
Bahan:-
- 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
- 50g Marjerin
- 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
- 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
- 2 Sudu mkn Susu Pekat/2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
- 1 Biji Telur-
- 1/2 Sudu Teh Garam
- 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
- gula halus/topping pilihan
- Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung, x kuasa tggu lama2..hee
- Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
- Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi dua. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.
- **Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.. - Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kembang doh, lbh gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
- Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
2 comments:
bestnya anak2 akak dpt mummy mcm kak ummi. raaajinnn ke dapur!!
kak nampak sedap sangat pizza tu kalau buat sendiri puas ati kan
Post a Comment