
Bahan:-
Bahan A
600 gm udang besar (ummi guna sederhana je)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
Bahan B
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari ikan
Bahan C
3 biji kuning telor
1 sudu besar susu cair
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar butter
1 sudu besar bawang putih - cincang
2 sudu besar cili padi - cincang
1 sudu besar daun kari - cincang
2 sudu besar butter
Bahan perisa:
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu besar lada hitam
Cara Memasak:-
Bersihkan udang, keringkan dengan kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Satukan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga udang masak dan toskan. Kemudian gaul rata bahan C, ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan butter, kemudian masukkan bahan C, kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telor goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
Panaskan lagi kuali dengan 2 sudu besar butter, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari serta kacau hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telor yang digoreng tadi. Gaul rata dan hidangkan semasa panas.
1 comment:
k.ummi! dh try! tq tq tq tq.... cedappp!! hehehehe...
Post a Comment