Thursday, September 23, 2010

Moist Chocolate Cake Lagi

Entry ni patut dah lama letak, tp bz sangat ntah apa2....Akak buat kek ni untuk anak2 akak hari tu...bawak bekal balik hostel...Dah banyak kali buat resepi ni yang asal dari Kak Izan MyR, then diolah oleh Lydia tp akak cilok dari dapur Mat Gebu...boleh tengok akak penah buat mula2 dulu kat Sini. Cuma kali ni akak buat dua adunan dan guna loyang 8x8x3, xpun x cukup anak2 nk bawak balik bekal ke hostel...so layan gambar je laa eh...

MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Untuk Ganache: Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan tuang atas kek coklat tadi...

**Tapi kali ni akak letak topping yang diambil dari blog Noreen, resepinya, sila tengok Sini.


8 comments:

Unknown said...

waaaa.....

lazat nyer..ayu suka choklat..

Jayanthy Kumaran said...

Looks irresistable n very tempting...

Tasty Appetite

MamaFaMi said...

Sedapnya nampak ahkak punya kek ni...

Fiza Amran said...

akak.. tq perfect time memang dok cari resepi choc kek.. nanti saya cuba yer..

zaza said...

alahai k.ummi.. baru jer salin resepi nih semalam, zaza xsempat buat lagik akak dah siap tayang kat blog.. huhuhu...
insyaallah, ingat nk wat ujung minggu depan, bekal p bercuti.. hehe..

budak bru nk blaja said...

kak umi,sy bru blaja nk wt kek.nk tny skit bleh, pes coklat mksd dia? Pes? Plus doubler boiler tu lak cne?

illiey said...

thanks kak ummi..cake ni mmg sedap..dah cuba senang je buat..and my mum terkejut.dia kata sedap..hehe :)

Anonymous said...

Kak Ummi~~! dah try wat tadi..mmg sedap heh2, TQ

-deq in- ~~~ヾ(^∇^)