Saturday, January 31, 2009

Mee Bakso

Baru ni balik kampung Ummi n hubby pergi ke Pasar Malam (hari Rabu)..pastu ternampak lak orang jual mee kuning ni...homemade punya..Ummi beli 4 bungkus - 2 bungkus bg emak, 2 bungkus lagi untuk Ummi bawak balik Kuantan. So malam tadi Ummi masaklah mee kuning tu wat Mee Bakso...sedap homemade mee tu..cakap dgn hubby kan best kalau dapat makan mee orang Bumiputra kita yang buat kan..nak buat sendiri malas..hehe..masalahnya kalau Ummi balik kampung pun selalunya weekend, tak kena hari la pulak..kena pesan dengan abah la kalau nak..aiissh malas nak menyusahkan abah..Resepi cilok dari dapur Brother Rozzan ni, waaahh terangkat betul bila makan dengan sambal kicap cili padi!!! Kena je dengan tekak...Kebetulan semua anak2 ada, abanglong pun balik lagi semalam...emmm semua puji...terimakasih lah kat BR sebab share resepi ni..

Bahan (A):- dicelur sebentar
  • 1 1/2 kg mee kuning
  • secukup sayur kobis (dihiris)
  • secukup sayur sawi (potong ikut suka)
  • secukup lobak merah (dihiris nipis)

Bahan (B):- untuk stok/sup

  • * 1 bij bawang besar/6 ulas bawang merah
  • * 4 - 6 biji bawang putih
  • * 2 cm halia - (bahan bertanda (*) dikisar/tumbuk halus)
  • 1 ibu jari lengkuas - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1/2 sduu teh lada putih
  • sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
  • 1 kiub pati daging lembut
  • 2 liter air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 500 gm bebola daging lembu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub pati lembu larut.
  3. Kemudian masukkan lada hitam, lada putih dan garam. Biarkan kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee Bakso:-

  1. Bubuh mee ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit kesemua sayuran yang dicelur.
  2. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola daging.
  3. Akhir sekali taburkan bawang goreng ke atasnya.

(Mee ini sedap dihidangkan dengan sambal cili padi. Atau boleh juga diletakkan sedikit sos tomato dan sos cili semasa hendak makan)

Sambal Cili Padi (sukatan campak2 je):-

  • 1 paket cili padi (-+ 15 biji)
  • 2 ulas bawang putih
  • kicap manis
  • kicap cair (ummi tambah ni)
  • gula
  • jus limau kasturi/cuka

( Tumbuk cili padi bersama bawang putih, masukkan kicap, garam, gula dan cuka/jus limau. Sesuaikan rasanya).

Ni lah rupa mee kuning tu..tanpa pengawet dan boleh la tahan 1 minggu disimpan dalam fridge

3 comments:

Yanmie said...

salam kak...

bgtau ler camne cara2 buatnya..

Yanmie said...

oh ok..ehehe..ader rupanya..td lmbt view ko..ehhee..

baru nie beli bakso kt tmpt yan..bapak besarnya dia pnya fish ball tau..adalah besar cam bola tennis..tp sebiji aje le..ehehe..

Anonymous said...

baru2 ni kite balik kg umah mak mertua kite. maid mak masakkan mi bakso, ori habis. sumenye homemade kecuali mi la.. bc rsepi kak ummi ni tiba2 tingin plak nak msk mibakso guna bola daging siap, snang sikit, ye dok