Tuesday, July 31, 2012

Daging Dendeng sempena Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM....

Entry yang sentiasa tertunggak...hehehe...buat awal-awal Ramadhan hari tu untuk bekal anak dara balik ke Shah Alam....so cuci-mata je la yeaa.... Dendeng daging ni memang favourite keluarga akak dan cepat licin.... Ada banyak versi dendeng yang pernah akak buat dan semuanya x pernah dapat komen x baiiikkk....nak lagi banyak ada laaaa....suh wat untuk simpan lama2 sikit untuk ulang-ulang.... Renyah membuat akan hilang bila tengok family makan beriya-iya dan berselera....

Untuk resepi boleh click kat Sini atau yang biasa-biasa di Sini yea...ada lagi, akak x dan nak scroll untuk paste sini...atau boleh jugak guna resepi Chef Hanieliza kat Sini....Terpulang pada citarasa masing jgk la ya kalau nak tokok tambah...

Dendeng ni ada banyak versi ikut tekak pembuatnya...ha, gituuu..hehe... anak-anak akak suka yang kering-kering sikit tambah-tambah kali ni akak buat untuk Najiha bawak balik ke rumah sewanya di Shah Alam...sian anakku x dapat berpuasa kat rumah sbb dia dan gengnya pakat2 amik advance paper (inter-session course) semasa org lain duk bercuti panjang...so x banyak dah la paper dia kena carry for the next final year...Lauk camni senang untuk dia makan dengan nasi ke, dengan roti ke...geng2 dia pun suka... Ni kira daging dendeng Ramadhan la ni...^__^ .

Kali ni kering2 sikit dagingnya agar lebih tahan lama untuk bekal anak dara..rupa daging pun macam terlebih kicap sikit...hehehe, campak-campak jek ni..x ikut resepi tu sangat..

Sunday, July 29, 2012

Ikan Tilapia Cili Boh

ASSALAMUALAIKUM...

Okeh lah hari ni xnak tulis panjang2 sangat laah...byk kerja menanti, kebetulan lah hari cuti ni ada masa sikit nak update...xpun ntah laa.. Ni cara masak ikan biasa-biasa jek macam ikan sambal lain yang akak buat jugak, cuma kali ni akak letak cili boh. Sebenarnya akak jarang beli dan guna cili boh dalam masakan sbb cili boh sedikit pahit dan kurang pedas sebenarnya ditambah pulak ada pengawet. Kenapa ada pahit2 sikit gitu eh?

Baru ni beli kat Pasar Tani, peniaga tu kata cili boh ni sedap, x pahit dan masam sangat dan buatan Perkumpulan Wanita area Kg. Pandan Kuantan katanya..so akak try masak ni...sapa nak cuba boleh laa...sedap cili boh dia...so you all kena cari cili boh yg sedap la eks...hehe. So untuk bezakan jenis masakan ikan sambal biasa-biasa akak buat tu, akak letaklah nama Tilapia Cili Boh... ^__^

Sorilah gambar pun kurang menyengat...hehe..dah petang sangat, menu kelmarin2 daaa...

IKAN TILAPIA CILI BOH

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan tilapia sederhana besar
  • 1 bij bawang besar - mayang kasar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 10 biji cili padi *
  • 2 biji cili merah *
  • 3 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk lumat)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Goreng terendam hingga garing sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 4 - 5 sudu besar dan tumiskan bawang besar sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan cili boh, kacau atas api perlahan hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata sekejap. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak Sultana Panca Warna

ASSALAMUALAIKUM... ^ __^

Tengah buat apa tuh...mesti dah siap2 nak sediakan bahan masak kan...xpun ada yang tutup dapur hari ni makan kat luar kan... Ya lah, apa salahnya sesekali kaann...cuma kalau ada yang nak beli di bazar ramadhan tu, hati-hatilah sikit ya...kelmarin dah ada satu kes ada yang kena sakit perut memulas teramat selepas berbuka puasa....adeeeii... Kebersihan amatlah penting, di harap peniaga-peniaga bazar Ramadhan akan lebih mementingkan jaminan kualiti dan kepuasan pelanggan dari sekadar mahukan keuntungan...semoga rezeki yang dapat diberkati kan.. Kalau nak terkena sakit ni, bukan saja beli di bazar, kadang-kadang makan kat hotel pun boleh kena, maybe sebab banyak sangat pilihan dan semua nak masuk perut, terkejut perut tu kan..hehe. Sama-samalah kita saling ingat yeaa...

Okeh lah tengok gambar kat atas tu kan...macam ala hidangan pengantin jek kan...sempat pulak kak Ummi buat hidangan sebegitu rupa ke...adeeehh, tu bukan masakan yang akak masak baru-baru ni laaa..tu untuk sisipan dalam majalah Stailista hari tu...akak x kongsi pun lagi resepi Nasi Minyak Sultana Pancawarna ni... Namapun macam gah jek eh...hehee, maklumlah masa tu nak tema hidangan pengantin kaann., kira asal nama nasi minyak hujan panas la ni..So kebetulan akak masak baru-baru ni menggunakan resepi yang sama, cuma hiasan jek x sama. langsung...hehehe.. jadi akak kongsikan resepinya di sini k...Kot ada yang nak saji nasi minyak untuk berbuka hari ni... ^__^


Ni rupa nasi yang akak masak baru-baru ni, tanpa hiasan, ala kadar jek laaa, amik gambor pun cikai-cikai jek...hehe. Lawan dengan lauk Ayam Merah Tomato (click kat tulisan merah untuk resepinya ya) dan lawan dengan acar mentah.


Kedua-dua gambar di atas dan bawah ni adalah yang akak kirimkan untuk majalah Stailisita (majalah khas untuk pengantin) satu masa dulu...jadi you all tengok gambar sini je la yea...dalam majalah pun satu je suntingannya...masa tu tema majalah adalah hidangan pengantin...hehehe. Meh salin resepi nasinya eh...

NASI MINYAK SULTANA PANCAWARNA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(spt. disumbangkan untuk majalah Stailista)

Bahan:-

  • 3 cawan beras basmathi (direndam 10 - 15 min. dan toskan)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis )
  • 2 kuntum bunga lawang ) bahan rempah tumis
  • 2 kuntum bunga cengkih )
  • 3 biji buah pelaga )
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu sejat
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • beberapa titis pewarna - merah, hijau dan kuning
  • 1 cawan kismis sultana
  • gajus - dipanggang/goreng tanpa minyak
  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan mentega dalam periuk dan tumiskan bahan rempah tumis dan bahan hiris serta halia. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, susu sejat, daun pandan dan garam. Biarkan agak mendidih sahaja.
  3. Masukkan beras dan kacau perlahan sekejap.
  4. Pindahkan ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah kering, masukkan kismis sultana dan guna chopstick dan buat beberapa lubang pada nasi dan letakkan beberapa titis pewarna yang berlainan setiap satu lubang. Tutup dengan nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  6. Untuk hidangan, kacau perlahan nasi di dalam periuk tadi rata-rata biar bercampur warnanya. Hias dengan taburan buah gajus dan bawang goreng dan daun bawang.

SELAMAT MENCUBA..

Thursday, July 26, 2012

Puding Kacang Merah Lapis Cendol

ASSALAMUALAIKUM...Salam sejahtera buat semua... ^___^

Hari ni just nak tayang puding yang dah habis ditelan la yea....bukan buat bulan Ramadhan ni, tp buat masa puasa sunat dan hari2 x puasa sebelum ni jadi juadahnya...jadi dah licin la kaann...hehehe....ampuuunn, lambat masuk entry yeaa... Setakat ni juadah berbuka Ramadhan ni x sampai giliran lagi masuk entry akak...hahahaha..ntah la bila...

Juadah hari pertama aritu dah mention wat mihun goreng, puding kastad koktel, pastu wat daging dendeng dan kek batik untuk Najiha bekal blk Shah Alam kan.. Hari kedua ahad tu masak apa eh..lupaa...haha, kena belek folder dulu. Pastu isnin menu utama Kari Kepala Ikan, selasa menu utama Ikan Selar Sira Cili Padi dgn pengat pisang, semalam rabu kan, masak Ayam Kicap Lada Hitam versi CMG dgn pisang siam yg dah nak ranum tu akak goreng, sedap weehh...hehee, suka camtu..

So tunggu je la bila ntah masuk entry menu2 utama tu...hahaha...sabaauu je laa kaan...xdan sekarang ni...balik kerja masak, pastu berbuka, pastu dah siap2 pi tarawih, pastu balik dah letih n zzzzz... Ni pun sempat la kejap sebelum pi kerja tadi edit gambar dan masukkan dulu...hahahhaa...dasyhat kan masa yg dah ciput tuk akak...


Okay laaa kita tinggalkan kisah duka akak tu..hahahaha... Meh layan je resepi dari AlongRoz yang comel cantik tu...mula tengok resepi ni dah terbayang-bayang puding kacang merah ni masuk mulut, sedapnya laaa..maklum favourite akak kacang merah tu. Terus salin dan tunggu masa gak nak buat....baru dapat buat sebelum Ramadhan hari tu...hehe..

Lagi satu nak mohon maaf kat Along sebab Ummi dah memandai-mandai wat tambahan lapisan pulak...sebab ada beli cendol kat Pasar Malam kat rumah sebelum tu, ingat nak wat talam ke puding gula merah dgn cendol...tup tup teringat apa kata lapiskan dengan puding kacang merah ni...tu la alkesahnya keterjadian dan kederhakaan kat resepi Along ni...harap Along x marah eh...suka jee...hehe...kalau marah meh nak muaahh, muaaah cayang kat Along...

PUDING KACANG MERAH LAPIS CENDOL
Resepi Asal: AlongRoz
Dicuba & Ubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (Lapisan Kacang Merah) :-
  • 1 cawan kacang merah (akak guna yg dlm tin je)
  • 1 paket serbuk agar-agar (13 gram)
  • 1 liter air (akak lebihkan 20 ml)
  • 240 gram gula pasir
  • 1 tin susu cair (akak guna susu sejat Ideal)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 helai daun pandan - dibelah/simpul
  • sedikit pewarna merah jambu

Bahan (Lapisan Cendol) : ni kak Ummi olah-tambah ^__^

  • 3/4 cawan cendol (toskan airnya) - boleh lebihkan, akak rasa mcm x byk nmpak cendol lak...hehe
  • 6 gram serbuk agar-agar
  • 700 ml air
  • 1/2 tin susu cair/susu sejat
  • 1 sudu besar (rata) tepung jagung
  • 120 gram gula pasir
  • sehelai daun pandan - dibelah/simpul
Cara-Cara:-
  1. LAPISAN KACANG MERAH:- Rebus kacang merah hingga empuk (akak guna yg dalam tin jek..x payah rebus la eh). Ambil 1/2 cawan dan ratakan dalam loyang. (Akak letak jugak beberapa sudu cendol dan ratakan jugak bersama kacang merah tu).
  2. Kemudian kisar baki kacang merah bersama susu sejat dan tepung jagung, ketepikan.
  3. Masukkan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan dalam periuk. Masak hingga gula larut. Sendukkan lebihkurang 1/2 cawan dan tuang ke atas kacang merah dan cendol yang diratakan tadi. Biarkan 2 - 3 minit agar sedikit beku.
  4. Sementara itu, masukkan kacang merah yang dikisar tadi ke dalam lebihan agar-agar dan masak hingga mendidih. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian (*bergantung kepada lapisan yg nak dibuat dan besar loyang)
  5. Kemudian sedaikan juga LAPISAN CENDOL :- Kisar sekejap susu sejat bersama tepung jagung dan ketepikan.
  6. Masak air, gula pasir, serbuk agar dan daun pandan hingga mendidih/gula larut. Masukkan susu sejat dan tepung yang dikisar tadi, kacau rata sekejap.
  7. Kemudian masukkan cendol, kacau dan tutup api. Bolehlah memulakan melapis. (maaf, masa mula2 entry tadi, akak lupa nak mention bila nak letak cendol...ni baru edit bila ada yg komen...adooii, sori yea..)
  8. Tuang 1 bahagian adunan kacang merah tadi dan biarkan keras sikit (*jangan biarkan beku sangat, akak letak sekejap di dalam fridge).
  9. Kemudian tuang pula lapisan cendol lebihkurang 2 bahagian dari lapisan kacang merah tadi. Letakkan di dalam fridge sebentar.
  10. Kemudian lapiskan kembali dengan kacang merah (sukatan yg sama dgn lapisan pertama tadi). Boleh buat beberapa lapisan ikut suka dan kreativiti la yea...Biarkan hilang wap panas dan masukkan ke dalam fridge selama 3 - 4 jam.

Puding ni akak buat sebelum puasa Ramadhan hari tuu...hehehe...sedap betuiii makan tengah cuaca panas. Kebetulan pulak kacang merah mmg favorite akak pun...

jemput tengok....amppuuuuuunn.... ^__^

Tuesday, July 24, 2012

HOME SWEET HOME @ MAJALAH KITCHEN ONLINE

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, hari ni di Malaysia umat Islam sudah memasuki hari ke 4 Ramadhan dan diharapkan kita semua akan sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hari-hari seterusnya dan diberi keringanan otot-otot untuk melipat-gandakan segala amalan-amalan baik di bulan penuh berkat ini...insyaAllah.

Hari ini akak ingin kongsikan satu lagi jelmaan baru majalah online yang baru sahaja dilancarkan pada bulan ini iaitu Kitchen Online. Majalah ini keseluruhan isinya adalah berkisar kepada dapur, resepi, tips dan info-info berguna yang berkaitan dengan pemakanan. Dan akak telah dihubungi oleh wakil majalah iaitu Cik Effa Norzila yang telah menerjah masuk ke YM akak...terkezuutt jugak bila beliau terus mempelawa akak untuk mengisi ruang-ruang majalah ini dan antara percaya dengan tidak jugak la pada mulanya sebab x pernah dengar lagi Kitchen Online ni. Bila dimaklumkan bahawa ini adalah untuk kali pertama launching dan diperkenalkan, maka akak x banyak soal sangatlah.

Tetapi bila ditanya bila dateline hantar gambar dan resepi, Cik Effa pada hari tu menjawab, lusa.... Haa??? 2 hari jek la nak pilih resepi. Adeehh...mula-mula macam xnak terima sebab akak x tau nak bagi resepi apa dan tema apa. Di tambah pulak banyak gambar-gambar ori akak telah "hilang dari pandangan"...hehee, gara-gara Aiman punya kerja sikit masa dulu. Masa tu memang nak nangis....banyak sekali gambar-gambar hilang. Apapun x leh nak marah dah, nangis air mata darah pun x guna kan...jenuh dah retrace, still x jumpa, nampak ada nama resepi, tp xda gambar....ha, mcm bilang di awangan, tu lah al kesahnya...Hb pun pujuk semua masakan tu dah masuk blog kan, dan boleh dimasak semula...so no hal laa... Peringatan untuk akak jugak, sebab melambat-lambatkan back-up, cik abang dah pesan berapa kali daah..hahaha...So you all pun hati-hati eh...cepat-cepat buat back-up.

Berbalik kepada lamaran Kitchen Online ni, bila Cik Effa kata x kesah, so akak pun bagilah gambar2 dan resepi yang ada dalam simpanan je la...akak pun lebih suka bagi resepi kita sendiri. Sejujurnya itulah prinsip akak semasa awal-awal dipelawa mana-mana majalah pun. Akak sekadar mengambil sedikit usaha untuk berikan resepi sendiri ataupun kita boleh juga membuat olahan dari resepi asal yang membuatkan hasilnya lebih menarik ataupun menyenangkan lagi untuk dicuba. Pada akak, biarpun terpaksa berperah otak dan tenaga, tetapi puashati tengok hasil kita kan. Dan kesedaran itu nampaknya bukan pada akak saja, dah ramai yang tahu dan ambil usaha sebegini. Yang penting kita dapat sama-sama share sedikit hasil yang tidak seberapa untuk manfaat bersama. Terima kasih jugak kepada Love yang telah memaklumkan keluarnya majalah ni sbb akak dah terlupa daaahh pun...hehe

Boleh click dan baca je di Kitchen Online

Kali ini rasa sedikit teruja jugak la bila gambar masakan Sardin Ala Rendang akak dipilih sebagai cover majalah tersebut. Ya laa, akak ni bukan pandai sangat ambil gambar dari pelbagai teknik penggunaan camera, pengcahayaan dan sudut/angle segalapun...main hentam la jugak.. Cuma semangat untuk membuat pembaharuan demi pembaharuan agar orang x jemu masuk dapur akak ni buatkan akak selalu cuba berikan posting sedikit kelainan...konon-konon la kan...tp akak dah meletakkan usaha di situ....jadi terpulanglah kepada sesiapa yang melihat untuk menilainya...props pun ikut dan jek...kadang2 ada, kadang togel jek...hahaha...kesiaan akak kan... Namun sifat teringin dan mencuba selalu ada, lebih-lebih lagi bila ada masa lebih sikit akak akan praktikkan...lain-lain gambar kalau kosong jek tu...nak cepat-cepat je la maknanya...hehe

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada Cik Effa Norzila khususnya dan krew majalah semua yang bertungkus lumus untuk menghasilkan majalah dapur secara online ni....satu pembaharuan dan produksi maya yang menarik dari Media Glam Sdn Bhd. Di dalam majalah ini juga ada tersisip resepi-resepi dari Nor Secubit Garam dan Kak Paty (Paty's Kitchen) di samping mempromosikan beberapa buku masakan dari Chef Hanieliza dan Chef Husin Khan juga.

Kesemua resepi yang tersisip telah pernah akak kongsikan di blog ini....So kalau nak resepi akak ni, click jek la kat tulisan merah tu yea.... mana tau kot ada yg berkenan.... Salam sayang dari akak...




Semoga selepas ini akan tersiar pula resepi-resepi dari blogger2 lain yang lebih mantops dan menarik untuk dikongsikan di Kitchen Online, akak tunggu...semoga anda semua sukses dan rajin-rajinlah update yea...jgn mcm akak...hehehe...Daaaaaaaaaaaa...muaaahh, muaahhh

Sunday, July 22, 2012

Udang Garing Daun Kesum

ASSALAMUALAIKUM

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang masih sudi bertandang.... Hari ni dah 2 hari umat Islam menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga ini. Diharap kita semua akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semakin baik hendaknya dengan fadhilat berpuasa ini....

Ya la kan, dah 11 bulan perut bekerja keras, jadi diharap 1 bulan berpuasa ini akan merehatkan enjin perut di siang hari ni, akan tertanggal lah hendaknya segala "lumut" di saluran perut bila kering kerana tidak dilalukan sebarang makanan....umpama saluran besi paip yang sentiasa mengalirkan air, tetapi jika sehari dua air kering akan pasti kerak-kerak lumut tertanggal dengan sendirinya dan apabila air datang kembali dan dilalukan, pasti kerak-kerak lumut itu akan disapu bersih laluannya kan...begitu jugak lah saluran perut manusia ini diumpamakan.

Okeehh laaa, tersasul panjang pulak bercerita....ingat tadi nak cepat-cepat jek masukkan entry sebab sekejap lagi akak terpaksa ke KL menghantar Najiha yang tidak dapat bercuti lama seperti abanglong dan kakngah kerana dia amik inter-session advance paper sepanjang waktu student lain bercuti 2 bulan ni, jadi xlah berat sangat nak bawak paper untuk next semester Jadi seminggu jek dia dpt bercuti dan hari semalam je la dia dapat berbuka puasa kat rumah, hari dah kena berbuka dengan kawan-kawan housemate....

Jadi semalam akak bz lah jugak masak untuk berbuka dan masak pulak bekal makanan untuk Najiha ni. Pagi-pagi semalam dah siap kacau puding kastad berkuah koktel kegemaran seisi keluarga, pastu penat jugaklah menyediakan daging dendeng, favourite family jugak laa ni untuk dibekalkan untuk Najiha buat bersahur or berbuka ke di rumah sewanya nnt...tau je la kan, daging dendeng ni senang jek bahan, tapi remeh sikit nak membuatnya,, berpeluh mokciiikk! Tp memang berbaloi....hehee. Petang sikit, baru akak goreng meehoon udang sebagaimana makanan berat sikit untuk berbuka...

Malam tadi dah jam 11 mlm, akak suruh Najwa jek tolong buatkan pulak kek marie batik untuk adiknya ni...hehhee... ditanggung beres! Akak dah melanding dah masa tu....adeeeeiii..Sorilah xdan pun nak amik gambar puding dam kek batik pun akak mcm malas jek nak amik gambar, dah acapkali betul entry kaan...hehe..

Memang enak dengan nasi panas-panas begini...nak2 tang minyak yg melekat-lekat tu...gaul2kan dengan nasi...ffuuuuhhhh...x madaaannn....! ^___^

Okeh laaa, jom layan menu dulu....ni menu kelmarin2 yeaa..bukan menu berbuka semalam...hehehe.. Resepi sempoi tapi sedap dari Chef Kamarul dari majalah Saji bulan Februari 2012. Anak-anak suka, sedap mcm buttered prawn gitu, cuma ni guna daun kesum dan citarasa kampung....sedap udang tu digoreng garing-garing dulu, baru digaul....Bagi yang tiada idea nak masak apa dan nak yang ringkas, cepat dan sedap, jom cuba ni...!

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Daaaaaa....ntah bila pulak nak up entry....mau seminggu lagi kot pasni...hehehehe

Friday, July 20, 2012

Salam Seribu Kemaafan Dan Selamat Berpuasa Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.....

Khas buat semua teman dan pengunjung beragama Islam, di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.... Menjelma sudah bulan penuh rahmat, penuh keberkatan di mana kita semua nanti-nantikan, yang tiada dalam bulan-bulan lain solat sunat tarawih, seronoknya. Sudah sepatutnya juga kita mengambil peluang untuk melipatgandakan segala ibadah-badah lain yang termampu dan berharap agar segala ibadah kita diterima Allah swt. jua hendaknya....

Akak juga ingin menggunakan ruang ini untuk memohon berbanyak-banyak maaf di atas sebarang keterlanjuran kata samada melawak, ketawa, usik mengusik, tersakit hati, tersalah anggap, terusik rasa, terkilan hati yang sudah pastinya ada, tanpa disedari dan tidak disengajakan dan bukan dipinta segala keburukan yang terjadi, melainkan airmata sesalan jua yang datang. Namun kita insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan itulah fitrah semulajadi manusia. Dengan berlapang dada jua akak sudi memaafkan insan-insan yang pernah dulu, kini dan selamanya berada di hati akak, yang tak mungkin dapat akak sebutkan satu persatu yang telah sudi memeriahkan dapur alam maya akak, ruang facebook atau mana-mana aliran komunikasi dari sama ada dulu ataupun sekarang.

Sempena Ramadhan ini, akak doakan kalian semua akan sentiasa dilindungi Allah swt, hidup penuh keberkatan, saling sayang menyayangi dan dapat merapatkan dan mengukuhkan ukhwah yang terbina sejak sekian lama melalui alam maya hingga sampai ke alam nyata sekalipun.

Akhir kata, jalanilah ibadah dengan penuh sabar dan tekun di bulan Ramadhan yg mulia ini...semoga kita semua akan dikembalikan kepada fitrah diri yang suci dan menjadi sebaik insan menjelangnya Syawal nanti untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Semoga ini juga bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua....amiiiiinnn.....

Salam sayang, salam kemaafan dari Kak Ummi dan seisi keluarga.

Jemput Roti Udang

ASSALAMUALAIKUM..... ^___^

Lamanya rasa x post entry makanan kat dapur ni....tapi kalau ikutkan kesibukan sehari-hari rasa macam sekejap jerk....kaannnn... Rupanya dah berada di penghujung Syaaban...dan esok insyaAllah kita semua akan mula berpuasa.... Sempat lagi rasanya akak nak post entry makan satu ni sebelum post kad ramadhan kat you all.... Jamu mata je la yea....xleh nak bebel panjang2 laaa...mcm kering idea pulak...lagipun japgi nak pi kerja semula....so kalau terajin tu boleh la wat jemput petang kang kan....hehehehe...xpun wat subuh esok tuk sahur pun okeh apa! Roti ni kan mengenyangkan....hehe

Hahaha...setakat jemput roti ni sebenarnya malas sgt nak letak resepinya, dah acap kali buat dan semua orang tau buat kan...tp akak letak jugak la kot ada anak2 dara yang diperantauan tu kot tercari2 dan nak mencuba...hehee...Sempoiiii punyerrr...x perlu tepung okeehhh...!

JEMPUT ROTI UDANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

16 keping roti putih (akak guna Gardenia)
15 ekor udang sederhana - potong kecil2
1 biji telor - dipukul sedikit
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 labu bawang besar - potong dadu kecil
1 biji cili merah - diracik halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-
  1. Roti putih disiat-siat kecil dan letakkan di dalam mangkuk besar/sesuai.
  2. Tuangkan air (jangan tuang semua dulu, tinggalkan sedikit) ke atas roti dan tekan-tekan sedikit biar roti basah-basah sedikit.
  3. Masukkan pula telor dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang, bawang, cili dan daun bawang tadi. Gaul-gaul rata biar roti semua lembut basah dan sebati. (jangan terlalu lembik, agak-agak boleh diketulkan bulat-bulat)
  4. Ketul-ketulkan adunan dalam pinggan dulu kalau nak senang. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng, balik-balikkan selalu agar masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh lah diangkat.
  5. Hidangkan bersama sos kegemaran.


Thursday, July 19, 2012

Jom Join "Lebih Ramai Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Yea Gitew"

ASSALAMUALAIKUM.....

Di kesempatan ini akak ingin mewar-warkan kot ada sesiapa yang terlepas pandang la kan... Ni sapa x kenal Novelis Shahriah Abdullah yang juga peserta Masterchef Malaysia....tengok betul-betul....rapat mata ke ke skrin... cantik menawan, tersenyum ayu...sejuk mata memandang. Beliau bukanlah baru dalam dunia masakan cuma baru dalam dunia blogging je la kot...resepi-resepi beliau meletopss dan nampak sedap belaka...simple2 tp menyelerakan. Walaupun sibuk dengan rakaman dan jadual yang padat, beliau sempat jugak menganjurkan contest dan banyak woooo hadiah2 yang disediakan....terliuuurrr hakak... Contest begini memang baik untuk saling berkenalan di alam maya dan merapatkan ukhwah sesama kita selain satu cara menaikkan trafik kaaann...kaann..

Tapi tu laaa mungkin akak x sempat lah nak buat-buat contest ni, apatah lagi nak join yang keluar soalan bersiri-siri ni, takut tak terikut nnt, miss pulak...! Haha..Namun sebagai tanda sokongan akak buatnya, akak alu-alukan kalian semua singgah Sini dan baca syarat-syarat penyertaan dan cuci mata dengan hadiah2 yang dijanjikan....jangan lepaskan peluang taaauuu....

Sehingga entry ini dibuat, akak rasa Sha telahpun keluarkan soalan kuiz kedua daahh seperti di Sini. So tunggulah soalan seterusnya muncul eh.... Buat Sha, walaupun akak x join, akak sentiasa menyokong segala usaha murni untuk kebaikan sesama kita dan selamat maju jaya....semoga lebih mantopsss lagi....muaaahhh!

Tuesday, July 10, 2012

Nasi Beriani Ajwa

ASSALAMUALAIKUM..... ^___________^ Masih ingat akak...masih kenal akak?

Hahahaha...mana lah tau kot ada yang dah terlupa sebab lama x muncul-muncul kan....kira macam kekasih gelap pulak...wahahaha...kekasih ke...perasan pulak...! Apapun semoga kalian sihat-sihat sahaja laaa...teruskan kerajinan mengupdate dan mencuba resepi-resepi baru yea...Akak x jemu menjeling2 dapur kalian walaupun kadang2 x sempat nak komen... adeeeii. Ni pun dah lama berhabuk bersawang, nasib baik tuan dapur ingat lagi password nak log in...hehehee

Okeh, ni nak share menu yang dah jadi baja. Asalnya akak buat sebab nak digandingkan dengan resepi Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan tu laa...xkan xda nasinya kaann..kan... Tapi oleh kerana editor Saji tu nak satu resepi jek...nasi ni akak x share la walaupun ada sikit gambarnya enterprem dalam majalah tu kan...hehehee... Ni baru sempat nak share sini dengan you all....jika sudi boleh la mencuba yeaaa...

Resepi baru jugak yang terlintas bila nak digandingkan dengan ayam tu, cara memasak pun lebih kurang je la dengan nasi beriani biasa-biasa tu...pandai-pandai la adjust ikut tekak yea..ni sesedap rasa aka je laa, xnak la masuk bakul angkat sendiri, x best...nak suruh org angkat baru boleh rest dlm bakul kan..kan..hehe. Selamat mencuba....harap kalian suka la yea...

NASI BERIANI AJWA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 15 minit dan toskan)
  • 3 cawan air
  • 1/3 cawan susu sejat
  • 4 sudu besar rempah beriani (akak guna Rempah Serbaguna Mak Sal - Lihat entry Sini)
  • 1 pokok daun ketumbar - dikerat-kerat
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak sapi
Bahan Dikisar Bersama:-
  • 15 ulas kurma Ajwa (buang bijinya)
  • 1/3 cawan air
  • 2 biji tomato
Bahan Untuk Tumis:-
  • Rempah 4 sekawan (2 inci kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 cengkih, 3 biji pelaga)
  • 5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
  • 2 inci halia (dipotong halus batang mancis)

Bahan Hiasan:-

  • Hirisan kurma
  • 1/2 cawan kismis
  • Bawang goreng (akak x letak pun)
Cara Memasak:-

  1. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan tumisan yang dimayang hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah beriani dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak. (masukkan sedikit air jika perlu)
  3. Masukkan susu sejat, kisaran kurma dan tomato serta garam secukup rasa.
  4. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan daun ketumbar. Kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi hampir kering, masukkan kismis dan hirisan kurma. Bila nasi masak, balikkan nasi perlahan-lahan agar beras tidak pecah2, tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  6. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, daun bawang, sedikit kurma hiris dan kismis lagi.

Enak dimakan dengan Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan, sila tengok resepi di Sini yea...

SELAMAT MENCUBA...DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI.. ^___^

Tuesday, July 3, 2012

Review Resepi SAJI - Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan





ASSALAAAAMMMUALAIKUUUUUUMMM... Caaakkk... ^______________^

Apa khabar? Mohon maaf banyak2 lah sekiranya ada yang masih sudi menjengah dapur akak ni pulang dengan hampa melihat hidangan yang sama jek kan....sesungguhnya segala ini bukanlah kehendak dan sesungguhnya akak terkilan sekali bila menghampakan kalian yang masih sudi bertandang... inilah hakikat dapur Home Sweet Home sekarang ini... Tak nak bercerita panjang dah laa...harap kalian faham.

Rasanya menjelang Ramadhan ni pun dapur ini akan berupdate seminggu sekali je la kot...bayangan kesempatan untuk akak umpama pergi jauh kian hari. Banyak sangat urusan yang menuntut perhatian akak sejak kebelakangan ini dan mungkin akan berlarutan...maafkan akak yea...

Dan buat mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan majalah SAJI edisi khas Mini Bumper bulan Julai, di sini akak hidangkan resepi yang telah akak sumbangkan di majalah tersebut. Hanya 1 resepi diminta untuk kolum Blogger Saji tersebut, selebihnya hanya gambar-gambar dan sedikit info tentang dapur Home Sweet Home aje...hehe. Dah beberapa hari akak masukkan gambar ni tapi x sempat2 nak mengarang dan publish...malam ni baru ada masa sikit... Hari ni seminar satu hari...baru pas lipat kain 2 bakul....adeeeiii...Layaaan la eh...


AYAM PANGGANG AJWA MADU BIJAN

Bahan Utama:-

  • 1/2 ekor ayam - dipotong 3 atau 4 bahagian
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar rempah beriani (akak guna Rempah Serbaguna Mak Sal - lihat gambar di bawah)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/4 cawan kurma Ajwa - dikisar dengan sedikit air
  • 1/4 cawan kismis kuning
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 3 sudu besar madu / secukup rasa
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar dan Tumis:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum lawang
Untuk taburan:-
  • 3 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
  • sedikit kurma Ajwa - dihiris halus

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih diikuti cili dan bahan kisar lain. Kacau hingga naik minyak.
  2. Masukkan bahan rempah dan serbuk ketumbar, kacau hingga rempah masak lebihkurang 3 - 5 minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula air kurma yang dikisar dan kurma potong kecil, cuka dan madu. Kacau rata sebentar.
  4. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan kismis dan kacau balik ayam sesekali. Masak hingga ayam separuh masak dan kelihatan bersalut dan pekat.
  6. Matikan api dan alih ayam ke atas pemanggang atau oven dan bakar dengan api atas bawah sealam lebih kurang 20 - 30 minit sambil dicurahkan lebihan kuah dan balikkan ayam sekali-sekala. Bila nampak garing dan sedikit hangus/garing (jika suka), bolehlah diangkat keluar dari oven. Hiaskan dengan taburan bijan.
  7. Hidangkan dengan nasi arab, nasi berempah atau nasi beriani serta dalca.
Harap resepi ini akan menepati citarasa tekak kalian yang sudi mencuba....terima kasih akak ucapkan.Seterusnya akak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengirim Rempah Serbaguna Mak Sal iaitu Norjihan Idris rakan facebook yang baru jugak akak kenali masa tu, dan telah beriya-iya dan susah payah mengirimkan rempah tersebut. Maaf lah Jihan, baru sempat nak mention sejak kiriman diterima agak lama jugak kan...Norjihan telah mewarisi kepakaran bondanya dalam menyediakan rempah ini dan sedang ligat memasarkannya.. Memang sedap harum rempahnya dan boleh digunakan untuk semua jenis masakan berempah sama ada lauk pauk atau nasi. Untuk keterangan lanjut silalah add beliau yeaa.