Saturday, January 8, 2011

Happy Birthday dan Tahniah Mat!!

Salam dan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 35 Mat!! Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memanjangkan umur teruna dari Sedenak dan Sifu Blogger masak2 seantero alam maya nih! Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kejayaan sepanjang hidup di dunia dan akhirat. Amiinnnn....Diharapkan keringat, tenaga dan idea yang dikongsikan kepada kami semua melalui Dapur Tanpa Sempadan (DTS) tidak akan pernah padam dan berkobar-kobar selalu....(*waaah berkobar2 eh...kejiii ke ayat tuh Mat?..hehe)

Sepanjang akak mengenali Mat nih..beliau memang seorang yang sangat....sangat apa eks! Haha..sangat kreatif dalam segala bidang (yang bab2 aktiviti termasuk gak kan Mat...hahaha), sangat kelakar, mmg mau termuntah gelak kalau dia ngusik dan bukak cerita, seorang yang boleh jadi emo jugak....ada masa hatinya hangaaaatttt jek...hehe, dan ada kala dia ni boleh jadi sedih tetiba jugak...moodnya mmg bercampur-baur...Kalau pandai tackle...no hal punya...betul la tuh! Itu dari pandangan mata kasar akak laa...pandangan mata halus, kena tilik dengan Tok Nujum dulu...hehehe..

Apapun, semoga ulangtahun kelahiran kali ini, Mat lebih tabah, cekal dan sentiasa matang dan semakin kelakorr...Beruntunglah abah dan ibu jelitanya Mak Yah yang mengandungkan beliau, sejuk perut kerana ada anak yang boleh diharapkan untuk menguruskan segala hal dan ada masa lebih2 lagi dari segala tentangnya....

Hanya ucapan ini yang sempat akak letakkan di sini dan harap Mat sudi terima kad merah menyala dari akak nih...ala2 kad Gong Xi Fa Chai jugak la kot..hehe...Amik Mat eh...kalau x, siap ko!!!

Ikhlas dan salam dari akak, abang dan Aiman jugak...

Wednesday, January 5, 2011

Aiman Masuk Wad....Huhuu

Salam semua....maaflah lama x bersiaran...akak bercuti dari jumaat hari tuh...sambung lagi ni sebab Aiman masuk wad la pulak...Sebelum ke KL urusan anak2 dara balik U semula hari tuh, Aiman duk demam la masa tuh...dah ambik ubat kat klinik...pastu after 3 days balik dari KL still x baik, x kebah. Tapi hari Isnin tu sempat lah Aiman pergi orientasi Form 1 pastu balik dia terus tdo, rupanya memang demam semula. so petang Isnin tu pergi semula klinik Doktor suh wat blood test. Jadi Selasa semalam akak seharian duk di Kuantan Medical Centre (KMC) urusan dia...siap amik darah n dpt result....huhuuuu...sah dia positif denggi...!!

Lalu dinasihatkan oleh doktor masuk wad walaupun bacaan darah dia 158, still ok laaa lagi...xda muntah-muntah pun, nak kata buang2 air pun x kerap pun, sekali dua jek dalam jarak lama dan tiada pun tanda bintik2 merah di badan, namun kena ikutlah nasihat Doktor kan...semalam seharian tunggu bilik yang dibooking, still no vacancy...waaaa....Dari jam 1 ptg - 7 ptg Aiman ditempatkan sementara di Day Care Unit dulu laaa, just drip air jek, akak pun siap bagi 100 Plus bagai gak balik semalam, cuma x buatpun sup ketam ke apa ke, sbb rasanya dia dah ok sikit lepas masuk air tuh...last2 smlm pun Nurse kasi tau still xda bilik...so balik rumah dulu la smlm dengan tangannya yang berbekas cucuk jarum tuh...Kejap lagi nak pergi semula ke hospital tu dan tanya bilik....x tau la pukul berapa dapat bilik tu kang...ramai sungguh org sakit eh! Seksa nak tunggu bilik kosong pun...nasib baik dekat dengan rumah dengan ofis akak..okay lah, so kejap lagi nak siap...so tiada siaran makanan untuk beberapa hari ni...Akak pun duk berjaga malam 3 4 hari sudah bila panas dia naik malam2, tp malam tadi badan dia xda panas dah...akak pun rasa cam nak terdemam2 gak dah ni, maybe penat bersambungan balik dr KL pun ya...huhuuuu...Salam...u all take care k!

Aiman baru terjaga dari tdo...still panas badan dia tuh (gambar2 blurr sikit sebab guna hp cokiaaa akak je ni)

ni dia baru hentam pizza 2 slice, abang sebelah dia tu kasi, masa tu akak kat luar berurusan dgn Doktor....tup tup, dia kenyang dan bole la tersenyum sikit..

eemmm...kesian anakku...Aiman x kesah eh...emak kesaaahh cayanggg...!

Monday, January 3, 2011

Marble Chocolate Cheesecake - Stock Clearance

Salam....apa khabar semua? Macamana sesi persekolahan anak2 semua..harap semuanya lancar. Akak n hb pun cuti sebenarnya sebab nak menguruskan kemasukan Aiman ke Tingkatan 1, bayaran yuran, bayar buku sekolah pelbagai....sian anakku tu demam, malam tadi panas badan dia...eeemm...Okay la, ni meh layan dulu la marble ciskek yang terjadi disebabkan nak menghabiskan stok cis dalam esbok tuh...kang berkulat lak, rugiiii...hehee.. Sori sebab kek ni x berapa comel akak potong sebab masih suam2 lagi, potong untuk masukkan dalam bekas tuk anak2 bawak balik ke U masing2 kelmarin. Petang jumaat akak ke KL, Sabtu menguruskan dan membersihkan rumah sewa Najiha kat depan Uitm Shah Alam tuh...punyalah teruk rumah tuh...budak2 terdahulu duduk setakat duduk jek...bilik air dan sinki serta suasana dapur kusss semangat, apa punya anak dara la haiii...sabauuu je laa...x pasai2 kitaorg jadi bibik membersihkan segala...ish xyah citer laaa...wat hilang selera makan jek...

Resepi ni dah penah buat dulu dan hampir2 sama jugak laaa dengan ciskek yang lain...Tapi yang ni asalnya dulu cis dilapis di tengah, kali ni akak sengaja2 jek letak atas n lorekkan...a bit lembik adunan atas tu sbab cis ada 208 gm jek, sepatutnya 250 gm...dahtu potong lak tgh suam2..so kurang comeeiii..hehe...layan laaa...akak tampal resepi ceduk dr Rinchann ni dulu sekali lg sini..

nak cepat dan dipotong ketika kek masih suam2 lagik untuk posing sikit...comot laaa...

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Sumber: Rinnchan
Rujukan & Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 180 gm mentega
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
  • 170 gm gula kastor
  • 3 biji telor
Cara Membuat:-
  1. Griskan loyang 8 inci (kali ni akak guna loyang 7x7 inci) dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi.
  4. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula .
  5. Bahagikan kepada dua bahagian. (kali ni akak terus tuang adunan kek sekaligus n letak adunan cheese atasnya dan lorekkan).

Bahan B:-
  • 250 gm cream cheese (*kali ni akak ada stok 208 gm jek)
  • 60 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
  1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan.
  2. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan.
  3. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
  4. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
# Bagi cara buat kali ni, kerana bahagian cheese adalah di atas, setelah 20 minit dibakar, akak tutupkan loyang dengan aluminium foil dan sambung bakar hingga cheese masak....tu pun nampak dah kekuningan baru betul2 masak....kalau x tutup, harus garing kot, x tau laaa...pandai2 letak adunan cheese kat atas pulak kali nih...hehehee...