Assalamualaikum....mohon maaf kerana akak x letak entry pun 2 3 hari ni,. Kali ni lain pulak ceritanya, akak abadikan sebagai tanda kenangan kami bersama ahli keluarga baru kami sejak 6 bln dulu...akak 3 beranak duk sibuk ke hulu ke hilir dan dalam kesedihan juga....teramat sedih sebenarnya...nak masak2 beriya or update entry pun xda mood terus. Memang x sangka-sangka air mata akak begitu murah untuk rebit kesayangan peliharaan kami. Salah seekornya telah terkena penyakit yakni tiba-tiba lumpuh....bagai tersayat hati tengok dia tiba-tiba terbaring....huhuu...Tengoklah betapa comelnya mereka semasa berusia 2 bulan ni....
Episod bermula bila petang selasa (1 Nov.) baru ni, ketika akak duk memerhatikan hb sibuk tukarkan alas dan bersihkan cage Ed dan Eby rebit kesayangan Najwa (now berusia 6 bln), akak terperasan yang Ed dah x berlari...pastu tengok dia jatuh-jatuh bila nak berdiri dan tumbang. Akak terus sahut kat hb suruh tengok, baru hb perasan, dan dan tu jugak akak rasa kasihan dan sedih. Itu tahan lg laa...pastu Aiman datang tengok, terus mata dia merah jugak. Tetapi kami beranggapan kot tangan dia patah kot sebab masa tu tangan depan dia jek yang lembik...kesian sungguh tengok dia xleh berdiri nak main-main.. Jadi, lepas maghrib tu, kitaorang bawak Ed ke Jawhari Cat Medical Center (tempat kami selalu "boarding" dia bila balik kampung or jalan-jalan). Walaupun tempat tu khas untuk kucing2 jek, tapi Doc Jawhari tu juga punya pengetahuan dan biasa dengan perubatan untuk rebit ni.
Tiga hari akak duk susul dengan Ed ni di pusat tersebut...hati rasa sayu sangat bila tengok dia terus terbaring langsung, air mata akak senang2 jek berjujuran walaupun di depan doc....doc kata x banyak perubahan...Malam pertama, akak terjaga dari tidur jam 3 pagi, terus akak teringatkan Ed dan terfikir bagaimanalah keadaannya....masih bertahan ke dia.....sedih betul-betul xleh lelap sampai subuh. Datang ke ofis pun hati sedih je....setiap yang bertanya di ofis ni, akak cerita jek, air mata berjujuran keluar....adeeeii, x sangka hati akak begitu sayu sampai camni.. Jam 2.30 petang kelmarin akak tengok Ed dan keadaan masih sama.. Dia memang xleh bangun langsung.
Hb mengusap2 dan berbisik kepada Ed yang mmg x bermaya kelmarin agar cepat sembuh..
Apapun kelmarin (rabu) bagai satu petanda, bila berborak dengan sorang adik ofis ni dia pernah mengalami kucingnya sampai collapse 99%, jadi sawan dan menggelupur serta lumpuh kaki. Doc Veterinar pun x tau nak buat apa, dia decide bawak balik rumah dan bagi air zam-zam... Alhamdulillah dia rawat dan belai segala, beberapa hari kemudian kucingnya sihat walafiat hingga sekarang...So petang rabu lepas ofis akak n hb balik ke rumah , solat dan bawak Aiman sekali pergi semula ke pusat tu dan serahkan air zam-zam tu. Akak berfikiran akak akan usaha selagi terdaya. Moga kemujaraban air zam-zam jadi penawarnya...amiiinn. Memang hati akak begitu yakin akan usaha terakhir dr akak selain doctor sendiri. Pekerja-pekerja di situ pun nampak sungguh penyayang dan sangat memahami. Rasa hiba jugak kerana tak dapat nak membelai sepenuhnya Ed disebabkan akak bekerja...alangkah elok kalau kami ber3 sama2 dapat jaga kaan...
Setelah disoal selidik oleh Doc situ, penyakit ni tidak mungkin disebabkan oleh keracunan or bakteria kulat makanan memandangkan yang seekor lagi elok sihat je setakat ni. Kemungkinan besar adalah disebabkan dari keturunannya yang "kahwincampur dari jenis adik-beradik" gitu yang mana kita tahu kalau kita manusia pun kan tidak elok berkahwin dengan keluarga terdekat sangat kan...
Sudah 2 malam Ed warded di pusat jagaan tersebut, pagi semalam akak call dan bercakap dengan Doc Jawahir sendiri, katanya Ed still xleh bangun namun temperature dia masih ok, makan mmg x banyaklah sebab bersuap semua...najis pun dah kecil2 sebab x banyak makan tp still normal.... Tp Doc kata dia akan drip lagi tengahari ni dan malam ni dan ingin lihat perkembangan sehari dua ni...huhuuu..
Sedih sangat bila balik ke rumah, terpandangkan cage Ed tu, hati serta merta jadi sedih dan air mata berguguran... Untuk makluman, seumur hidup akak, kami sekeluarga mmg tak pernah lagi memelihara haiwan sehinggalah pada bulan Mei baru-baru ni Najwa bercuti semester panjang dan merengek2 nak memelihara rebit. Akak pun turutkan lah dan dapatkan sepasang untuknya. Namun, bila Najwa masuk kembali ke U semula, kami semua lah yang jaga terutama hb dan aiman. Bukanlah akak belai sangat haiwan tu selama ni, usap sesekali dan jeling-jeling jek... x sangka bila dia sakit begini, akak yang berlebih2 berjujuran air mata mengalahkan hb dan aiman yang selalu menguruskan penjagaannya...huhuuu
Kiri (gambar kelmarin - lemah langsung x boleh mengangkat kepala dan kurang respon)
Kanan (gambar petang semalam - sudah boleh mengangkat kepala dan bertindakbalas bila dicuit2, boleh menolak-nolak kakinya..) syukur alhamdulillah
Kanan (gambar petang semalam - sudah boleh mengangkat kepala dan bertindakbalas bila dicuit2, boleh menolak-nolak kakinya..) syukur alhamdulillah
Najwa telah bertolak balik dr Arau petang semalam dan bermalam di KL sebab akak x bagi dia drive malam2 terus ke Kuantan. Hari ni baru dia akan balik ke Kuantan selepas ambil Najiha di Shah Alam dan seorang sahabat lamanya tumpang balik jgk. Dia amat berharap dia sempat melihat Ed di pusat jagaan tersebut dan dapat menjaganya di saat-saat camni...
Akak sendiri x tahu kenapa akak begitu sayangkan dan boleh sedih sebegini terhadap 2 haiwan comel Ed dan Eby ini....kenapa Ed cepat sangat jatuh sakit...terlalu muda....adakah harapan untuk dia sembuh. Akak jugak tak sangka, setiap kali solat, air mata akak berjujuran sekali bila berdoa, teringatkan dia jugak...Baru akak faham naluri mereka yang mempunyai haiwan kesayangan ni. Selama ini membaca kisah-kisah mereka, mungkin x sampai ke hati...bila dah merasa begini...tahulah perasaannya...huhuu
Dengan perkembangan baik semalam, diharap Ed cepat sembuh dan kembali aktif...xnak fikir yang selainnya...terasa doa dirintih kepadaNya dengan berjujuran air mata bagai dimakbul...Ya Allah, Engkau Maha Mendengar, Mengasihi, Mengasihani Lagi Maha Penyayang...huhuu
(*duk terfikir, macamanalah manusia boleh membuang bayi sewenang-wenangnya....huhuu - Kata Mat Gebu semalam, mmg kuatlah "connection" akak dengan rebit ni....huhuuuu...)
37 comments:
Moga usianya dipanjangkan dan diberi kesihatan.....
sy pun tumpang sedeh baca n3 akak ni..hampir menitis air mata sy kak...
walaupun ed seekor haiwan..tapi bila dah kita jaga & belai..ia akan jadi sebahagian dari keluarga...
sabar & berdoa ye kak semoga ed cepat sembuh
Takkan kena denggi plk ek...
Moga cepat sembuh Ed ye..nk raya haji dah ni..huhuhu
k;ummi ada bela rabbit ke?..alahai comel2 nyer...geram nk peluk, ciannyer kat Ed tu..ye la kan, haiwan ni bile kita bela dan selalu belai dia, lama2 rasa kasih sayang kita akan terpaut dgnnya, sama cam bela kucing gak kan...harap2 Ed akan kembali sihat...psstt..k'ummi tak mo nangiss2 lagi tau..nanti kita pon rasa nk ngangis gak
Inilah salah satu sebab kenapa kita tak mau ada pet. Sebab itu benda hidup. Kalau dia sakit, samalah macam kita tengok orang sakit.. nanti tak memasal, dok sayu je hati. Baiklah sayu baca buku cerita. Habis habis pun, tutup buku, lupakan je... kalau pets... cemana tuh... Anyway, kita doakan Ed kembali ceria supaya Ummi sekeluarga pun kembali ceria ye...
Mat Gebu -
Huhuuu...terima kasih Mat...ahli baru yg sentiasa mencuri hati dan pandangan kami.... :((
Sharifah Nadzarah -
Begitulah..dulu-dulu macam x faham bila tengok org nangis masa haiwan kesayangan sakit or mati...ni baru taaauuu...huhuu...Thanks ya Sharifah
Sis Lin -
Mesti x baca habis ni...bukan denggi laaa, dia ni jenis lahir "in breeding" - keturunan x berapa baik makbapak dia kata Doct tu..
Ida -
Begitulah adanya..penghibur baru dlm keluarga kami...suka tengok dia pusing2 lari dalam kandang tu...sesekali lepas, terlompat2 manja...bila sakit, sunyi sangat rasa dan hiba tengok kandang dia...huhuuu.. Thanks ya Ida :)
salam ummi..ilah berjurai air mata baca kisah nie... tah kenapa sedih terasa... air mata kena lap nie...
ilah sedih dlm tv3 ada tunjukan kisah hero kucing kena potong kedua2 kaki depan tuu.. ilah nagis tgok..sambil mulut nie marah2..kenapa lah kejam sgt depa potong kaki kucing tuu takat gempak kasi dia lari dah ler..kejam tol..
apapun semoga rebit akan bangun di aidil adha ni..amin..semoga semua akan ceria..
jiran ilah bela sekor rebit warna sama dgn rebit ummi dah besar dah dia bela mcm anak2 dia siap belai diletak didada sambil bual2... comelll... la ni dah besar kuat pula dia gigit wajar2 dlm umah hehehe...kena kurung la jwbnya..semoga ummi tak sedih ...sabar ya...
assalam kak ummi, rebit ni dah jd ahli keluarga..sbb tu rasa kasih sayang tertumpah kat rebit.Bila sakit..kite pun terasa kesakitan tuh.Semoga ed cepat sembuh..
MamaFaMi -
Tu la Mama, mula2 bela x tau bahwa bahawa hatiku selembut sutera, x boleh tersentuh...sekarang, meruntun jiwa tengok dia x bangun...tengah sihat2 menghulur2 tangan, melonjak2 dalam kandang bila dibuka, berlari2 melompat2 manja...tiba2..kandang kosong...uwaaaaaaa.. Apapun terima kasih ats doa ya Ma...lebiiuu
Kak Umi,
Saya pun bela 3 ekor kucing dari kecil. Mudah benar mengalir airmata kalau sesuatu terjadi kat mereka. Kadang tu, kalau rindu pun bergenang airmata.
Sebab tu saya tak pernah faham kenapa ada orang buang anak macam buang sampah.
Cepat sembuh ya Ed.
Ilahjy -
Itulah kenapa manusia berhati batu bila jumpa haiwan begini...betullah kata orang, manusia begini berhati binatang (Bahasa kasa)...bukan haiwan lagik dah..Ummi pun x tau la nak kata apa, air mata turun bukan dipaksa2...tengok jek terus runtun jiwa....huhuu.. Terima kasih Ilah cayang... :(
Lina_pg -
Betul cakap Lina...akak x penah seumur hayat hadapi situasi dengan haiwan begini...baru akak tau sekarang...huhuuu
Suara Kalbu -
Itulah kan...kasih sayang kita x terbatas rupanya, selagi sesama makhluk Allah,begitulah hakikatnya.. Kalau makhluk asing tu..mereka yang bergelar binatang la kot... huhu
waaah x sangka akak ni sukakan haiwan yang comei2 ni..sha memang x boleh nak tengok yang comei2 ni sakit memang kesian sgt2.Semua ni anugerah tuhan, bertuah binatang ni dapat tuan macam akak.Semoga cepat sembuh cik rabbit...muuaah...suka sangat ngan rabbit.
sedih pulak saya baca kisah akak ni...agaknya sebab tu la kot Allah x bagi saya keinginan nak memelihara apa-apa... kang asik nangis aje kejenye
Salam kak Ummi...
tak dapat nak terus kan membaca coretan akak kali ni..
dan berjurai-jurai dah air mata ita ni.. mmg tak dapat di tahan-tahan...
besar harapan ita agar rabit tu dah kembali sihat seperti sedia kala..
sedihnya kak... sayu rasa hati ita ni.. aduyaiii.. rasa macam sekarang jugak nak pergi tengok rabit tu..
ingatan ita segera melayang pada Aboo kucing kesayangan kami sekeluarga yang juga telang pergi.. aduyaiii kan.. semoga Allah mendengar rintihan hambanya.. selamatkan dan pulihkanlah ia kembali seperti sedia kala .. janganlah ia terseksa ... ia juga hambaNya...
Salam Kak..
Saya ada 2 pengalaman yg sama mcm akak..hampir 6 tahun saya bela lebih kurang 7 ekor rabbit dr pelbagai baka. Tp yang selalu kena sakit mcm ni baka newzealand white. 2 ekor mati akibat penyakit yg sama iaitu Wryneck atau kepala arnab senget. Ibarat mcm lumpuh..
Kalau ikut ape yg pernah saya baca dan dgr selalunya ia berpunca drpd trauma atau berlaku kerosakan sebelah otak.
Pergi 2 vet pun mmg x bole nak diselamatkan,lg2 rabbit adalah haiwan yg sgt2 sensitif. B4 nak rawat kena timbang,utk pastikan amount antibiotik yg nak diberi tu sesuai dgn berat badan dia..
Finally saya pasrah, dlm keadaan mcm tu yg paling penting adalah belaian pada rabbit. Sentiasa urut keliling leher dan badan2 dia,belai2 kepala. Psikologi je yg bnyk membantu. 7 malam saya berjaga masa rabbit saya sakit.
Sapukan air zam2 dan banyakkan berdoa.Sbnrnya ada doa khas untuk haiwan yg dalam kesakitan..
Ape pun, kuatkan semangat..saya harap semoga rabbit akak beransur pulih.. ;)
Sha -
Aah anak2 yg nak bela mula2..tp bila ditinggalkan dengan akak n hb, beginilah rasa jiwa...huhuu, terima kasih doakan..
Cheq Sue -
Begitulah hati akak...x tau pulak sampai camni...huhuu..terima kasih Cheq Sue :))
Azam -
Janganlah difikir selainnya...masih terus berusaha ni... :((
Azlita -
Huhuuuu...begitu halus rupanya hati akak bila tiba bab2 camni...akak x dapat nak kata apa dah Azlita...hanya doa dan usaha selagi ada...harap2 dia sembuh dan boleh kembali ceria...terima kasih ya Ita.. :((
Gyhan -
Wkmsalam...terima kasih sudi share ilmu dan pengalaman...akak harap2 usia dia panjang lg untuk bersama kami...huhuuuu.. Doakan yang terbaik untuknya juga yeaa... :((
As'salam kak Ummi
Hati siapa yang tak sedih kak, kalau yang ditatang dan dibelai akhirnya jatuh sakit, sedih pulak ct baca pasal Ed ni. CT nak cakap pun ct tak pernah bela rabit ni. kalau yang lain2 nya tu pernahlah. CT pernah bela ikan emas dan kura2. ct bela dari kecik sampai dia dah besar dan gemuk sampai dan bertelur lagi ikan emas tu. Tapi akhirnya dia mati juga sebab kena bakteria pada air..memang sedih kak. semoga akak dan family sabar dan sama2 kita doa semoga Ed cepat2 sihat macam selalu nya.
Semuga Ed cepat sembuh....paham sgt perasaan Ummi...bersabor ya...Insyaallah dgn izinnya Ed boleh pulih...Kak cek pun penah menghadapai situasi mcm ni ...tapi kucing...lumpuh gak...bila berjalan mengingsut...alhamdulillah sihat...semula...tapi akhirnya mati jugak dilanggar kereta...trajis kan..anak pompuan kak cek nangis hiba dia...memang sayu dan sedih....
sebab tulah sy pun dah serik bela pet ni, huhu.. semoga ed cepat baik, boleh lompat2 semula ngan Eby. Kak Rebit jgn berduka terus ya...
smg cepat sembuh..amin..
http://mefrenzz.blogspot.com/2011/11/2-weeks-rabbit.html
sayunya baca n3 akak ni...x dpt bayangkan klu e-na d tmpt akak...mesti nagis juga sbb e-na pun mudah sedey kesian bila tgk haiwan sakit...moga Ed cepat sembuh dan bole melompat berlari sprt biasa dan k.ummi jgn sedih2 tau..senyum, senyum...haaaaa baru sweet!
doa tina agar Ed cepat sembuh, sedihlah pulak baca entri ni
macam gyhan cakap...keadaan rabit ummi umpama macam manusia yang kena strok..kalau human biasanya doc akan bagi ubat cair darah spt warfarin atau aspirin..kalau rebit, delicate animal..tak tau lah nak bagi apa..moga ed sembuh seperti sedia kala...kasihan juga melihat ed dalam keaadan begitu...
salam kak ummi..
saya faham situasi akak skrg sbb sy sendiri pun sayangkan haiwan.. sy doakan moga ed cepat sembuh & boleh pulih spt biasa...
p/s: sy pun pernah menangis teresak2 bila kucing kesayangan mati akibat sakit tua.. mcm2 usaha dibuat nak bg dia sembuh.. bagi ubat & bagi air kelapa..tp dah sampai masanya akhirnya dia pegi juga... sekali lagi menangis juga teresak2 bila ikan kaloi yang kami bela bertahun2 yg beratnya dah cecah 2 kg lebih mati akibat mabuk air berklorin.. kami bela dari kecik sampailah besar.. bela dalam kolah air aje.. masa tu kami basuh & tukar air kolah.. biasa dia tahan.. tp kali tu dia tak tahan mungkin sbb klorin kuat sgt agaknya.. masa hidupnya tiap kali nak mandi siap boleh belai2 lagi sebab bila dia nampak aje kelibat kita depan kolah tu mesti dia timbulkan diri.. makan pun bersuap.. bila kita suakan roti dia akan timbul & menangkap roti dr tangan kita.. bila kita pegang gayung & main2kan kat permukaan air.. dia akan timbulkan diri.. jinak sangat.. bila dia mati.. sy menangis sedih.. tanam bangkainya kat belakang rumah.. ada yang mintak nak digulai tp saya mati2 takkan benarkan mak bagi.. huhu.. tak sanggup ikan kesayangan sy dimakan org apalagi nak dimakan sendiri mmg tidaklah jawabnya...
sedihnyer.. semoga ed cepat sihat.. tun pun xleh imagine la kalau kucing 2 ekor kat umah ni jd camtu. masa dieorg kecik2 xlalu makan dan x sihat, 2-3kali seminggu berulang ke vet sampai dh nyampah agaknya vet tu tgk muka kiteorg.. suap2 vitamin yg cair2 kat dieorg suruh cepat sihat. mmg sedih bila pet yg kita duk tgk hari2 sakit..
Kak Ummi sabar ya..
Semoga segera sembuh Ed kesayangan, Amin.
Salam Aidil Adha Kak Ummi sekeluarga :)
moga rebit cepat sembuh. sedih pulak baca cerita akak ni, terasa macam kita pulak yg mengalaminya. InsyaAllah kak mudah2an sihat seperti biasa. :D
Ummi...semoga rebit tu cepat sembuh...sama juga macam k.noor yg mempunyai jiwa penyayang,sekalipun seekor kucing..fikir yg positif.
bertuahnya rebit tu punya tuan yg penyayang....
alhamdulillah...
semoga segera sihat kembali...
Aslmkum k.Ummi
Wpun haiwan peliharaan, bila tiap hari dok bersama rasa dah rapat dg kita, tentu sedihkan tengok sakit...tak bergerak.harap Ed semboh dan aktif semula. anak2 minta juga pelihara arnab tp sy tak sanggup nak jaga...jadi beli burung je buat mrk.....
Assalamualaikum Kak Ummi cayangggg,
sabar ya kak....yatie baca ulang2 sampai abes ni...yatie dapat rasakan apa yg akak rasakan...yatie doakan juga moga Ed cepatsembuh dan sihat spt sediakala...
Huhuhu..teringat kat rabbit kami snow dengan bell...mati kena makan dek kucing liar kak...putus kepala...badan plak bersepai2 kt porch..tuhan saje yg tau perasaan masa tu...berapa minggu x leh tengok daging...sedih toksah cakap la...anak saya y kecik sampai sekarang bengang je kt cat jahat tu..
semuga ed akk cepat sembuh...amin..
ya Allah sedihnya baca kisah rabbit akak ni...dulu pernah juga kucing kat umah tu sakit mkn rumput racun...bawa ke klinik pun tak sempat utk selamatkannya...dah sampai ajalnya juga...apapun didoakan semoga rabbit akak sihat yer:)
Kak Ummi,
Ciannya kat Ed...mylady pun faham perasaan Kak Ummi..sebab dulu mylady bela kucing..ada pernah sekali tu, anak kucing yang berumur 7 hari, meninggal atas tapak tangan mylady semasa mylady bagi dia minum susu (ibu kucing taknak susukan anak dia nih dari memula lahir)..bila mylady tengok dia dah tak hisap susu, keras dia, pegang perut dia tak gerak, terus terduduk menangis...rasa sayu sangat hati..telepon mak mylady pun, mylady teresak2 bercerita..so skrg ni, mmg mylady tak bagi hubby bela apa2 haiwan pun..sebab kalau jadi apa2, mylady tak sanggup tengok diaorang camtu...huhuhu..
Post a Comment