Thursday, August 4, 2011

Telor Dadar Tuna

Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi satu lagi resepi ringkas dan mudah untuk santapan berbuka. Biasalah kan..akak mesti masak yang simple-simple kalau hari kerja ni, xdan weeehhh... Sebenarnya akak masak telor ni untuk berbuka hari kedua kelmarin...ha, baru nak letak entry...hehee...xdan laaaa...Nasiblah kan.. Itupun akak sempat wat pengat pisang tauu...tp guna santan kotak Kara jek laaa.....Lagipun, kebetulan sweet sour ikan bawal ada belen sikit lagik...jadi akak tambah-tambah lauk jek laa...Jangan membazir kan..

Pastu akak goreng kacang panjang dengan daging. Kalau ada tomyam lagi terangkat. Lenkali la akak buat tomyam..hehhee...K, layaaan jek eh...malas nak bebel panjang.....hehe

TELOR DADAR TUNA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor saiz sedang
  • 1 tin tuna (Mild Tuna)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai cili merah
  • sedikit daun bawang - dihiris halus
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
  1. Campurkan saja ke semua bahan kecuali minyak. Adun rata dan sebati.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan (x perlu minyak byk), tuangkan adunan telor dan masak dengan api perlahan.
  3. Terbalikkan selepas 3 - 4 minit dan biarkan hingga kedua-dua bahagian masak.
  4. Angkat dan hidangkan. Boleh jugak dilapiskan dengan roti. SELAMAT MENCUBA...!!

6 comments:

Yat Maria said...

Kak Ummi ku cayang!!

ishh kak, kita suka arr menu simple2 gini...satu lagi kita dah terbekenan tu kat bawah sinun...sagu skoteng haha...musti ketawa masa sebut skoteng...tapi nak gak buat besok ke kalo ada taim!

Norasikin said...

Macam roti sardin. Boleh la guna putih telur yg melambak dlm peti ais tu lebih buat kek

tun_telani said...

wahh. wat sahur pun sedap ni kan kak.. menu yg simple, sesuai aa utk sahur.

ijayuji said...

Salam kak ummi!!! dulu2 suke buat telor dadar campur tuna skrg dah lama tak buat! nanti nak buat jugaklah! TApi kan kak puding sagu yg kat bwh tu kita berkenan betull! nanti nak buat jugak! hihihi macehhh for sharing!!!

Cendana Kasih said...

kompom saya nk buat kejap lagi utk berbuka...hari ni masak sikit jer lauk, so boleh tambah2...hehe...TQ kak Ummi cayang !!!

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. menarik je telur tu kak.. leh la buat menu tambah2 nanti bila kekeringan idea.. hihihii