Thursday, July 29, 2010

Puding Kastad Berkuah Koktel

Salam petang apa ek..eh Khamis dah yeaaa...alahaaii cepatnya hari berlalu...pejam celik, pejam celik, sedar-sedar mata beransur rabun dah ek...eh adik2 semua mgkin x lg laa..akak dah tempias dah ni...hahahaa...Ok, elok2 laa..sejuk2 kan mata tengok puding ni jek eh...akak dah sejuk2kan tekak...hahahahaa...K, layaaann...malas bebel byk2...resepi my own style eh., layan kat Sini dan Sini.....eh rajin pulak ni..akak tampal la kat bawah ni resepinya..hahahaha...Dekat2 Ramadhan ni eloklah jeling2 resepi camni kan..hehehe

PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Bahan-bahan:-
Untuk Kastad:-
  • 200 gm tepung kastad
  • 2 liter air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/3 cawan susu sejat Ideal
Cara-Cara:-

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan
Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.

Hiasan:-
  • 10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)
  • 1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
  • Buah ceri
  • Prune sunsweet (*akak x letak pun)
Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...


11 comments:

Lelord said...

salam..kak ummi sedapnya puding ni. nak buat tapi kat doha ni x jumpe lak susu cair. ade arrr susu cair tp yg dorang buat tuk minum ngan teh.bleh ke ek guna. bleh tukar guna fresh milk x?

Sari said...

nampak sedappp..dan mesti sedappp..nanti nak try jugak..

adad said...

hoho.. bahan dah ada.. cuma tak wat2 nyer lg... mangkuk besaarrr kakkk!! kuah isi penuh ya

Ms.Lilies said...

air buah tu akak guna ke x?

Anonymous said...

salam kak ummi...sedap puding ni,saya suka...tapi tak pernah wat sendiri lagi...resepi ni agak2 berapa org boleh makan...dan klu tak habis bolehkah disimpan utk keesokkan harinya...nak cubalah nnt2

ummi said...

Lelord -
Wkmsalam..alaalaa..cian la pulak, kalau guna fresh milk kurang lemak berkrim sikit laa..bole la kalau nk lepas ngidam tu..hehee..

Sarid Derus -
X tau la nak kata sedap ke tak..tp ni mmg favourite anak2 and asben pun..

Jiya -
Ko pegi buat cepat...jangan maleh2..kang akak sekeh kang..pastu ko antar sini laah

Ms.Lilies -
Air buah akak kira apa yg termasuk masa ceduk buah tu je laa..x lah tuang airnya tuuu..nnt jadi tawar pulak kuah puding tu kan..

Ima -
Wkmsalam..uiih resepi ni ramai yg boleh makan..elok buat separuh je laa..aah boleh simpan dlm fridge 3 4 hari pun..silap2 1 minggu pun ok..cuma kuah susu tu laa takut x berapa elok lak nnt kan..hehe

Dr Ezura said...

salam kak ummi...pekaba..?tgh tak sihat ni, demam...mmg teringin mkn puding atau jelly mcm ni...take care...

Unknown said...

sangat sedap!!

Arra Azzalea said...

ummi, tiara nak buat ni.. suka sgt puding custard! thanx for the recipe.. =)

Ummi said...

Tia Arra -
Terima kasih ya sudi cuba resepi akak nih...suka hati dgr feedback dr Tia...hehe

MiuMiu said...

salam Ummi.. saya jumpe blog ni lepas google search pasal puding.. smlm jugak saya try buat puding ni tapi tak jadi la... kuah je jadi..

puding jadi 2 mangkuk besar sbb 2L air kan... sedih sgt sbb tak jadi..

minta advise dari Ummi.