
Bahan-bahan:- ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur A
- 225 gm mentega
- 3/4 cawan gula halus
- 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
- 3 sudu besar horlicks
- 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
- 1/4 cawan susu pekat manis
- Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
- Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
- Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
- Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
- Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
- Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
- Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
- Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong.

1 comment:
mcm sng je nak buat ni. boleh masuk waiting list ni. utk raya ke..???
Post a Comment