Bahan:- (6 - 8 orang)
- 5 cawan beras - (4 cawan beras biasa + 1/2 cawan beras wangi)
- 2 biji pati santan- (kurang lebih 1000 ml, tengok jenis beras gak la ya)
- 3 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.(*akak rendam 2 jam jek)
- Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat (*akak tukar 3 kali air). Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
- Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
- Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
3 comments:
Cubala terbangkan ke sini sikit ha laparla
kak ummi pas sini sikit le..nak buat mcm panjang sgt step dia. dh mcm nasi dagang pulak.hihi
salam kak ummi, boleh gi example beras biasa dan beras wangi brand apa yg ummi guna masak nasi ni. Yg kat sebelah tu sambal sotong ya, boleh share recipenya, sedop begitu.
Post a Comment