tukar dari penggunaan serbuk susu tepung kepada serbuk coffeemate.....lemak-lemak beracun gitu...hehhee. Pada akak, ini antara resepi terbaik nak buat cake/muffin jugak... Muaaahh to Dayang yang cantik lawoooo... ^___^

Sunday, October 2, 2011

Muffin Coklat Pisang Kukus

ASSALAMUALAIKUM ^____^

Salam petang minggu....tengah buat apa tuh...pi jalan2 eh...akak tunggu rumah jerk...santai2 duk dapur masak2 nak isi perut 3 beranak...hehee, malas jek nak jalan2 pun...jemu dah tiap2 hari tengok bandar pi kerja.... Jom minum petang dulu, sedap pekena dengan secawan nescafe, eeemmm....

MUFFIN COKLAT PISANG KUKUS
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Koleksi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
  • 1 cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu
Cara Membuat:-
  1. Panaskan kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak dulu semua bahan A dan masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Masukkan bahan B dan adun sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
  4. Kukus di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin kembang.
  5. Angkat dan biar sejuk di atas redai.

Wednesday, June 15, 2011

Mini Muffin Coklat Kukus

Asalamualaikum....Selamat Pagi....Dah sarapan ke belum? Ke ada yang duk ganti puasa lagi or meneruskan puasa sunat di bulan Rejab ni.... Kalau ada yang nak bersarapan dan masih terfikir2 nak kudap apa dan anak2 merenget xnak makan nasi lemak ke, nasi goreng ke, apa kata cuba mufin coklat ni...mmg sedap, terasa sungguh kecoklatannya...tu dia ayat...eh betul laa..mmg sedap. Apam ni dah selamat masuk perut dah sebenarnya, akak bawak pi KL hari tu untuk besday anak2 buah jugak....x dan nak entry... Sangat senang nak membuatnya sampaikan adik akak kat Gombak tu dah amik resepi dan cuba semalam. Katanya, dia nak buat lagi untuk besday anak dia yang tarikh sebenarnya esok dan hantar ke Tadika anaknya. Hari tu sebelum balik ke Kuantan, akak sempat lah pi tolong dia cari dan tunjukkan bahan2 kat kedai. Semalam dia telefon akak bgtau, dia suka sangat sebab senang buat dan jadi jek.. So apa lagi, jom try pada yang belum.

Akak discover resepi ni dari blog CT sebenarnya dan terus rasa nak buat hari tu...Thanks CT sebab share resepi Maklang Azie yang sedap ni dan tahniah kerana telah terpapar di dada akhbar Kosmo dalam Cabaran Daisy 2011 baru-baru ni. Moga CT terus berjaya dan lebih bersemangat untuk berblogging di alam masak2 ni...Akak x dapat nak terima invitation email dari Mr. Henry tu...hehe, xleh nak pergi la sebab kerja banyak dan kena bercuti sakan lak oiii...lain kali la kot...insyaAllah. Untuk mini cuppies camni, akak punya xlah naik pecah cam CT tu maybe sebab kecik2 sangat wpun dah jarang2kan kedudukannya serta guna api kuat masa kukus, tp elok jek berlubang2 atasnya dan sungguh moist eh! Elok jugak untuk budak2 makan kan, x membazir kalau x abis besar2 gitu...hehe...Jom kongsi...




MINI MUFFIN COKLAT KUKUS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima

Bahan A:-
  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak)
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel).

Monday, June 6, 2011

Chocolate Brownie Muffins

Assalamualaikum....salam sayang dari akak...semoga cuti sekolah ni kalian dapat memenuhi masa yang berkualiti bersama anak-anak yang kebetulan bercuti...x kira lah cuti sekolah ke, cuti U ke...kebetulan la kan... Akak doakan segala perancangan bercuti berjalan dengan lancar. Mcm akak ni, just spend masa kat rumah je laaa..nak jalan2 pun anak2 bujang n dara kerja pulak cuti semester diaorg ni....kesian pulak kalau x dpt join nnt...sabtu ahad pulak program mak abahnya...huhuuu..

Terima kasih juga kepada yang masih sudi mengunjungi dan x lupa nama Home Sweet Home untuk dijejaki selalu...Akak begitu hargai atas ukhwah yang dibina di jambatan cyber ini.... Maaf sekiranya akak x sempat selalu bertandang...kebetulan sibuk sangat2...kat ofis xdan langsung nak menjeling...

Okayy. jom layan brownie muffin ringkas tapi penuh rasa coklat yang mewah.....sedap sangat! Sekejap jek licin....mmg favourite anak2 la bila part coklat2 camni... Teruja tengok kat dapur Ayu Spore tu...Thanks sudi kongsi ya Ayu...



CHOCOLATE BROWNIE MUFFINS

Sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
  • 3/4 cup good quality baking cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder) (*i used Van Houten)
  • 1 tsp baking powder
  • 3/4 butter melted
  • 1/2 cup boiling water
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 11/4 cups sugar -Ayu used 1 cup (*me too..hehe)
  • 2 eggs
  • 11/3 cups all purpose flour
  • 1/4 tsp salt
  • 1/2 cup mini chocolate chips(optional)
  • 1/2 cup walnuts(optional) (i skipped this)




Method:-
  1. Set oven to 350F (175C). line muffin tins with paper liners.
  2. In a medium bowl combine cocoa and baking powder, mix to combine.
  3. Add in boiling water, mix well with a wooden spoon to combine.
  4. Add in melted butter and vanilla, mix well.
  5. Add in the sugar, mix well with a wooden spoon. Stir in eggs with a wooden spoon, mix well until combined.
  6. Mix the flour with salt, add in the chocolate chips and walnuts(or 1 cup of both).
  7. Using an ice cream scoop fill each of the muffin tins almost to the top.
  8. Bake for 25-30 minutes or until muffins are done, don't over-bake (might take a little longer, depending on how full the muffin tins are with the batter) Cool drizzle glaze over or frost with buttercream frosting.

Saturday, May 21, 2011

Instant Blueberry Muffin

Alahaaiiii ni dah kes malas dah ni taaauuu...tapi perut n tekak x reti nak malas2 bila bab makan...rajin jek mereka dlm otak kan... Nak makan itu, nak makan ini.. Akak ni dah la x banyak masa nak godek2 sakan macam orang...tp semangat komain nak membaking jugak muffin nih....teringin tul nak makan blueberry muffin.... Lastnya masa singgah kat kedai bahan baking kelmarin konon nak beli tepung roti n sedikit bahan lain...last-last nampak ada blueberry muffin mix nih...terus jek sambar....hahaha..bahaya kan, kalau beli main sambar2 nih...x elok diamalkan... Tapi kalau setakat untuk isi tekak ni apa la sangat kan...bukan beli baju ratus2 pun...

So dengan itu, terjadilah ready muffin mix nih.... Nak buat ikut ajelah bahan-bahan kat plastik tepung campuran nih... Cuma akak piping bluberry filling kat tengahnya...


Badan pun penat sikit nih, macam dah ngantuksss je...lepas zohor tadi pergi ke rumah bos tolong2 mengikat dan merebenkan goodies untuk perkahwinan 2 orang anak beliau. Ada lah 7 8 orang geng ofis datang.... Banyak jugaklah dapat disiapkan...siap solat asar kat rumahnya... Datin siap sediakan serawa durian dan kuih serimuka pandan untuk hidangan petang..thanks Datin yg baik hati...kenyang perut. Dah azan maghrib baru akak balik rumah....pergi tadi pun bawak anak2 dara akak 2 org ni..so cepat sikitlah setel keje..hehe... Jom lah layan jek muffin nih...No resepi la eh.. Plastiknya akak dah buang pun...x igt lak.. Tapi sape2 yg x penah buat guna instant mix tuh, buat je ikut arahan dan insyaAllah menjadi...sedaaappp pulak..!



sedap, gebusss dan moist jek adunan nih...next time kalau malas nak menyukat segala, beli tepung segera ni je la eks...hehehhee....okay lah akak nak rest dulu la...mata mcm dah layu kepenatan jek..

Tuesday, April 19, 2011

Turkish Yogurt Carrot Banana Muffin



Assalamualaikum...malasnya nak masukkan entry taaauuu...nape ntah...macam xda mood jek....balik keje siap masak sempoi2 jek, dapat santai2 kat depan tv sambil lipat kain gitu rasa lg sonok lak...siap susun kemas masuk almari sume...pastu lalu lalang jek kat dpn pc, wat x nampak je la...godek2 kat dapur rajin, tp nak masuk entry yg malas....adoiiii...Okay laaa meh la layan muffin yg akak buat kelmarin....nak buat rumit sikit sebab banyak mende kena sedia...tp hasilnya wallaaaahh sedap sebagai bekfes, pekena dengan nescafe kaw-kaw punya, xpun white coffee...sedap rasa carrot dan pisang tuh...lembut jek..lg dengan kismis tu... Masa bakar bau harum jek... Resepi dari salah satu koleksi buku kek n muffin.....Jom kita tengok resepinya... Namanya panjang betuiiii...hehehe...sori lah gambar pun ala-ala jek..malasss dan letih dah nak tonggeng-tonggeng snap gambar...huhuuu

TURKISH YOGURT CARROT BANANA MUFFIN
Sumber: Koleksi Kek dan Muffin @ HomeSweetHome

Bahan A:
  • 125 gram mentega tanpa garam (akak guna Golden Churn)
  • 130 gram gula perang
Bahan B:
  • 100 gram yogurt asli (akak xda stok, guna perisa strawberi..no harm..hehe)
Bahan C:-
  • 330 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Bahan D:
  • 200 gram pisang ranum yg dilecek (akak guna pisang berangan)
  • 60 gram lobak merah yang diparut
Bahan E:
  • 80 gram kismis sultana
Bahan F:
  • 80 gram susu segar
Hiasan:
  • 80 gm badam cincang
Cara Membuatnya:-
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 C. Sediakan dulang pembakar muffin atau cawan muffin/cawan kertas.
  2. Pukul bahan A hingga adunan menjadi gebu dan ringan.
  3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
  4. Bahan C diayak dan masukkan ke dalam adunan bersama bahan D dan E. Gaul bahan tadi hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan bahan F dan kacau sebati lagi.
  6. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin paras 3/4 dari bekas. Taburkan badam cincang di atas adunan dlm cawan muffin tadi.
  7. Bakar pada subu 190 C (*ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 25 - 30 minit (*akak set 20 minit jek) hingga muffin masak sepenuhnya. Sejukkan di atas redai. Sedap dimakan suam-suam gitu...Selamat Mencuba!!


gambar kiri dari buku - gambar kanan siap disudukan ke dalam bekas utk dibakar

Monday, March 7, 2011

Chocolate Choclairs Muffin



Assalamualaikum....waaaaaaaahh dah malam dah baru dapat nak menghapdet entry...adeeeiii...biasalah la kan..hari minggu....mmg non-stop agenda...x jugak la masak2...semalam xda lah masak sakan....biasa2 jek...pagi sarapan french toast, telor mata, sosej panggang dgn kacang panggang, pastu akak duk sakan kemas dapur, cuci hud dapur tu ha, tengok2 bekas takung minyak kat atas tuh dah rupa kicap pekat jenama ABC dah...wakakakaaa...kalau letak dekat2 mmg serupa wpun x sama...hahahah...pastu kemas2 rumah dan setel laundry segala....lepas zohor keluar dengan hb....cari barang sikit...balik pun dah petang....meneman hb cari barang idaman...last2 akak yang dapat barang x idam pun...tp sebab sales giler2...terperangkap la sudaaaahhh...hahaha....nasib hb tulun bayoorrr... Pastu kena la temankan dia lak...pi PC Fair kat International Convention Center, The Zenith Hotel tuh, mmg dah banyak hari dia bagi tau nak pi situ, nak cari sesuatu....dan sesuatu ituuuu..dapat lah semalam...hehee...Hari ni baru acara masak2 sikit laaa...weeeyyy panjang pulak celoteh...

Sebenarnya dah lama duk simpan resepi Chocolate Choclairs Muffin nih...duk tertangguh-tangguh jek nak buat....beli choclairs ni pun duk jek kat dapur tu sampai Aiman mula la kesaahh tanya...mak nak ke choclairs tu...kalau x dia nak makan....waaaahhh cakap kat dia ada sepaket tu..mak nak guna dlm 10 bijik jek...weeeyy dia hentam sungguh...mcm x penah jumpa lak...hehee.... Buat ni hari Khamis dah, cuma x dan nak letak entry...biasalah kan....akaaaaaakkk..hehehee


Okaayy jom layaaannn resepi angkut dari dapur Yani @ Deco Choco tu...mmg tengok lelehan choclairs tu kuar masa bakar, marbelesss betuii...rupanya mmg sedap bila makan, terasa jek choclairs tuu...liat2 gitu...best! Hb dan Aiman pun kata sedap la pulak...kot lama akak x buat muffin kotnya....perasan x, lama akak x me"muffin" kan..kan..hehehe...Terima kasih Yani sebab share....izin akak C n P dan share sini pulak yea...


CHOCOLATE CHOCLAIRS MUFFIN
Resepi: Yani @ Deco Choco
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm chocolate chips
  • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)

Cara-cara:
  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau.
  4. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung diikuti dengan susu. Akhir sekali tepung.
  5. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
  6. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Monday, August 9, 2010

Marble Banana Muffins

Salam semua, apa khabar? Sorilah banyak 2 hari x update...bz sangat2...bukan x masak...masaaakkkk...bukan x bakingg..bakinggg....heheee...2 family adik dan my mom datang ke rumah menziarah orang yg sihat tembam nih haaa...hehee..pastu bawak2 depa pi beli ikan masin/bilis/udang kering segar kat Beserah dan cari2 keropok lekor di samping cuci mata ke Teluk Chempedak...dioarg dah 5 6 tahun x jejak kaki ke pantai TC nih..so layaann laaa...masak2 pun wpun sempoiiii, tp banyak gak...duk sorang2 jek masak, xda tukang kacau, xda tukang clearkan sinki....x rehat lgsung wiken ni...tp sangat seronok ramai2 kat rumah...Semalam pukul 10 mlm dah xleh celik mata, terbongkang...mata pedih jek..maklum now cuaca panas kan....tu la hawa Ramadhan nak menjelma ni kan...So layan muffin ni dulu la eh...Ramai pun yang dah buat muffin ni...Sedaaaappp pada tekak akak....laku sungguh makan ramai2..hehe...Akak cilok resepi dari rumah Izahdaut tu...Thanks ya Izah, nak kopipes sini la pulak resepinya...

MARBLE BANANA MUFFIN
Source: Bisous A Toi

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar

1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya tak letak)


Caranya:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.(Utk oven akak, akak bakar selama 20 minit aje)

Buat Jumaat malam, tp gambar ni akak snap keesokan harinya...sebab tunggu abglong pulangkan dslr akak yg dipinjamnya sekejap utk projek kat U...hehehe