Saturday, January 31, 2009

Good Old Fashioned Pancake

Ni sarapan pagi tadi...ada sikit angin M lagi pagi ni..hehe..nak kena warming-up dulu..Resepi asal dari Allrecipes.com tapi Ummi ceduk dari dapur Jeni nih...Thanks ya Jeni, katanya antara resepi terlaris di Allrecipe..memang lembut dan sedap!!!
Bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam (Ummi pn letak 1/2 sudu teh je)
  • 1 sudu besar gula (Ummi letak 2 sudu besar)
  • 1 1/4 cawan susu segar (Ummi letak 1 3/4 cawan jg sebab Jeni kata sukatan asal pekat sangat adunannya)
  • 1 biji telor
  • 3 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula. (Ummi ayak tepung n baking je, garam dan gula letak kemudian semasa mengadun)
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telor dan mentega cair.
  3. Kacau hingga semuanya sebati.
  4. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas dan tuangkan 1 senduk adunan atau sebesar mana yang mahu.
  5. Lapisan atas akan berlubang-lubang semasa dimasak.
  6. Bila dilihat adunan bawah sudah kuning keemasan, terbalikkan pancake. Biar seketika dan angkat.
  7. Hidangkan dengan pancake syrup atau apa2 jem kegemaran.

No comments: