Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

KUIH TALAM LAPIS SAGU

Assalamualaikum..

Untuk makluman ini adalah auto post entry.  Akak dah pernah letak kat wall FB hari tu kan...kemaiin ramai yang mintak nak rasa...hehe.  Beginilah nampaknya, seminggu sekali masukkan 2 3 entry, kalau hari kerja nampaknya memang x sempat langsung la, nak-nak Ramadhan ni, balik kerja masak macam lipas kudung, lepas berbuka dah siap-siap nak pergi tarawih, balik jer terus pengsan ler jawabnya... Jadi akak mintak maaf lah kepada yang sering masuk sini nak tinjau2 resepi tu, korek-korek la mana-mana yang dah ada tu yea...di harap masih membantu kalian dalam menyediakan juadah untuk keluarga tersayang...insyaAllah.

Sori gambar kurang memuaskan, dah petang dan nak cepat2 jer snap...

Bagi entry Kuih Talam Lapis Sagu ni sebenarnya dah lama akak buat sebelum puasa hari tu, rasanya masa Nisfu Syaaban.  Kuih untuk dibawa ke majlis Nisfu Syaaban di masjid kawasan rumah akak ni.  Masjid ni sebenarnya masjid kampung jer, tak ramai sangat jemaahnya seperti di perumahan lama di Cenderawasih hari tu.   Masjid area rumah sekarang ni lebihkurang 600 meter berbanding area rumah lama dulu boleh katakan 30 langkah je dah sampai..apa nak buat, walaupun sayang sangat dengan persekitaran dan kemudahan di area rumah lama, terpaksa juga ditinggalkan demi keselesaan yang lebih sedikit dan rezeki yang Allah berikan.  

Alhamdulillah...  Rumah lama tu pun ingat nak buat homestay, tapi x terbuat jugak lagi...x sempat memanjang...aleh-aleh Aiman je la yang duduk lepak situ balik dari sekolah, memandangkan dia tidak bertukar sekolah.  So, petang habis kerja akak dan hb akan pusing dulu ke rumah lama ambik dia, baru lah balik pulak ke rumah sekarang....tu pasal lah keletihan berganda sikit akak sekarang ni.  Malam pun rehat-rehat jer la....usia pun al maklum lah...hehe.  Eh melalutnya akak nii...okeh okeh, jom tengok resepi.

KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU)
Resepi :  Yatie
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair (akak guna santan kotak Kara jer)
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat (akak guna santan kotak Kara jer)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

Siap untuk dibawa ke masjid, tu jer termampu, resepi dah tambah jadi 1 adunan setengah...sikit jg dapat, hanya loyang bulat 9 in.

Talam ni sedap sangat....terima kasih Yatie cayang... ^__^

Wednesday, April 24, 2013

Kuih Keria Keledek Ungu - Hasil Kebun Mini ^__^

Assalamualaikum...selamat petang...

Alahai, kenapakah masa begitu cemburu pada ku sekarang ini?  Puas bermarathon ke sana sini bila balik kerja yang mmg sampai lewat sejak pindah rumah sekarang ni.  Alasannya adakah kerana balik kerja dari bandar terpaksa putar stereng ke kawasan rumah lama, fetch Aiman yang x mahu tukar sekolah itewww (dia ada kelas tambahan yg tamat jam 4.30 ptg everyday), pastu patah keluar bandar semula dan barulah dapat putar stereng balik ke rumah sekarang?? Alahai, paling awal sampai rumah 6.15 petang...bingkas segala pergerakan, tukar ke uniform dapur lak, aduhaiii...Dunia masakan akak sekarang terasa terumbang-ambing campur ribut sesekali....SubhanAllah...itulah nikmat yang Allah nak bagi....Malamnya, seawal 10.30 mlm letak kepala jer, lena x sedar apa dah sampai jam berdering 4.00 pagi. Rutin bermula lagi....


"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri, maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"
- Riwayat Imam at Thabrani dari Ibnu Abbas r.a.

Semoga ada ada kebaikan ke atas apa-apa yang kita kerjakan sehari-hari...insyaAllah




Okeh, ini entry masakan yang biasa-biasa sahaja la yeaa, itu je yang sempat, dan itu jer yang terajin buat masa ni...Kuih ni terjadi hasil dari tanaman di tanah sekangkang kera belakang rumah, ubi keledek ungu ni punyalah besar kejadiannya, hubby tercangkul, lekat kat cangkul besar kemain, hampir menyamai bola ragbi yooouuuuu...alahaaaaii, nasib baik molat, kalau bujur, sah2 main tuju ragbi dgn Aiman petang tuh...hahaha.  Hasil ni dah lama dah sebenarnya, duk terbiar kat dapur 2 minggu.  Dalam hati terasa macam takut tengok sebab besar sangat keledek ni...tua ke ok ke...takut bertali-tali lak isinya.. Pastu hari sabtu baru ni terajin pulak nak mengupas kulitnya... Weeehh ungu gelap betuiii....pastu isinya elok je halus bila dilecek lepas rebus tuh...alahaaii byk gak dapat, 3 cawan lebih kalau x silap...haaa (*sori ya, lupa nak snap gambor ubi keledek gergasi ku...haha)



Jamu mata je la dulu yea...nak resepi jgk ker....ada dah kat blog akak ni, cuba search eh..hahaha, sesedap rasa sungguh orang cari sendiri kan....kan... x jumpa bg tau akak eh..  Cuma kali ni adunan tepung tu akak letak 2 cubit soda bikarbonat (selalu buat ala kampung betui, x pernah letak) lembut sampai ke petang...Layaaann eehh..  Kalau sempat nnt akak letak resepi okeh...babaaaiiii


Kelihatan gula salutannya agak gelap dek kuih keria ku pun gelap ungu gitu kot...hahaha....tp confirm sedap taauu...

Monday, April 1, 2013

Buah Melaka (Onde-Onde)

Assalamualaikum...apa khabar?

Alahaaiii dah kata dah, memang seminggu sekali jek nampaknya yang sempat akak update buat masa ni, mohon maaf sangat-sangat yea.. Masih banyak hal yang buat diri ini bagai dikurung dari bersantai-santai di alam blogging ni.  Namun akak bersyukur masih ada juga ruang, biarpun tidak seaktif dulu, akak tidak kesah asal perkara-perkara lain yang jadi keutamaan tidak terganggu.  Ada masa, akak akan berlabuh sebentar di sini... Kesudian kalian menjengah, sangat-sangat akak hargai...
Dan untuk entry kali ini sebenarnya buah melaka ni dah lama sangat akak buat.  Teringin sangat nak makan buah melaka ni masa baru-baru balik haji hari tu...buatlah kaaann... Selalunya akak buat kuih main campak-campak je bahan sebab memang senang sangat kan...Tapi teringatlah kot ada yang nak buat kan, akak pun tulis lah resepi tu atas kertas dan letakkannya di sisi komputer ni untuk ditaip nanti.  Aleh-aleh masa pindah rumah hari tu, x tau ke mana la perginya kertas yg akak tulis tu...aduhai, sampai sekarang x jumpa.  Mintak maaf lah yeaa... tetapi kuih ni senang jek kan... 

Ada banyak versi sebenarnya orang buat buah melaka ni... sesetengah letak campuran tepung pulut dgn sedikit tepung beras, setengah orang hanya gunakan tepung pulut sahaja.  Akak pun camtu, ikut cara mak, guna tepung pulut je sebenarnya, letak garam, pewarna atau pes pandan dan air secukupnya.  Kalau rajin boleh kisar daun pandan bersama air dan bancuh.  Uli hingga boleh dibulat-bulatkan dan tidak melekat pada bekas adunan.  Boleh buat kan...

Teringat lagi masa makan kuih ni, lepas jek siap gaul kelapa tu, sebutir-sebutir masuk mulut tak hengattt....kena pulak mmg akak gunakan gula kabung dari K.Lipis yang memang terkenal sedapnya tuh....alahaaaiii....masyuukkk jer.. Okeh, cuci mata je la yea...buat sendiri mmg best, kena lak guna pandan ori....harum sedap wallaahhh!

Sedikit kata-kata sebelum you all balik yea...

"Apabila engkau mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah supaya dia marah.  Kemudian suruh orang lain bertanya kepadanya tentangmu dan rahsiamu ketika marahnya itu.  Sekiranya dia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia sebagai sahabat."

Tuesday, August 14, 2012

Cucur Badak Keledek Ungu

ASSALAMUALAIKUM.... Salam Ramadhan ke 25 dah eh?? Alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan yang baik, akal yang sihat dan semoga diberkati hendaknya segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini...insyaAllah.

Dah ada yang pack baju semua nak balik kampung dah ke?? Yang mana nak balik jauh dan x sempat berjumpa dengan family di kampung Ramadhan ni, mesti cukup teruja dan x sabar-sabar nak berdakap dan senda gurau di kampung kan...riuh serumah, alahaaaiii bestnya... Dan mesti dah ramai yang x kuasa nak masak2 sakan dah kan, duk mengukissss jerk...hehehe.

Mohon maaf jua kepada pengunjung Home Sweet Home, sebab tuan dapur agak lemau dan malas nak update...bz tahap gaban pun ya jgk bila dah kat rumah. Orang lain dah tunjuk kukis sana sini, akak dah buat jugak, tp mcm malas jek nak amik gambar. Tunggu la yea... bukan apa, yang dalam folder ni pun ada beberapa menu jugak yang tertunggak...tu la pasaiii. Sabauuu je la kaaann... Apapun meh layan cucur badak hari minggu ni dulu laaaa.... Kukis belum sampai turn..wahahhahaa

























CUCUR BADAK KELEDEK UNGU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Inti:-
  • 2 mangkuk (RM2.00) kelapa putih/muda
  • 8 tangkai cili kering - potong dan direndam air panas sekejap
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 batang serai - hiris (ambil bahagian putihnya)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:-
  1. Tumbuk lumat cili kering, udang kering, serai, kunyit hidup, jintan manis dan bawang merah. (agar cili kering cepat lumat, letakkan sedikit garam kasar sebelum ditumbuk).
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk beserta sedikit air, masak sekejap bahan, kemudian masukkan kelapa muda, garam (jika perlu sebab dah letak masa menumbuk) dan gula secukup rasa.
  3. Masak dan kacau rata semua bahan inti hingga kering airnya (kelapa sedikit lembab). Tutup api dan keluarkan inti. Sejukkan pada suhu bilik. Sementara itu, boleh sediakan bahan cucurnya.

Bahan Cucur:-
  • 400 gram keledek ungu
  • 150 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan air rebusan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • air untuk rebusan/kukus
  • Minyak untuk menggoreng cucur
Cara Menyediakan:-
  1. Keledek dikupas, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian/kecil. Rebus atau boleh dikukus keledek hingga lembut. (*akak lebih suka rebus sebab nak guna air rebusan keledek semasa membancuh tepungnya)
  2. Keluarkan keledek dan letak dalam mangkuk besar, masukkan air rebusan dan taburkan gula pasir. Lecek bersama hingga keledek hancur / halus.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli hingga bergaul rata jadi doh lembut. (tepung x melekat pada mangkuk). Sedia untuk dibuat cucur.
  4. Ambil sedikit doh, bulatkan di atas piring dan letak inti. Tutup doh dan bulat-bulatkan. Leperkan sedikit dan letak dalam dulang, buat sehingga habis.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana perlahan. Masukkan cucur dari sisi kuali dan goreng, balik-balikkan selalu. Bila telah berwarna kecoklatan, boleh lah diangkat dan toskan minyaknya. (*jangan goreng sekaligus terlalu banyak cucur, cukup untuk 4 atau 5 biji setiap gorengan. Ini untuk mengekalkan kepanasan minyak dan cucur akan masak elok, tidak hangus cepat dan cucur tidak akan meresap minyak banyak untuk membolehkan ia masak.)



Friday, July 20, 2012

Jemput Roti Udang

ASSALAMUALAIKUM..... ^___^

Lamanya rasa x post entry makanan kat dapur ni....tapi kalau ikutkan kesibukan sehari-hari rasa macam sekejap jerk....kaannnn... Rupanya dah berada di penghujung Syaaban...dan esok insyaAllah kita semua akan mula berpuasa.... Sempat lagi rasanya akak nak post entry makan satu ni sebelum post kad ramadhan kat you all.... Jamu mata je la yea....xleh nak bebel panjang2 laaa...mcm kering idea pulak...lagipun japgi nak pi kerja semula....so kalau terajin tu boleh la wat jemput petang kang kan....hehehehe...xpun wat subuh esok tuk sahur pun okeh apa! Roti ni kan mengenyangkan....hehe

Hahaha...setakat jemput roti ni sebenarnya malas sgt nak letak resepinya, dah acap kali buat dan semua orang tau buat kan...tp akak letak jugak la kot ada anak2 dara yang diperantauan tu kot tercari2 dan nak mencuba...hehee...Sempoiiii punyerrr...x perlu tepung okeehhh...!

JEMPUT ROTI UDANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

16 keping roti putih (akak guna Gardenia)
15 ekor udang sederhana - potong kecil2
1 biji telor - dipukul sedikit
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 labu bawang besar - potong dadu kecil
1 biji cili merah - diracik halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-
  1. Roti putih disiat-siat kecil dan letakkan di dalam mangkuk besar/sesuai.
  2. Tuangkan air (jangan tuang semua dulu, tinggalkan sedikit) ke atas roti dan tekan-tekan sedikit biar roti basah-basah sedikit.
  3. Masukkan pula telor dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang, bawang, cili dan daun bawang tadi. Gaul-gaul rata biar roti semua lembut basah dan sebati. (jangan terlalu lembik, agak-agak boleh diketulkan bulat-bulat)
  4. Ketul-ketulkan adunan dalam pinggan dulu kalau nak senang. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng, balik-balikkan selalu agar masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh lah diangkat.
  5. Hidangkan bersama sos kegemaran.


Sunday, June 10, 2012

Kuih Kaswi Gandum Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM....Selamat Berhujung Minggu....Mesti ramai yang sedang sibuk memasak ataupun pi outing dengan family dan ada jugak kot yang menghantar anak2 balik ke U masing-masing sebab akak difahamkan budak-budak Diploma dah nak masuk semester baru la kan...maybe sesetengah U la kot... Okeh la akak pun xnak bebels panjang-panjang...nak cerita sibuk mmg sibuk jek pun...japgi nak masak lak....

Layan dulu la kuih kaswi yang dah licin ni yea...minggu lepas lagi dah buatnya pun...haha.... Dah lama tak buat dan tambah teringin lagi nak makan bila ramai yang duk tayang jangkit2 jek kuih ni sejak akhir-akhir ni, macam2 resepi....yang sudah tentunya la sedap kan... Tapi akak amik resepi dari Kak Liza je laaa... Thanks byk2 ya Kak Liza cayang....mmg sedappp sesangat....getar2 jek kuih ni...


KUIH KASWI GANDUM (versi GULA MERAH)
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah (gula akak ni x berapa merah laa..hehe)
1 cawan gula pasir

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kueh [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Masa tengah amik gambar tonggeng-tonggeng sekali tu, family adik datang ke rumah, teruslah menjamu....so amik gambar pun ikut sempat je laaa...hehehee...sigaaannn aaaii yoouuuuuu nak beriya2 sangat...hehehe... Ni lah antara dugaan kami blogger, segan jugak bila org tengok...tp kalau x amik gambar kang xleh nak tayang entry pulak...hahaha, sabaauu jek laaa...

Monday, May 28, 2012

Talam Pisang Mini

AUUUUMMMM CAAAKKK....Hehee... Assalamualaikuuuuuumm....anybody home? Hellooooo...

Uiiksss mmg sunyi betul kan....terpanggil-panggil kat dapur sendiri, tanya pulak ada orang ke xda orang... Ya laaa, kot ada sesiapa yang tengah selongkar resepi-resepi kat dapur akak ni ke....terkejut tergolek pulak tengok tuan dapur datang....hehehehe. Apa khabar....? Sihat ke.... Cuti sekolah ni mungkin dapur alam maya ni kurang meriah kan, masing-masing terbang bercuti ke mana-mana ke, maybe ada ke bukit, ada ke pantai, ada ke kenduri sanak saudara or sahabat handai kan..Begitu jugak akak sibuk dengan urusan peribadi, belum lagi pun bercuti ke mana-mana, kesian pulak kat Aiman. Ya laaa...abang kakak2 dia semua ada balik seminggu start wiken baru ni bercuti study leave (abanglong) dan cuti Gawai (Uitm kakak2nya). Nampaknya melepak kat rumah je la Aiman setakat ni... Mak abah pun terpaksa hadiri kursus setiap wiken....sabar je la dulu ya Aiman..

Ok laahhh...meh layan kuih talam pisang yang telah akak minikan dalam bekas-bekas kecil ni haa...senang nak makan... Kejadian mmg sangat puashati, cuma masa nak keluarkan tu jek, duk korek2 tepinya, so ada cacat sikit laaa dari segi rupa...tp rasa mmg mantops! Thanks kak Liza kerana sudi menghadiahkan buku ni sejak awal kita kenal beberapa tahun dulu.. Banyak dah resepi dari buku ni yg Ummi dah cuba....semuanya best dan menjadi...belum ada yg terpaksa masuk tongsampah melainkan ke perut belaka....hehehee

KUIH TALAM PISANG MINI

Resepi: Chef Hanieliza @ Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis
Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (Lapisan Bawah):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan pisang lecek halus (pisang berangan/emas)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • sedikit garam halus
Bahan Lapisan Atas:-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam halus

Cara Membuat:-
  1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. (Akak tuang dalam acuan kecil/acuan lompang 3/4 penuh)
  2. Sementara itu, satukan semua bahan lapisan atas hingga sebati.
  3. Tapiskan ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api perlahan hingga nampak naik wap dan sedikit pekat. Tutup api.
  4. Setelah lapisan bawah tadi masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu, barulah dituang bahagian lapisan atas.
  5. Kukus lagi selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan potong/keluarkan dari acuan.


cacat sikit tepi2 kuih ni, kena korek dgn sudu masa nak keluarkan...tp mmg kejadian sgt elok...x lembik, x keras bahagian kepalanya tuh...liciiiinnn je..

Wednesday, April 25, 2012

Bingka Kraker Lagi..Kenapa?

 ASSALAMUALAIKUM....

Waduuhhh malam ni terkejut sekejap tgk Dashboard Post ni tertukar dengan sendirinya, walaupun selama ni kita saja malas jek lagi tekan new setting walaupun duk appear kat atas tuh...pastu mula la terkial-kial... Tapi xdalah susah apapun saja jek wat kita ngelabah sekejap...hehe, puas pulak nak cari tools dia untuk taip or letak gambar centralize kan dan sebagainya....mokcik ni dah la teraban-raban bab2 IT nih.... Tapi kalau bagi kita menaip 2 mukasurat, x dan 10 minit kita siap..kita mmg jenis menaip x pandang keyboard pun.... Kalau bagi buat column ni excel ke, data ke....kita handal laa... Bab-bab blogger punya isi perut ni kita x mahir habis pun lagik.  Tapi seronok jgk tengok appearance baru untuk Post ni, besar sikit nak mengarang..hehe

Okeh laaaa, akak pun just nak letak entry ulang tayang je laaa...kenapa??? Sebab kuih bingka ni sedap sesangat...so akak buat lagik...so tayang lagi laaa...x salah kan...janji ada entry you all kata...so nasib laa..kalau jemu, jeling je laa...x masuk sini pun xpa...hehehe... Untuk resepi, sila la click kat entry terdahulu di Sini yea...So selamat mencuci mata..... ^_____^

Sunday, March 25, 2012

Bingka Kacang Merah

ASSALAMUALAIKUM.... Salam sejahtera...

Apa khabar? Lama jugak akak x bersiaran eh...itu pada akak laaa walaupun baru 4 5 hari kot eh...lantaran hari-hari yang berlalu, mmg akak biarkan betul berlalu...hahahaha, x ku hirau lagi dah dapur alam maya ni...terlalu banyak agenda menerpa termasuk yang tanpa disangka-sangka.. Terima kasih buat kalian kakak2 or adik2 yang masih sudi menjengah...semoga ada jugak resepi yang masih bertakhta di hati kalian untuk dicuba...salam sayang... Malam ni akak gagahkan diri jugak menghapdet....adeeii

Okehhh ni satu entry yang telah lama jugak, masa adik akak ada datang last week, pastu dia balik ke rumah mak, akak kirimkan kuih bingka kacang merah yang tersangat sedap nih...akak pun dapat merasa sikit jer....xpa laaa, lenkali nak buat lagiik... Yang akak snap ni pun ada 4 ketuii ni jer tinggal...yang dalam loyang sudah akak potong2 masuk bekas untuk dibawa balik adik akak untuk makan bersama2 mak abah di kampung....

Terima kasih kat Yatie kerana mengolah bingka ini menjadikan ia sangat sedaaappp...kebetulan akak memang peminat kacang merah....so layaaann eh... Yatie, izinkan akak share di sini pulak yea...tq cayanggg...

BINGKA KACANG MERAH
Resepi: Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus) (akak guna kacang merah dalam tin jer)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula (akak letak 3/4 cawan jer)
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. Selamat Mencuba.

Tuesday, February 7, 2012

Kuih Talam Suji Lapis

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar? Dah mula kerja dah hari ni....adeei lomaaah semangat rasanya... Cuti panjang pun, menjadi cuti yang bizi buat akak... Malam tadi lagi dah masukkan gambar-gambar ni dan copy paste resepi, pastu duk melayan movie Telekung Untuk Mama tuh...tertangguh lak nak entry...hehehee...

Okeh xnak taip panjang2 tanpa arah tanpa tujuan...hehehe... Jom layan resepi Kuih Talam Suji Lapis yang teramat sedap berlemak nih....tu pun akak guna santan kotak Kara jek...apapun kejadiannya mmg diterima baik oleh anak tekak hb dan anak2...paling terkejut sebab Aiman suka pulak rupanya, sibuk lagi bertanya ada ke x lagi kuih ni... Dia ni jarang makan kuih2 kukus camni...kecuali seri muka...hehehe... Itu menandakan kuih ni mmg "layaaaannn habiiissss". Akak buat ni pun sebab dulu Mat Gebu ada cakap, kuih ni sedaaaapp laaaaa... So akak save resepi Mat dan baru sempat try. Resepi Mat ambik dr dapur AlongRoz yang sumbernya dari dapur Bdaria... Terima kasih kepada semua yang sudi share dan rekomen talam lapis sedap nih.... Akak C n P dari Mat....thanks ya Mat, x kuasa aii nak menaip dah taauu...hehe

KUIH TALAM SUJI LAPIS
Sumber: Mat Gebu & AlongRoz

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
  • 90 gram sugee @ semolina*
  • 225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
  • 110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
  • 1 biji telur
  • 100 ml santan pekat (*akak guna santan kotak Kara je)
  • 125 ml air
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
  • 150 gram gula melaka, potong kecil*
  • 25 gram gula pasir*
  • 250 ml air*
  • 1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
  • 75 gram tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
  • 125 ml pati santan (akak guna santan kotak Kara jer)
  • Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.
  3. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba..
Memandangkan akak guna loyang empatsegi kecil 5 x 5 inci jer, lebihan adunan tu akak curahkan je dalam acuan-acuan kecil pulak....senang nak makan... ^__^

Sedaaappp...walllaahhh, x sangka Aiman yang selama ni kurang makan kuih2 lapis camni pun komen sedap...banyak dia makan...berbaloii-baloooii..

Monday, January 30, 2012

Popia Inti Ala Karipap

ASSALAMUALAIKUM.....

Selamat petang...salam isnin....puas dah ke bercuti dengan family? Hari ni anak2 telah mula bersekolah balik kan....bermulah routin menyediakan sarapan seawal sebelum subuh....huhuu... Tapi entry ini bukanlah yang pagi tadi punya, akak jarang snap gambar pepagi subuh gitu weeyy...mcm kepelikan lak rasanya...hahaha. Entry dah lama jgk ni.

Sori lah kebizian melanda sungguh, cuti 2 hari kelmarin langsung tidak sempat nak online....2 family adik dari Gombak dan Bangi datang berturut hari pastu berarak ke hulu ke hilir, jalan-jalan, makan-makan...mood nak menghapdet pun hilang. Tu pun jengah2 dan sampuk2 komen kat FB via hp jek....huhuu... Sambil rehat berlunjur, juling-juling mata nak menengok skrin phone tuh...eee x kuassaaa, senak urat mata rasa...

Okeh laaa meh je layan kuih popia berinti ala karipap nih....sangat sedap...xyah la menguli doh, dah malas.....tp xpa la kan, kalau rasanya pun berbaloi dan kenyang sama gak...jom layan...

POPIA INTI ALA KARIPAP
Resepi Asal Inti : Ros Jintan Manis
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • Kulit popia secukupnya
  • sedikit bancuhan tepung ubi + air
Bahan Inti:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
  • 1/2 gengam ikan bilis (kali ni akak guna 200 gram daging kisar)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari (*akak tambah jadi 3 sudu besar)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • garam dan sedikit gula/secukup rasa
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing. (kali ini menggunakan daging kisar, akak masukkan selepas serbuk kari sudah garing, kacau hingga daging setengah masak)
  3. Kemudian masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  4. Bolehlah memulakan sesi membuat popia..letakkan inti dan gulung, lekatkan dengan bancuhan air + sedikit tepung ubi. Buat hingga siap. Goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan sahaja, balikkan selalu. Angkat dan toskan...sedia untuk hidangan ^__^

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Pendek Yang Padat...Jom Jamu Lempeng Kelapa

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera....Salam Cintaaaa...caaakkkkk...!!

Terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk dapur akak sepanjang tuan rumah bercuti sempena CNY nih... Baru balik petang tadi... Cuti pendek di 2 tempat berbeza, tetapi padat dengan agenda...Mohon maaf juga kerana akak tidak sempat nak membalas komen-komen kalian di entry sebelum ini... Ada banyak hal yang telah dirancang x menjadi, yang diluar jangkaan menerpa....

Mohon maaf jua buat Mamazieza yang datang ke Kuantan atas urusan kenduri anak buah, Ummi x sempat nak memenuhi jemputan kenduri dan hajat bertemu muka walaupun telah dirancang, tidak kesampaian dek sebab berkejar menziarah kakak ipar yang tiba2 jatuh pengsan di rumahnya tengahari Sabtu dan dimasukkan ke hospital HTAA Kuantan. Kat rumah pun melayan family adik dan family abang jugak. Apapun alhamdulillah, kakak ipar dah dibenarkan keluar hospital petang Isnin semalam. Selepas ke hospital tengahari Ahad tu, terpaksa pula berkejar ke Lurah Bilut, Bentong menjenguk Tokwan yang tersangat uzur dan giliran Ummi dan hb serta family adik lelaki untuk bermalam dan menjaga Tokwan selain bergilir-gilir dengan adik-beradik lain sementara emak abah Ummi kami biarkan berehat sebentar. Petang tadi baru balik ke Kuantan...baru terasa penatnya...apapun, Ummi doakan semoga Tokwan kembali sembuh dan walaupun tidak sekuat dulu, asalkan dipanjangkan usia dalam sihat walafiat jua hendaknya...amiiin

Oleh itu, dalam malas-malas dan letih ni akak updatekan jugak laaa menu makan lempeng kelapa sebelum bercuti kelmarin....cuci mata je la yea....Resepi lempeng xyah letak la kaaann...ni budak darjah 6 pun boleh buat kan.. Ni makan dengan apa eks? Cuba teka.??....Resepi gandingan lempeng ni akak update kemudian k...tersangaaaattt bessttt walaupun simple....walaupun dipandang biasa-biasa...tp ada kelainannya....tungguuu... ^___^

Monday, January 16, 2012

Bingka Suji

ASSALAMUALAIKUM..... Waaah dah malam sangat dah baru nak entry... tadi bz memasak sakan tuk dinner, pastu setel macam keje rumah lagi laaa....Petang tadi tiba2 datang rajin sangat pulak dah, siap masakkan nasi minyak dengan lauk ayam spesel..nnt entry eh...tunggu eks...hehehe. Ni menu yang duk que panjang lagi laaa...adeeehhh, nasib la you all tatap menu yang dah jadi baja jeek...apa nak buat kaan...masa cemburu sangat kat akak...

Meh layan bingka suji yang akak buat last weekend untuk dibawa ke rumah mak sedara sempena majlis bacaan yasin... kebetulan dah dapat jemputan makan2, xkan pergi tangan kosong jek kan...buat lah apa yang termampu dan cukup masa. Akak bagi ni untuk family mak sedara makan2 sendiri jek...bukan jamu kat orang laaa...weeyy jenuh kang nak hidang kat 40 orang, xdaaann laaa nak baking2..hehe..

Asalnya hari tu ternampak Anim yang buat kuih ni...nampak cukup sedap...dah terasa-rasa jek tepung suji tu masuk mulut....Kebetulan tegur Anim punya bingka tu macam dia baru pecah dara acuan silicon jek....rupanya betul, Anim kata lupa nak mention. kat entry dia..hehee.. Kita pun sama gak laaa...try membakar dalam acuan silicon jgk...Memang sangat cantik lah kejadiannya... Thanks Anim sebab goda2 kita pergi PM hari tuh dan terima kasih kepada AlongRoz yang share resepi ni jugak...Thanks untuk semua ya..

BINGKA SUJI

Sumber I : Anim & AlongRoz
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan: (Loyang Bulat 8 inci)
  • 3 biji telur
  • 110 gram gula pasir
  • 160 gram tepung suji
  • 250 ml santan pekat (*akak guna santan Kara)
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 435 ml air
  • 90 gram mentega
  • 30 gram tepung gandum

Cara-Cara:-
  1. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
  2. Masukkan ke dlm periuk dan campurkan tepung suji, santan, pes pandan, garam dan air.
  3. Masak dgn api sederhana sehingga pekat seperti bubur. (kacau selalu)
  4. Tutup api dan campurkan mentega dan tepung hingga sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam tin yg diminyakkan & bakar 190C selama sejam. (*akak guna acuan silicon)
  6. Gunakan fungsi "grill" untuk 5 minit terakhir untuk extra garing.
  7. Sejukkan sebelum dipotong.
Dapat merasa sikit jek la sebab bahagi dua untuk mak sedara dan family adik...kena buat lagi lain kali...sedaaaapp weeyyy..

Thursday, January 12, 2012

Kuih Talam Lapis Diplomat

ASSALAMUALAIKUM....Entry terlewat sikit malam ni.. Suasana di Kuantan hujan x berhenti-henti...rasa sejuk jek dalam rumah ni...lemau rasa badan nak update...hehe..

Okeh laaa, update jugak la kan...xpa slow2.. Resepi Kuih Talam Lapis Diplomat ni telah mencuri pandangan mata akak semasa singgah ke dapur Cik Ann @ Dari Duniaku nih.. Nampak sungguh sedap, Cik Ann buat lagi cantik kombinasi kalernya tuh. Akak punya lapisan paling atas tu sepatutnya pepel, tp bila tercampur dengan kuning tepung kastad tu, dah la pekat gitu pulak kalernya...hahaha.. So sape yang nak buat, hati-hati campur kaler eh..letak kaler kuning jek la rasanya...baru cantik.. Ataupun boleh guna tepung jagung kot...rasanya no harm la ek..try jek xpa kan..

Kuih talam ni memang sedap dengan lemak2 kek stoberi roll tu..dengan filling dlm kek tu lagi.. mmg best makan, lemak2. Akak ingat nak buat dengan pandan roll, tp xda pulak.. So layan la...satu kelainan dalam arena kuih talam...hahahaa.. Wallaahhh, mmg sedap.. Akak sendiri suka, banyak la pulak makan. Tp kalau family x ramai buat half je la eh..kecuali nak sedekah kat jiran ke...hehe, Meh layan... Terima kasih byk pada Cik Ann, akak C n P je eh, dan empunya resepi Chef Asma.

Alahaaii baru terperasan, kat gambar tu x tulis perkataan Lapis...
adeeii, nak cepat2 jek edit..xpa la kan..hehe


KUIH TALAM LAPIS DIPLOMAT

Resepi : Chef Asma
Sumber I : Che Ann @ Dari Duniaku
Sumber II : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Lapisan Bawah:-
  • 250-350 kek Butter ( akak pun guna kek swiss roll stroberi mcm Cik Ann)
  • 3 biji telur
  • 50 gm Blaccurrant @ kismis ( akak x letak jugak)
  • 1/8 tsp esen vanila
  • 150 ml susu cair
  • 300 ml air
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan bahan dan biarkan sebati ( rendam) selama 15 minit.
  2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik.
  3. Kukus lebih kurang 25 minit.( Bila dah masak angkat dan cakar dengan garpu)
Bahan Lapisan Tengah:-
  • 70 gm tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 2 @ 3 biji telur ( saya guna 2 biji - akak pun)
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna ( pilihan masing2)
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan2 kacau rata dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 menit
  4. Bila dah masak cakar dgn garpu.
Lapisan Atas:-
  • 50 gm tepung kastad
  • 150 gm gula halus ( sy guna 120gm shj sbb tak suka manis sgt)
  • 1/4 tsp garam
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100 ml santan
  • Sedikit pewarna (ikut warna kegemaran)
Cara-Cara:-
  1. Ikut je cara seperti lapisan tengah di atas yea..
  2. Tuang ke lapisan tengah dan kukus selama 30 minit/hingga masak.
  3. Sejukkan betul2 pada suhu bilik barulah dipotong.