Tuesday, August 24, 2010

Bubur Chaca Candil Warna-Warni

Okayyy petang ni korang layan la bubur chaca n candil warna warni ni eh....Memang apa2 bubur or pengat or kuih yg gunakan tepung2 pulut ni adalah favourite akak dan hubby...Ni dessert hari Ahad sebenarnya, menu bersama mihun hitam manis kat bawah tu...Ada kerajinan sikit nak menggentel candil dan adun tepung warna-warni gitu..hehehe...nampak cantik dan selera nak makan jadi lebih-lebih lagi...hehehee...

BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

7 comments:

  1. fuhhhhh godaaan tul tengok bubur candil tu.. menarik wanenye.. dah terasa dok telan2 ni.. camno?
    hahaha.. godaan di bulan puasa... hehehe.. bubur ni mmg ade dlm list berbuka tahun ni.. tunggu time jo nak wat nanti.. hehehe.. :) SELAMAT BERPUASA ye kak umi.. :)

    ReplyDelete
  2. salam ummi...fuyooo...cantiknyer candil tuh...campur2 kaler lagi..nak..nak :p~

    ReplyDelete
  3. wow...cantiknya candil tu....warna warni la.....mas nak semangkuk kak,buat berbuka nanti...

    ReplyDelete
  4. salam kak ummi..cikmin buat jugak hari tu..rajin betul kak ummi jalin2 kan doh tu ye.. :)

    ReplyDelete
  5. apa maksud candil tu kak? sy pun suka bubur camni

    ReplyDelete
  6. slm kak..wahhh nmpk cantik dan sedap bubur tu....anak2 pasti tergoda

    ReplyDelete
  7. Wah terliur nak makan puasa 2 ni🤩🤩

    ReplyDelete