Monday, May 26, 2008

Kembung/Selar Masak Kuali

Ni pun menu tengahari Jumaat baru ni, ceduk dari rumah Maklang. Resepi asal dari Che'iza@MR. Tk Maklang & Che'iza. Sedap masakan ni, berselera sungguh rasanya..pedas berlemak gitu..Ummi buat half je dari resepi asal ni dengan menggunakan ikan selar je..hehe

Bahan:-
1/2 kg ikan kembung (ummi guna ikan selar)
4 sudu besar lada boh/cili giling
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
1 sudu kecil halba
1/3 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
garam, gula secukupnya.

Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan digoreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Sementara itu, kisar bahan2 bertanda (*). Dengan mengguna lebihan minyak menggoreng ikan tadi, (keluarkan jika terlalu banyak), tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada boh dan kacau hingga garing. Masukkan air asam jawa dan halba. Jika tumisan agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan tuang santan. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (ajinomoto - ummi x guna ni). Masak agak pekat, tutup api dan hidang.

No comments: