Tuesday, August 31, 2010

Kuih Keria Bonda

Ni masih lagi menu masa akak kat kampung tempohari....Mak akak ada la tanam keledek sikit...dan dapat hasil sikit 3 butir jek...keledek ungu tu.....Dapatlah buat kuih keria ni dalam 20 biji gitu...layaaan je laa eh...sangat lembut dan sedaaapppp...hehee.. Kuih sempoi jek, xyah resepi la eh...akak pun main uli sesedap rasa jek...pastu bagi sister bongsu akak gentel kuih ni..hehe


Kari Ikan Duri

Auto Published Entry lagi...Okay ni gulai or kari ikan duri, special request dari tok akak....Dia ada sebut kat mak akak lama x makan kari ikan duri...U all penah makan x ikan ni? Masa akak anak dara dulu, emak masak ikan ni, akak tengok jek...abah rajin tul beli ikan nih...Kata kawan akak yang duk kat area pantai, orang pantai x layan sangat pun ikan duri ni....diaorg x makan la kiranya...Ya la, orang duk tepi pantai mmg mewah ikan kan...byk lg ikan sedap2 diaorang tangkap....hehee...Ni dah lama berzaman x makan, rasa cam x lalu pun ada...hahahaa...Tp cuit jugak la sikit...Tapi kari ni akak yang masak tau...Sampai jek rumah mak untuk ziarah tok akak yg x sihat hari tu, mak suruh akak masak kari ni...So resepi akak macam biasa2 jek...Boleh tengok style akak masak kari ikan kat Sini la yea...nak adjust2 pun boleh...ikut tekak memasing la kan..

Puding Karamel Lapis Coklat Lagi..

Salam semua....tengah wat apa tuh? Dah masuk dapur ke nak prepare tuk berbuka petang ni..ke ada yang duk menerap kukis lg tuh...waaaaah rajin eh...akak belum wat apa2 pun pg ni...ada wat urusan diri sendiri jek...ahakss! Okayyy la ni nak masukkan entry dah banyak hari sebenarnya, akak buat masa balik kampung baru ni....heheee...sori la baru nak letak...Sebelum balik kampung hari tu, adik bujang lelaki akak yg request puding karamel ni....so kali ni akak wat semula Puding Karamel Lapis Coklat ni....Resepi tu dulu akak amik dari rumah Maklang Azie tapi now cari x jumpa...Asal resepi dari Chef Hanieliza (sori ummi kena delete dulu link k.Liza ni, kena serangan virus lak). Nak mintak maaf banyak2 kat kak Liza, sebab dulu xperasan yg Maklang pun amik dari dapur kak Liza rupanya...sori ya kak Liza...sungguh la sedap, dah banyak kali gak la buat, ikut permintaan hehee...

Dulu akak dah penah buat seperti di sini dan sini.....Jadi akak copy paste balik la resepi nya kat sini eh...Sori la potongan x berapa cun, nak cepat2 jek masa tu sbb duk bz menghidang nak berbuka kat rumah mak tu..

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).
  3. Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


Monday, August 30, 2010

Biskut Suji Salju

Taraaaa....my 2nd cookies....Biskut Suji Salju yang memang sedap lagi syahdu bila makan...wahahaa...tau2 hilang jek dalam molot...mmg best!!! Rangup dengan rasa cornflakes...Wah dah macam iklan jek hehe...xda sapa pun nak kasi royalti kat akak...aishh! Ni hasil termakan dan tergoda dengan cakap2 Mat Gebu la nih....tp mmg berbaloi2....Akak buat ni pagi Jumaat lepas sebelum balik kampung. Lepas sahur terus tak tdo, akak wat kukis ni...Pastu wat caramel lapis coklat atas permintaan adik di kampung dan wat dadih tuk abah...Terima kasih kat Mat atas resepi yang meletopss nih! Bung bung banggg!! Nak kopipes ya Mat..hehee..

BISKUT SUJI SALJU
Sumber: Mat Gebu

BAHAN A :-)
  • 150 g minyak sapi
  • 100 g mentega
  • 100 g gula kastor (mat guna gula aising) - * akak guna gula kastor
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 kuning telur
BAHAN B :-)
  • 100 cornflakes, dikisar halus (mat guna"Nestum")
  • 100 g tepung jagung
  • 50 g suji (semolina)
BAHAN C :-)
  • 280 g tepung gandum
  • Susu tepung secukupnya (mat guna susu "everyday")
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

sebelum di bakar...

Sambal Telor Pecah Darat

Lagi entry tertunda menu berbuka hari Khamis lepas...masak sempoi2 jek sekali dengan daging rusa tu. Nak kosongkan peti es dah, sbb hari Jumaat nak balik kampung....hehee...Sambal Telor Pecah Darat camni mmg satu family suka. Dulu lagi tengok Mat buat, akak pun plan nak buat, asyik terbantut jek. Aiman mmg x tolak kalau lauk camni...selalu kalau bersahur dia x jamah nasi...tp bila lauk camni, terus makan nasi....kena lak nasi panas, lembik2 sikit pun lg dia suka...layaaann je la eh..!

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/4 air asam jawa
  • 1/3 cawan air (agak2)
  • 1 keping gula melaka (agak2) - dikerat kecil2
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dengan api sederhana. Kacau dan masak hingga cili pecah minyak.
  2. Masukkan gula melaka dan kacau. Masukkan air asam jawa dan air.
  3. Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Perlahan2 pecahkan kesemua telor. (jangan bertindih). Kecilkan api dan biarkan telor 3/4 masak. Kemudian baru balikkan sebelah lagi perlahan2.
  5. Bila kuah agak pekat, tutup api dan hidangkan.

Sunday, August 29, 2010

Daging Rusa Goreng Kunyit

Salam semua...tengah bz kat dapur lg ke...hehee....Akak cuti masak hari ni, baru sampai dari kampung jam 6.00 petang tadi. Hari ni menu cap Bazar Ramadan je laaa...bukan x sempat nak masak, tp esbok kosong xda apa sebab balik kampung Jumaat kelmarin. So rehat la sikit ni...leh letak entry yang tertunggak jap. Menu hari khamis hari tuh....Beli daging rusa sejuk beku yang diimport dari negeri Johor...heheee...kata tuan kedai tu laa...Akak terbaca sign board kat kedainya tentang daging rusa yang dijual ni masa hantar baju dry-cleaning kat kedai dobi sebelah kedai runcit nih....Pastu tanya hb nak ke tak, dia siap turun kete lgk nak tengok daging rusa ni...hehee...then sambar jugak laaa, weyyy RM35 sepaket (rasa x sampai sekilo) mahal gak sejuk beku pun eh, kalau fresh x tau laaaa....So, paling sedap tentulah masak goreng kunyit camni kan....baru terasa kemanisannya....Menurut pakar2 masak yang akak kenali (*hehe...), masak camni adalah lebih sedap dari dibuat gulai or kari. So layan je laaa eh...Best woooo...ratah lg sedap..hehe..Goreng half je dulu...


DAGING RUSA GORENG KUNYIT

Bahan:-
  • 400 gm daging rusa - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 cm kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • beberapa urat kacang hijau - patah2kan 2 inci
  • 1 tangkai cili hijau - hiris serong
  • 1 tangkai cili merah - hiris serong
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya untuk merebus daging hingga empuk
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih daging dan toskan. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan daging dan perap sekejap.
  2. Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan tuangkan air.
  3. Rebus/Masak dulu daging dengan bahan perap hingga daging empuk.
  4. Apabila daging telah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Biar masak hingga air dalam kuali hampir2 kering, tuangkan minyak masak di tepi kuali.
  5. Kacau balik daging dengan minyak rata-rata.
  6. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Kacau balik kesemuanya biar bergaul rata dan bawang dan cili layu.
  7. Masukkan kacang dan kacau masak sekejap sahaja. Tutup api. Jangan biarkan kacang panjang terlalu layu. Hidangkan dan tabur dengan hirisan daun bawang.

Friday, August 27, 2010

Yang Dimasak Dan Yang Dibeli ^_^

Salam semua....cuti2 lama ni mesti ramai yang balik kampung...ya laaa, kita ni kan merantau cari rezeki...ahaks! Lain lah Mat Gebu tu haaa...dah sah2 berkampung kat Sedenak tu, baik hati dengan jiran2 semua, tiap2 petang hantar kuih kat anak2 jiran...Menyesal tul x diberanakkan di Sedenak tu ...hahahaha...Tp kalau duk berdekatan kang, silap2 jadi menantu akak pulak...hahahaa...ya x Ben?? Ampunnnn Mat, banyak2 ampun.....suka2 usik ko...sehari x usik x sihat rasanya akak....hahahaa.


Okayy layanlah resepi malam kelmarin punya la nih...mood masak2 x berapa nak datang....last2 goreng mee lidi atas permintaan Aiman dan beli puyuh goreng berempah 3 ekor (weeyyy, RM3.50 sekoorrr), maheeyynyaaaa....pastu beli kuih tako sikit...dah semua licin...hb n Aiman pakat meratah sorang sekor puyuh, pastu akak amik sebelah jek..sebelah lg hb hentam jugak...weeyyy pelahap, mcm rimau...wahahhahaha....Layan je la gambor ni eh....


Letih ni, pg ni dah buat caramel lapis coklat dan dadih tuk wat berbuka kat kampung. Sempat gak wat kukis Suji Salju tu...heheee...baru jek siap masuk balang...Okay lepas jumaat kita nak shoot ke kampung dah la yea....Selamat berbuka semua...! Kepada yang balik kampung tu, selamat memandu dan hati2 di jalan raya...kalau ngantuk tdo kat tepi jalan eh..jgn tersengguk tengah jalan...mahayaaa ooooo.....Ni pesan kat hb akak la nih..hehehe..Babaaiiiii

seksinya peha puyuh ni...bila nak dapat peha camni balik eh...wahahaaa...diet nasi bulan pose ni baru turun 2 kg jek dlm 2 minggu...uwaaaaaaa

kuih tako...kecik cinonet jek rm1 = 3 ketuiii


Thursday, August 26, 2010

Strawberry Shake

Untuk makluman ni hb yang sediakan minuman ni...Akak bz memasak so bagi je resepi ni, hb buatkan....Ya la kan, kita balik kerja x menang tangan duk dapur nak kejar waktu berbuka....Waaaahhh, sedapnyaaa, eh ni puji ikhlas la kat hb kita.....kira macam "drinks cum dessert" gak la kiranyaa....betul2 berkrim strawberry shake nih! Lenkali leh tolong buatkan minuman lg eh...selama ni pun hb byk tolong clearkan sinki sambil2 akak masak tu...Ya la, xpun x terkejar akak nk wat semua...thanks yang! Resepi angkut dari Try Masak....Jom minum....hehee, berbuka nnt laaa...

STRAWBERRY SHAKE

Bahan:- (sukatan 1 gelas - nak lebih, gandakan sukatan)
  • 200 ml susu segar (yang betul2 sejuk)
  • 1 sudu besar gula
  • 200 gm buah strawberi segar
  • setitik dua esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Bersihkan strawberi dan belah dua.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
  3. Kisar hingga buah strawberi halus.
  4. Tuang ke dalam gelas dan siap untuk diminum.
# tambahkan ketulan ais jika suka. Senangkan??

Nasi Goreng Ulam

Hahaha..Nasi goreng lagikk...ni resepi tergempar jek untuk berbuka puasa kelmarin...cadangnya nak goreng mee lidi, tp tengok nasi ada lak lebih sikit, so hb kata jangan membazir, kalau goreng mee lidi nnt nasi ni mst kena masuk dlm perut Cik Tong Sam Pah tu kan...asyik2 dia jek kenyang kan...weyy tabbbaaaiiikkk! So cek peti ais bahan2 nak wat nasi kampung, xda kangkung lak...ada kacang botor (kelisa) sikit, kacang pjg sikit, daun kesum ada jugak nk kering dah...hahahaa..Last2 akak bantai buat nasi goreng ulam-ulaman la kiranya, nak kata nasi goreng kerabu pun bukan, bunga kantan pun taraakkk...ahaks! Habis citer...yg penting hb makan byk sesangat pulak...! Pastu kita goreng karipap keledek instant (frozen food) sikit...sedap pulak...pastry nya cukup rapuh dan tak berminyak, akak suka...sori la nak mengelim2 time2 keje camgini..cuti pun belum tentu mengelim...hahaha!

Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 8 tangkai cili padi - diketuk
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk/dicincang
  • 1 cawan ikan bilis kecil2 - digoreng garing
  • 5 batang kacang kelisa (botor) - dihiris nipis
  • 7 urat kacang panjang - dihiris halus
  • beberapa tangkai daun kesum - dicincang
  • 1 biji cili merah dan cili hijau - potong serong
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 biji telor
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
  2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap
  3. Masukkan nasi putih dan kacang kelisa..Kacau lagi.
  4. Tambah garam secukup rasa. Tolak nasi ke tepi kuali sikit dan pecahkan telor. Kacau rata hingga nasi nampak berasap gitu.
  5. Tutup api dan masukkan kacang panjang, daun kesum, cili merah dan hijau dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul rata. Hidangkan.
Karipap segera...main kapit ajek...xda klim2 hehee, janji sodap...mmg sedap n rapuh jek..

Ayam Goreng Berempah Satay

Hehehee...menu paling sempoiiiii....tersenang dan tersedap di dunia...wahahahaha...Layan je laa ayam goreng kunyit ni..semua tau nak buat kan. Cuma akak tambah serbuk rempah satay sikit selain garam dan kunyit untuk digaul dengan ayam ni. Perap setengah jam gitu, goreng jek....Pastu akak suka tabur bawang besar dan cili hidup yang digoreng basah2 gitu....so ayam x la kering sangat bila terkena minyak2 bawang tuh...


Wednesday, August 25, 2010

Sotong Sweet Sour

Ni lauk berbuka kelmarin punyaaa...tunggu que nak masuk posting lama gak aiihh...tuan blog mcm maleh pun ada...Balik kerja mcm lipas kudung memasak, pastu dah berbuka dah...amik gambor pun ikut dan jek..hahahaa...sapa suruh terjebak ek? Nama tu x kesahlah...sweet sour ke, masam manis ke...sama jek...Badan dah penat maleh nak mikir...Mmg masa dgr tazkirah, boleh mimpi kejap dibuatnya kalau x kuat semangat..huhuuu...balik rumah x kuasa tul nak online, wpun sekejap..rasanya tenaga mmg down terusss!! So akak sempat edit2 n masukkan gambar kejap jek..pastu tituunnn...Layann je la eh..dah licin..

SOTONG SWEET SOUR (My Style)

Bahan:-
  • 3 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan kelar bersilang pd bahagian putih (dalamnya), kerat kecil2.
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 2 sudu besar sos cili Life
  • 1 sudu besar sos cili Linghams
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu kecil
  • 1/2 biji lada benggala merah - potong dadu kecil
  • 4 kuntum putik jagung (babycorn) - dibelah 2
  • 1/2 batang lobak merah - potong bulat nipis
  • 10 ulas tomato ceri/1 biji tomato biasa yg dibelah
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 - 4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 sos kesemuanya dan kacau sebati sekejap. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan sotong, lobak merah dan putik jagung. Kacau sebentar.
  4. Masukkan garam, gula dan lada benggala kesemuanya dan seimbangkan rasa. Masak hingga agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan bancuhan tepung jagung. Kacau sekejap dan tutup api.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Biskut Irish

Taraaa...nak raya, nak rayaaa...hehehe..Okaayy ni akak nak tayang my first cookies...Akak buat di pagi2 Ahad baru ni...Hari sabtu keluar cari barang keperluan raya n barang baking sikit...So kenalah buat kan...ingat nak buat 2 jenis, x tercapai gak sebabnya lepas je siap biskut ni, Aiman dah balik dari bengkel UPSR dia dan hb ajak cari baju raya Aiman la pulak...hehee...Memang teramat sedap biskut ni, lebih2 lagi menggunakan butter jenama Golden Churn (gambar tong) tu...mmg rangup dan sedap sangat2!! X rugi lah mencuri resepi dari Dapur Mat Gebu tu haaa wpun akak kekurangan tepung ubi sikit, x jejas lgsung kesedapannya...Mat, thanks eh...tumpang tepek resepi ko taip tu kat sini pulak laa eh..hehhee

IRISH COOKIES - anggaran 100 keping
Sumber : Mat Gebu

Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum (*akak adjust jadi 220 gm)
  • 100 g tepung sagu ubi (*akak ada stok 80 gm jek, maleh nk beli dah)
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

dah masuk balang...hehe

Tuesday, August 24, 2010

Bubur Chaca Candil Warna-Warni

Okayyy petang ni korang layan la bubur chaca n candil warna warni ni eh....Memang apa2 bubur or pengat or kuih yg gunakan tepung2 pulut ni adalah favourite akak dan hubby...Ni dessert hari Ahad sebenarnya, menu bersama mihun hitam manis kat bawah tu...Ada kerajinan sikit nak menggentel candil dan adun tepung warna-warni gitu..hehehe...nampak cantik dan selera nak makan jadi lebih-lebih lagi...hehehee...

BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

Mihun Hitam Manis

Menu berbuka hari Ahad ni...duk pergi shopping2 balik dah lewat jugak laaa...so malas nak pikir masak lauk segala....tengok mihun ada sepaket....akak goreng 1/3 jek, tu pun banyak...Senang citer, tanya Aiman nak goreng camna mihun ni...Haa..dia nak mihun gelap2, lebih kicap...tu diaaa..so kita goreng lah Mihun Hitam Manis nih...nak sebut Mihun Kicap kang macam penuh kicap je pulak kan...Walaupun mihun tu sikit, jek tapi dah taruk macam2 rencah tu diaaa...penuh sebekas....buat hidangan jugak untuk family abang yang singgah ke rumah lepas tarawih...santap la diaorg dengan mihun ni dan bubur candil warna-warni akak...heheee...kakak ipar n anak2 dia kata sedap...ngeeeee....

Bubur Candil Warna Warni tu nnt akak letak entry eh...u all intai2 dulu laa, saja kasi blur2 sikit..hahahaa

Monday, August 23, 2010

Tiramisu Versi 2

Okaayyyyy layan tiramisu untuk berbuka hari Sabtu kelmarin...sori la eh, lambat letak en3...biasalah sibuk jek memanjang...bila wiken, mcm2 benda nak kejar, nak buat, nak, nak dan nak...ntah apa2..hehee... Resepi dari Chef Hanieliza, mudah, cepat dan sedap...akak balik dari bershopping hari sabtu tu dah kul 3, sempat wat ni je laaa, then masak nasi tomato ayam tu...K, layaann...Dulu dah penah wat resepi Kak Liza jugak di Sini, guna biskut ladyfinger tu...kali ni guna coffee swiss roll lak...lg best!! Moist sungguh! Tak tahan tengok kak Liza tayang hari tu...Thanks Kak Liza, nak copy paste je resepi kat sini yea...

TIRAMISU - Versi 2
Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 1 gulung kek swiss roll kopi
  • 250 gm keju cream [philidephia]
  • 150 ml yogurt asli
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek)
  • serbuk nescafe
Larutan Agar-agar:-
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

NOTA:
Desert ini memang agak moist dan lembut..so kena makan gunakan sudu.. tapi memang sedappp..


jemput makan....heheee...siang2 ni jamu mata je la eh..

Ayam Merah Tomato

Ni lauk makan dengan Nasi Tomato Ayam kelmarin....sori la eh lambat sikit....Resepi macam yang biasa-biasa akak masak aje....ada banyak versi dah ayam masak merah ni kan...So yang pun akak wat style akak je lerrr....

AYAM MERAH TOMATO (My Style)

Bahan (anggaran):-
  • 6 ketul ayam - dipotong sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 8 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar madu
  • sedikit air
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat
  • sedikit minyak untuk menumis.
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah ratus (kayu manis, cenkih dan lawang) sebentar.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga cili naik minyak.
  4. Masukkan sos-sos dan tomato puri. Kacau rata. Masukkan sedikit air dan biarkan kuah agak pekat.
  5. Masukkan madu dan garam secukup rasa. Kacau.
  6. Masukkan ayam dan kacau balik hingga ayam bersalut rata dengan bahan tumisan tadi.
  7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. (kalau nak berkuah sikit, lebihkan lg air)
  8. Kacau balik hingga bawang agak layu dan tutup api.
  9. Hidangkan dengan nasi tomato dan acar timun.


Sunday, August 22, 2010

Nasi Tomato Ayam

Ni menu berbuka hari Sabtu semalam....Pagi lepas Aiman pergi bengkel UPSR kat sekolahnya...akak setel keje rumah, pastu keluar dengan hb kul 2 lebih baru balik...shopping2 barang dapur n keperluan raya la sikit....hehee...Balik tu akak sempat wat tiramisu then letak dalam fridge....rehat kejap...Kul 5 baru start masak pulak.....Akak just wat nasi tomato ayam jek....senang keje, masak ayam merah tomato dan buat acar timun mentah sikit...cukuplah tu! Hari ni pulak Aiman bengkel lagi tp balik awal sikit....Pagi tadi bz sikit, xdan nak letak entry...akak wat kukis la pg tadi..ingat nak wat 2 jenis, x dan...keluar lagi bawak Aiman pulak cari pakaian dia...dah xda masa dah, next week nak balik kampung pulak...heheee...Layan la dulu nasi tomato ayam ni yea....resepi amik dari TryMasak. Ringkas dan sedap...

makan dengan Ayam Merah Tomato (nnt akak letak resepi yea)..

NASI TOMATO AYAM
Sumber: TryMasak

Bahan:-
  • 2 cawan beras basmathi - dibasuh dan direndam 5 - 8 minit
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair (akak letak susu segar)
  • 1 keping dada ayam - didadu kecil
  • 4 ulas bawang puith
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 1 biji tomato - didadu kecil
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntuk bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil seruk jintan putih
  • 2 sudu besar tomato puri
  • sedikit kismis
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit daun pudina - diracik kasar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.
  2. Cairkan minyak sapi dan tumis rempah ratus (kulit kayu manis, pelaga dan cengkih) hingga naik bau.
  3. Masukan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk.
  4. Curahkan susu cair, air, bahan kisar.
  5. Masukkan daun pandan, daun pudina dan sedikit garam. Kacau rata dan biarkan mereneh.
  6. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa. (*akak masak step 2 - 5 dalam periuk nasi elektrik atas api dulu dan bila kuah mendidih, akak alihkan ke dalam rice cooker). Biarkan nasi masak dan kering.
  7. Bila nasi mula kering, masukkan kismis.
  8. Apabila nasi masak, kacau rata perlahan-lahan supaya bahan semua sebati. Biarkan nasi benar-benar masak.
  9. Ceduk nasi dan taburan dengan bawan goreng(*akak x buatpun bawang goreng..hehe). Enak dinikmati bersama ayam masak merah.
acar timun mentah...

Sambal Tumis Udang Nyonya

Okaayy ni lauknya makan dengan nasi lemak kat bawah tu....Sambal Tumis Udang Nyonya akak import dari dari dapur Mat Gebu...Memang berlainan sedikit bahan-bahan untuk masak sambal udang ni...sungguh sedap...berperisa, tambah di masak pekat2 gitu...enak banget dong!! Mat, time kasih share...akak nk curi resepi ko tu letak sini eh....

SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA

Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar
Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak nyonya....Akak makan dgn nasi lemak biasa2 jek, cuma menggunakan beras basmathi....hehe