Monday, February 9, 2009

Ikan Masak Garem Asem

Resepi dari Diana ni Ummi masak hari malam Jumaat lepas, tapi sebab balik kampung hari Sabtu tu x sempat nak posting...Lagi pun bz gak pagi Sabtu tu buat kuih2 sikit bawak balik kampung. Ummi masak 1/3 je dr resepi asal ni. Thanks D, akak C & P je lah eh...
Bahan-bahannya:-
  • 6 keping ikan cermin/ sagai/ tenggiri - (*ummi guna ikan merah)
  • 500 ml santan
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 4 batang lada merah, dihiris
  • 4 batang lada hijau, dihiris
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 keping asam keping
  • garam secukupnya
  • serbuk perasa, jika suka
  • secukup minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 9 batang lada padi thailand (jika suka pedas boleh lebihkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
Cara-Cara:-
  1. Bawang besar, bawang putih, lada merah dan hijau dihiris dan diketepikan.
  2. Panaskan secukup minyak dalam kuali. Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.
  3. Minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan boleh digunakan untuk tumis masakan. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, lada merah dan hijau yang telah dihiris dan serai. Tumis sehingga sedikit layu.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Dan tumis lagi sehingga rempah naik bau.
  5. Masukkan pula asam keping, garam, serbuk perasa jika suka. Gaul rata.
  6. Masukkan pula santan. Kacau rata.
  7. Bila kuah mula mendidih. Masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Masak lagi sehingga kuahnya pekat dan meresap kedalam ikan. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments: