Thursday, January 31, 2008

Brownies Nougat

Semalam jalan2 kat rumah Za, ternampak brownies nougat ni..mengancam semacam..hehe.. tengok bahan ada dan senang je nak wat, so semalam wat ni lepas prepare dinner...Lain sikit kali ini, kita steam dia.... =D, Sedap....thanx Za...nnt letak byk2 lg resepi senang2 gitu ek..Tapi adunan ni mmg dapat loyang kecil je...kalu cam fmly ummi kena ganda 2 lain kali nak wat...x cukup..hehe..tapi ummi pnya ni x cun cam Za bila potong, mungkin tengah suam lagi kot..xpa, jnji sedaaappp...

Bahan:-
150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-
50 gm butter
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.

Cara Membuat:-
Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya.

Pindang Serani Ikan Tongkol

Resepi dari majalah, saja nk try kurang2kan lemak...hehe...betul ke org Serani makan gulai camni...Tgk resepi dia ek.

Bahan:-
300 gm ikan tongkol
3 cm belacan - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 cm kunyit hidup - kisar
3 cm halia - kisar
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai cili merah/hijau
garam
minyak

Cara Menyedia:-
Potong ikan tongkol ikut suka, bersihkan. Pijarkan minyak dan tumiskan sume bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air dan asam jawa, biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan dan biar mesra, masukkan garam secukup rasa. Renehkan dan letak cili. Biarkan kuah agak pekat sikit.

Wednesday, January 30, 2008

Mee Bandung Kak Pah Sherry

Orang lain sume dah buat, ummi baru berkesempatan try resepi kak pah ni lepas menguli roti, sementara tunggu roti naik, ummi masak mee ni...sedap sangat..Aiman makan dulu n terus tanya, "mak ini mee yang betul2 hor leaw tu ke?" Ummi pun pandang dia, hah?? Aa ya lah kot, tu mee penang kan...hehe..Bila makan, aa betul lah, betul2 hor leaw lah boleh kata..hehe...Thanx kak pah.

Bahan:-
Mee kuning - basuh, celur dan toskan
100 gm udang basah
100 gm daging - hiris nipis (ummi x letak pun)
5 batang crab stick - kerat 2 (ummi xda gak ni)
2 biji telor (ummi letak 4 biji cukup2 tuk hubby n kids)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 kiub pati ayam Maggi
Garam
sedikit gula
lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil
200 gm bunga kobis - potong kecil
15 tangkai snow peas - ummi ganti putik jagung
1 biji tomato - belah 6
3 - 4 cawan air/secukupnya
Minyak

Bahan sampingan:-
Bawang goreng
Tauhu - goreng kekuningan dan potong kecil
Daun sup & daun bawang - hiris halus
Lada kicap - cili merah dihiris dan campurkan dgn kicap cair n perahan lemon

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan bawang besar, kemudian kicap cair. Masukkan daging dan tuangkan sedikit air, biarkan empuk baru masukkan udang dan crab stick. Tuangkan air dan biarkan mendidih, masukkan semua sayuran dan kiub pati ayam, garam, gula dan lada sulah. Seimbangkan rasa. Akhir sekali pecahkan telor terus ke dalam masakan dan perlahankan api. Biar telor masak dan matikan api.

Untuk hidangan, letak mee dalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak bahan sampingan tadi.

Roti Mozarella


Dah lama nak wat roti ni, resepi dari Za-Journal Rasa. Semalam balik ofis terus je mengadun bahan roti ni sebelum masak untuk dinner. Cuma resepi asal Za guna tepung pau untuk eksperimen dia - tu pasal lagi, ummi guna tepung roti laa dan ada tambah sikit bahan..Thanks Za..

Bahan:-
140 ml air (*ummi guna air suam2 sikit)
300 gm tepung pau (ummi guna tepung roti)
40 gm gula kaster
1 1/2 sudu teh yis
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softner - (*ni ummi tambah)
1/2 biji telor ayam
30 gm butter - suhu bilik
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung

Filling:-
Butter - potong kiub semasa sejuk
sedikit gula kaster untuk tabur
mozarella cheese

Cara Membuat:-
Campurkan semua bahan kering kecuali telor dan butter. Bancuh yis dengan air suam dan tuangkan ke dalam adunan kering tadi. Uli sebati dan masukkan butter. Uli lagi sehingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan tutup. Biarkan naik 2 kali ganda lebihkurang 1 jam 30 minit. Keluarkan, tumbuk2 doh. Bahagikan kepada ketulan kecil. Buat bulat dan isikan butter yang dipotong kiub. Biarkan lebihkurang 1/2 jam supay doh naik. Sapukan butter atasnya dan bakar. Selepas 20 minit keluarkan dan tabur dengan mozarella dan gula kaster. Bakar lagi lebih kurang 4 - 5 minit.

Monday, January 28, 2008

Choc Chips Muffin Nigella Lawson


Petang tadi Aiman ada cakap lama dah mak dia ni x buat muffin..Aa laaa...Tengok bahan ada, so ummi try lak resepi asal dari Nigella Lawson, tengok kat rumah Hajar, dia kata amik kat rumah Mamafami...saja nak try resepi lain pulak kan...sedap sangat2...Thanx Mama n Hajar for sharing...Ummi buat lepas maghrib tadi, sekejap je leh siap...mudah sgt!

Bahan:-
250 gm tepung
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
2 sudu besar serbuk koko
175 gm gula kastor (bole kurangkan 150 gm je)
150 gm choc chips
250 ml susu segar
90 ml minyak sayuran
1 biji telor (size besar)
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:-
Ayakkan tepung, serbuk koko, soda dan baking powder. Campurkan gula. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, susu, esen vanila dan telor. Gaul sebati dengan whisk. Kemudian tuangkan semua bahan cair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan choc chips. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Taburkan sedikit choc chips di atasnya. Bakar di dalam preheated oven pada suhu 180 C selama 20 minit/hingga masak.

Kuih Sagu/Kuih Bronok

Nak tau, kuih/makanan berasaskan sagu camni salah satu my favourite...senang kan, kalu nak ajak ummi g rumah, wat kuih ni pun dah cukup...ummi leh makan habis sepinggan tau...Dah lama nak buat n nak perabihkan sagu tu..Buat petang tadi, ummi makan malam ni, x makan nasi dah..hehe..

Bahan:-
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam

Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.

Keropok Lekor Losong

Emm rezeki lagi, malam tadi ada member ofis balik dari Terengganu hantar keropok lekor Losong Terengganu, sapa x kenal keropok ni, memang antara yang tersedap di Malaysia tau...goreng petang tadi...sedapnya rasa ikan dan halus je keropok ni xda la rasa tulang2 ikan mcm sesetengah tempat tu nak tercekik gak ada byk tulang....member siap bagi dengan sos keropok tu sekali...tengok je lah ek, Jun jangan marah ek..kalu nak kita wat rombongan gi Terengganu nak...? Jom sume... =D

Sotong Lemak Cili Padi

Dah lama x makan sotong masak lemak camni, selalu goreng, xpun wat sambal tumis...Emm sedapnya makan dengan nasi putih panas2 masak lemak ni...

Bahan:-
8 ekor sotong sederhana besar - cuci bersih, belah dua dan kelar2
2 cawan santan pekat
6 - 8 biji cili padi - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 - 2 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil - serbuk kunyit
1 helai daun kunyit - simpul/belah 2
1 biji tomato - belah 4
garam

Cara Memasak:-
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, tuangkan 1 cawan santan dulu, masak sekejap dan masukkan serai dan serbuk kunyit. Bila mendidih masukkan daun kunyit dan sotong. Kacau sebentar dan masukkan sebahagian santan lagi serta garam. Bila kuah didih, masukkan tomato, tutup api dan angkat. Kacau2 dulu sebentar agar kuah tidak berkepala.

Daging Goreng Kunyit

Ni saja je nak perabihkan daging yang tinggal sikit lg...hubby n kids pun suka goreng kunyit camni..xyah resepi lah ek. Campur je garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam sikit, rebus hingga daging lembut, tuang minyak sikit n masukkan bawang besar potong bulat dengan cili hijau, kacau rata, siap!!

Friday, January 25, 2008

Tomyam Campur

Dah puas makan lauk berlemak2 ni, sesekali dapat hirup tomyam memang sedap..dah lama nak wat, baru ni dapat ikut selera ummi hehe.....xyah makan nasi pun xpa dapat hirup tomyam camni panas...dengan rasa pedas, masam dan wangi dari daun limau purut tu...Senang jek!

Bahan:-
200 gm isi ayam - potong kecil
2 ekor sotong sederhana besar - kerat2
10 ekor udang
2 labu bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
15 tangkai cili padi thai - ketuk
4 - 5 batang serai - ketuk
2 sudu besar pes tomyam/2 ketul kiub tomyam
5 helai daun limau purut
2 - 3 biji limau nipis - perah jus
4 - 5 cawan air
1/2 batang karot - potong bulat nipis
200 gm bunga kobis
10 batang jagung muda (*ummi x isi ni)
2 inci halia - hiris nipis
2 biji tomato - belah 4
garam
sedikit minyak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan masak sekejap dengan menutup periuk. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan serai, bawang besar dan daun limau purut. Masukkan cili padi, pes dan garam. Masukkan udang dan sotong serta sayuran. Akhir sekali masukkan jus limau dan buah tomato. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam dan wangi daun limau purut.

Udang Goreng Tepung

Kebetulan udang banyak ni, saja nk mengabihkan..goreng camni cepat le licin..

Bahan:-
10- 15 ekor udang sederhana besar
7 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk lada hitam
1/4 sudu garam
2 biji telor
serbuk perasa
2 kiub ais batu
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
Campurkan tepung jagung, serbuk lada dan garam...gaul sebati. Kemudian pecahkan telor ke dalam tepung tadi. Kacau hingga adunan halus. Campurkan kiub ais dan gaul sebati. Celupkan udang dalam tepung tadi dan goreng dengan minyak yg banyak hingga kekuningan. Hidang bersama sos.

Thursday, January 24, 2008

Lime N Buttermilk Cake


Now dah rasa nk makan kek la pulak...tgk kat rumah noreen cam sedap je topping dia, lain dari yang lain...Lime Icing topping...buat semalam...eh sedap le xle manis gitu je topping dia, rasa limau nipis tu, sedap la pulak...Kek dia memang gebuuuu...(*mat jgn terasa ek, x kata, tiada yang benar melainkan benar belaka..!!) hehe..Tq Noreen...

Bahan:-
250 gm mentega - suhu bilik
2 biji limau nipis - parut dan ambil kulit dan jus dalam 3 sudu besar
1 cawan (225 gm) gula kastor
3 biji telor - asingkan putih dan kuning
2 cawan (220 gm) tepung naik sendiri - ayak
210 ml buttermilk

Lime Icing:-
1 cawan (110 gm) gula icing - ayak
1 sudu teh susu segar
1 - 1 1/2 sudu besar jus limau nipis
(*elok 1 sudu je, umminya dh tercair sikit, but still sedap)

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Griskan tin kek bulat saiz 8" (20 cm base) dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Letakkan atas baking tray, ketepikan. (*ummi guna loyang bulat 6" diameter, 3"tinggi punya..)

Pukul mentega, 1 sudu besar kulit limau dan gula dalam mixing bowl dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kembang. Masukkan kuning telor satu persatu sambil dipukul hingga sebati. Setelah itu masukkan separuh sukatan tepung dalam adunan dan kacau rata. Masukkan separuh buttermilk dalam adunan dan 1 sudu besar jus limau. Kacau sebati. Ulangi lagi dengan memasukkan kesemua tepung, buttermilk dan 1 sudu besar jus limau ke dalam adunan. Kacau hingga adunan sebati. Sementara itu pukul telor putih hingga gebu dan bertanduk. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan supaya sebati.

Tuangkan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit sebelum dibakar selama 50 - 60 minit/hingga masak. Setelah masak, biarkan dalam oven selama 5 minit sebelum dikeluarkan dan letak atas wire rack biar sejuk.

Untuk Lime Icing:-
Satukan kesemua bahan supaya menjadi icing yang pekat. Jangan tuangkan kesemua jus limau, agak2 supaya tidak jadi cair (*ummi dah terlajak sikit..hehe). Sapukan atas kek sebelum dihidang. Memang marvelous!!

Kari Kepala Ikan Tenggiri

Rasanya lama dah x buat kari ikan...pergi kedai nmpak pulak kepala ikan tenggiri, emm..sedang elok le...selera makan nasi...hehe

Bahan:-
2 belah kepala ikan tenggiri
1 paket serbuk kari ikan* ) * bancuh sebati
1 1/2 cawan santan pekat*)
2 cawan santan cair
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
2 sudu besar cili kering kisar
1 tangkai daun kari
1/4 cawan air asam jawa
3 biji buah pelaga
2 biji terung bulat - belah 4
2 biji buah tomato - belah 4
1 sudu kecil serbuk ketumbar
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar, buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan santan pekat yang dibancuh dengan serbuk kari tadi serta cili kisar. Kacau hingga benar2 naik minyak dengan api perlahan dan masukkan serbuk ketumbar dan air asam jawa. Bila rempah telah minyak, masukkan ikan tadi dengan terung. Kacau rata, masukkan garam dan biarkan sekejap. Tuangkan santan cair, biar didih, kemudian perlahankan api dan biar kuah naik kemerah-merahan. Tutup api.

Kacang Panjang Goreng Dgn Telor

Ni sebenarnya sayur sempoii je...kacang panjang goreng dengan telor yang dikacau kasi hancur2 gitu....xyah resepi la ek...buat la camna pun...heheh..asal ada kacang, cili merah, bawang merah, bawang putih, telor 2 biji, kicap cair sikit, sos tiram sikit...senang gitu..

Tuesday, January 22, 2008

Peach Cocoa Pudding

Bila dah masuk musim panas je, tekak ni selalu nak telah yang sejuk2 la pulak...Balik je mst buka fridge, cari yang boleh slurrp gitu..hehe.. Ni ummi try resepi Desy (Mom's Homemade) dari negara jiran kita...Quite nice!! Ni resepi dia.


Bahan:-
(A)
12 gm agar-agar serbuk
600 ml susu UHT
4 biji buah peach
2 sudu makan whipped cream
8 sudu makan gula pasir
pewarna kuning


(B)
12 gm agar-agar serbuk
600 ml susu UHT
2 sudu makan serbuk coklat Van Houten (ummi guna Vouchelle)
2 sudu makan tepung jagung
1 biji kuning telor
1 sudu kecil cocoa paste
8 sudu makan gula pasir


Cara Membuat:-
Bahan A - Hiris nipis memanjang 1 biji buah peach dan aturkan dalam caserol. Ambil 1 biji buah peach lain dan cincang kasar untuk filling. Blend 2 biji buah peach lagi bersama susu UHT dan whipped cream. Tuang dalam periuk dan masak bersama serbuk agar2 dan gula. Masukkan pewarna. Bila mendidih tutup api dan tuang dalam loyang yang diatur buah peach tadi perlahan-lahan. Masukkan juga peach cincang. Sejukkan.

Bahan B - Larutkan serbuk agar bersama susu, serbuk coklat, cocoa paste dan gula. Masak hingga mendidih sikit. Sambil itu dalam mangkuk kecil bancuh sebati tepung jagung dengan sedikit air dan telor. Tuang dalam agar2 tadi, tutup api. Kacau-kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang mengandungi buah peach yang telah sejuk tadi.

Daging Masak Kicap

Ni lauk dinner malam tadi sebenarnya, ingat balik rumah tengahari tadi nk posting, tp line slow bebenorr...so malam ni baru sempat...xpa lah, tengok je ek..dah licin pun..hehe

Bahan:-
1/2 kg daging - potong nipis
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1/2 sudu kecil jintan putih - tumbuk
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
sedikit gula
sedikit garam
1/2 cawan air
3 biji cili hijau - belah2
1 labu bawang besar - potong bulat
3 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Gaul daging dengan bahan tumbuk dengan cili kisar dan masak dalam kuali sehingga daging lembut. Jika perlu tambahkan air dan masak lagi. Bila daging telah empuk, tuang minyak dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis, gaul rata. Masukkan kicap, gula garam dan gaul sebati. Setelah rata dan daging benar2 masak, masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul-gaulkan, angkat.

Pizza Segera

Ni salah satu breakfast ummi buat untuk my kids bekal gi sekolah semalam, selalu dah buat...saja nak mengabiskan mix vege dalam fridge tu..lg pun fast n ez n yummmyyyy...

Bahan:-
6 keping roti putih - buang kerak tepinya
3 batang sosej - hiris nipis bulat
1/4 biji capsicum merah/hijau/kuning - dadu
1 labu bawang besar - dadu
2 cawan mix vegetable
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
mayonis
butter

Cara Menyedia:-
Tumis bawang, masukkan sosej, kacau setengah masak dan masukkan sos, mix vege, capsicum, gula, lada hitam dan garam..Masak rata dan agak pekat. Angkat dan letakkan rata atas sekeping roti. Panaskan butter sikit, letak roti. Biar bahagian bawah roti agak garing sikit. Angkat. Buat atas roti lain sampai habis..

Sunday, January 20, 2008

Moist Chocolate Cake


My kids demand choc cake dari semalam lagi dah, mentang2 mak dia cuti ni...dah x tau nk try yang mana satu..byk sangat..tpi bila lalu kat rumah Mat (*hehe..Mat lagik!) nampak resepi dari Lydia ni..semacam je moist, tgk bahan pun ada, hampir sama dengan bahan yg ummi penah buat dulu...emm layaaannn...thanx mat n lydia too..Perghhh, dengan lelehan chocolate ganache tu...xtau nk kata apa daah..!

Bahan:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Untuk Ganache: SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...

Baked Spanish Omelette


Ni resepi dari geng MR..Senang dan cepat! Antara hidangan tengahari tadi jugak...

Bahan:-
4 biji telor
150 ml susu segar
100 gm garden peas/brokoli
1 biji bawang besar - dadu
2 biji kentang - dadu
2 sudu besar olive oil
1 ulas bawang putih - cincang
5 keping hirisan tomato
Garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-Cara:-
Naikkan suhu oven 180C. Sapu butter pada tin pembakar dan ketepikan. Panaskan olive oil dalam pan, tumis bawang besar dan masukkan kentang. Kacau hingga naik bau. Masukkan bawang putih dan kacau rata hingga kentang lembut. Masukkan peas/brokoli dan tutup api. Gaul dan rata ke dalam tin pembakar. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telor dengan garfu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul sebati. Masukkan susu segar, kacau rata. Tuangkan ke dalam tin berisi kentang tadi. Atur hirisan tomato di atasnya. Bakar selama 40 - 45 minit/hingga masak.

Ikan Bawal Kukus

Resepi asal dari Chef Florence, ummi cilok dari resepi Mat Gebu. Mat masak ikan siakap. Ummi masak ikan bawal...heheheh...Tapi hubby kata sedap laah ramuannya...meratah sekali gituu..Power, thanx Mat! (*semenjak, 2 menjak ni asyik cilok resepi Mat jer..yalah, Mat display sikit punya terliuq)

Bahan:-
1 ekor ikan siakap (ummi guna 2 ekor ikan bawal sederhana besar)
1/2 camca teh gara
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi *
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula *
1/2 camca teh garam *
5 - 10 biji cili padi, dihiris *
2 batang serai, dihiris halus *
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris *
1 helai daun limau purut, dihiris halus *
1/2 inci halia muda, dihiris halus *
2 ulas bawang putih, dihiris halus *
1/2 camca teh tepung jagung *
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis/1/2 kiub pati ikan bilis Maggi *

Cara Menyediakan:-
Lumurkan ikan dengan garam, tepung jagung dan lada salah. Ketepikan sementara menyediakan sosnya.
Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan sos yang bertanda * hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan dalam bekas dan tuangkan sos rata2 dan masukkan sebahagian ke dalam belahan perut ikan. Kukus lebihkurang 10 minit. (bergantung kepada saiz ikan). Bila ikan bertukar menjadi putih, angkat dan makan dengan nasi panas.

Hubby Tengah Rajin Tuuu...=D

Hah, inilah yang sempat hubby ku buat hari ni selain basuh kete n cabut rumput kat pasu2 bunga kat depan tu..Me?? Bz doing all chores and cooking. When hubby passed by our dining suddenly he realised that the Bismillah..artwork that hang up at our dining was leaned over to one side, luckily it's not fell down...xpun pecah berderai kerja tangan hubby ni. Actually, this frame was his first artwork and it was made from wood (plywood) around year 1987 (still single, hehe..). At that time, he always spent most of his weekends n holidays by doing this kind of artwork. Antik kaann..Ada lagi satu antik punya Ayat Kursi duk tergantung kat bilik kitaorang. Memang dia sayang sangat kat frame2 tu..He took a ladder and put the frame back to its right place. Oklah hubby, buat je lah apa yang patut...hehe

Petang lak, alamaakkk Aiman bagitau buku teks dia sume x wrap lagi..his teacher has warned him....hehe...hubby willing to do....saayaaanggg abang...Dengan sukanya Aiman pun melambakkan buku-buku kat bilik dia, elok je dia tinggalkan kat abah dia...ish ish..pergi main basikal dah...Tekunnya hubby wrap buku2 tu, banyak jugak dalam 15 buah gitu.. Me?? Adaa.. duk iron baju kat sebelah dia..it's ok as long as we do everything together n still can chatting, rite hubby? Adeehhh, sakitnya pinggang gosok baju..huhuuu

Puding Mozek

Ni pun ummi try resepi amik kat rumah Jun jugak...Tk lagi sekali jun hehe...Saja buat nak membasah tekak..dah lama x buat puding sempoii camni, asyik ciskek, puding susu sume...heee dh naik kilo lah..huhuuu..

Bahan (A):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna hijau

Masak semuanya hingga larut dan didih. Tuang dalam bekas yang telah dilalukan air sejuk, sejukkan. Ambil sudu dan kaupkan sikit2 dan atur ke dalam loyang lain untuk dituang bahan B.

Bahan (B):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna merah
sedikit esen vanila

Masak kesemuanya hingga larut dan didih. Tuangkan ke dalam loyang yang telah diatur agar2 tadi. Sejukkan dalam fridge. Siap...

Thai Fried Chicken With BBQ Sauce

Resepi ni ummi terjumpa kat rumah Jun ni, rajin sgt meronda heheh...thanx Jun. Tapi sosnya ummi modified le dgn apa yang ada kat dapur tu..

Bahan untuk ayam:-
500 gm isi ayam (*ummi amik 6 bahagian isi ayam)
1 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu teh halia cincang
1 sudu besar sos tiram
1 biji telor
5 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Gaul ayam dengan bawang putih, halia dan sos tiram selama 2 jam/semalaman. Masukkan telor, gaul rata. Tabur tepung ubi rata dan biarkan 15 minit. Kemudian baru digoreng dalam minyak penuh hingga kekuningan. Angkat atas pinggan.

Bahan untuk sos:-
1/2 sudu teh bawang putih cincang
1 biji bawang merah cincang
1 sudu besar serai yang dihiris nipis
1 sudu besar jus limau
4 sudu besar sos BBQ Life
4 sudu besar sos masam manis Life
1 sudu kecil gula
secubit garam

Tumis bawang putih dan bawang hingga kekuningan. Masukkan serai, jus limau dan sos. Biar didih sekejap, angkat dan curahkan atas ayam tadi.

Mee Lidi Sos Prego

Ni buat lain sikit, saja2 nak mengurangkan sos Prego dalam botol tu..nnt lama2 kang x termakan, buang je, takut naik kulat gak dlm fridge pun kannn...Sempoi je wat pg semalam ni..tp bz x sempat nk posting semalam..tgk je lah ek, dh licin pun..hehe

Bahan:-
2 bgkus mee lidi (rebus dan toskan)
10 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 labu bawang besar - dadu
4 sudu besar sos Prego
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 batang carrot - hiris halus
1/4 biji kobis - hiris
1 ikat sawi
15 ekor udang basah
1 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk2
2 keping fishcake -hiris nipis
10 biji fishball - hiris
2 - 3 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan cili, bawang kisar dan serbuk lada hitam. Masukkan fishcake, fishball, udang basah, udang kering dan sos prego. Kacau2 sebentar, masukkan sos cili, sos tiram, kicap cair dan garam. Masukkan sayuran. Masukkan mee lidi dan goreng rata. Masukkan tauhu, kacau2 dan angkat. Siap..

Friday, January 18, 2008

Cheesecake Brownies


Ni ummi buat petang semalam, tp x sempat le nk posting, tunggu masak sume dh malam. Bz sgt n kepala pun x berapa sihat actly...Resepi dari geng blog Titi. Thanx a lot Titi, pretty easy n really yummyyyy!! Sekejap je dah nk licin pun..hehe

Bahan Untuk brownies:-
125 gm butter - kerat2
150 gm coklat masakan - kerat2 kecil
1 biji telor
2/3 cawan gula kastor
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung naik sendiri

Bahan Cheesecake (Topping):-
259 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan whipping cream

Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 180Celcius. Gris loyang segiempat 19 cm dengan baking sheet, biarkan lebih 5 cm di sekeliling loyang. Campurkan butter dan coklat masakan dalam sauce pan, kacau atas api perlahan hingga semua lembut. Sejukkan.

Pukul telor dan gula dalam mangkuk adunan dengan kelajuan tinggi hingga naik dan berkrim. Tuang cairan butter dan coklat tadi dan pukul rata. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit.

Sementara itu, pukul cream cheese, esen vanila, gula dan telor hingga kembang. Masukkan whipping cream dan pukul rata. Tuangkan ke atas ke atas brownies tadi dan bakar lagi selama 15 minit. Bila masak, buka pintu oven dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan dalam fridge selama kurang lebih 3 jam. Hidang lah dengan rasberries/blueberries segar.

Mushroom n Seafood Fried Rice

Tengahari ni balik ummi cuma goreng nasi jek! Ringkas dan cepat, xpun nnt penat sgt lak nk msuk ofis semula petang.

Bahan:-
3 mangkuk nasi goreng
14 biji cili padi - potong halus
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - racik halus
1/2 batang carrot - hiris halus
10 biji cendawan butang - belah 4
6 inci batang leek - hiris nipis
15 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong - kerat-kerat (*ummi xda stok)
2 batang fishcake - hiris nipis
10 biji fishball - belah2
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos ikan
sedikit serbuk lada hitam
garam

Cara Masak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau kekuningan masukkan udang, fishball n fishcake. Kacau sebentar masukkan serbuk lada hitam, cendawan butang dan batang leek. Kacau rata, masukkan kicap cair, sos ikan dan carrot. Masukkan nasi dan goreng rata. Letak garam dan kacau lagi hingga nasi benar2 masak.

Wednesday, January 16, 2008

Apam Blueberry


Ni ummi cedok dari rumah MamaFami, resepi asal dari Masriyah's FP...TERajin sikit buat kuih, sedap, anak2 sume suka, makan panas2 gitu...Thanx a lot Mama...hehe

Bahan:-
2 biji telor
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
Blueberry jam
Pewarna (*ummi guna hijau dan merah)

Cara Menyedia:-
Didihkan air untuk kukusan. Sementara itu, pukul telor, gula, esen vanila dan ovallete pada kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Masukkan tepung dan kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna disukai. Ummi letak 1 plain, 1 merah (jgn pekat sgt) dan 1 hijau pandan. Sudukan ke dalam cawan warna asal, letak blueberry jam, tutup dengan 2 warna adunan lagi hingga separuh cawan. Kukus selama 10 - 15 minit.

Nasi Lemak Sambal Kerang


Hari ni balik, anak bongsu mintak nasi lemak...tapi nak sambal kerang...ha alaaa...ayoo manyak songei lak anakanda ku ini...xpa, pasar malam ada hari ni, 10 langkah je dari rumah hehe...hb pun menapak le g cari kerang...balik terus basuh n rebus...dgn hb kena kopek kerang...tq hb..(*emm dia makan byak sekali...hehe..)

Nasi lemak, xyah resepi la ek...mcm bese2 tu le..tp ummi prefer letak serai, halia dan daun pandan...

Bahan:-
1 kilo kerang - basuh bersih dan rebus, keluarkan isi.
15 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - ketuk/cincang
3 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 labu bawang besar - potong bulat
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis dulu bawang besar n bawang putih (*this is my style, bau bwg tu mengharumkan sambal nanti)...goreng hingga kekuningan tepi bawang. Masukkan cili dan bawang yang telah dikisar. Kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan gula pasir. Masukkan kerang dan letak garam. Masak hingga sebati dan kacau hingga kuah agak pekat. Angkat dan hidang.

Tuesday, January 15, 2008

Sticky Silken Tofu

Hah ni satu lagi simple dish, also sticky one..! Resepi dari sky@MR. Resepi asal x kukus pun tofu tu, terus makan sejuk2, tapi ummi kukus sekejap tofu sebab nk makan panas2 pulak..


Bahan:-
1 kotak tofu lembut
3 sudu besar lobak asin, potong dadu dan rendam dalam air, toskan.
2 sudu besar daging/ayam yang telah dicincang
1 sudu besar lobak merah yang telah dicincang
1 sudu besar kacang hijau (optional) - ummi x isi
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil tepung jagung* ] bancuh
1/4 cawan air* ] bersama
sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara:-
Panaskan minyak dalam non-stick pan dengan api perlahan, goreng bawang putih dan lobak asin selama 2 - 3 minit. Masukkan ayam, lobak merah dan kacang hijau, goreng sebentar sehingga ayam masak. Masukkan kicap, lada hitam dan bancuhan tepung jagung. Apabila air mendidih, tutup api. (*tak perlu garam dah sebab kicap dan lobak asin dah cukup sebagai perasa). Letakkan tofu dalam pinggan dan tuangkan ayam dan lobak asin tadi ke atasnya. Siap untuk hidangan.

Sticky Caramel Chicken

Ni lauk sempoi je tuk dinner, saja nak perabihkan ayam...balik keje, masak pun nak yang cepat2 dan senang je...resepi dari MR ni asalnya guna chicken wing, tapi ummi tukar lah dengan segala isi ayam yang ada...sedap lah!

Bahan:-
1 ekor ayam - kerat 12/14
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk sekali dengan kulitnya (x perlu kupas)
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan madu

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia. Kacau sekejap dan masukkan ayam..kacau dan goreng selama 5 minit. Masukkan kesemua sos dan madu, kacau sekejap. Tutup kuali. Kacau sekali sekala selama 15 - 20 minit atau sehingga semua ayam masak dan sticky (bersalut dengan sos) dan biarkan kulit ayam sedikit hangit.

Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada ayam, ia akan jadi seperti ayam BBQ.

Donut CMG

Donut lagi??? Donut memang antara favourite my eldest son, dia nk bawak bekal ke sekolah..antara bnyk2 donut, rasanya ni lah yang paling gebuuu kerana tuan punya resepi pun sapa lah x kenal kegebuannya...hehe...(*mesti lepas ni kena baling tudung periuk dengan mat..ampuun ek =D, akak promo ni mat)..nnt nak buat lagi laah..bukan je gebu, sedaaapp!!

Bahan:-
280 ml air
300 gm tepung roti
200 gm tepung gandum
10 gm garam
60 gm gula halus
20 gm susu tepung
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telor
50 gm lemak sayur (shortening)

Bahan hiasan:-
Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/cream custard

Cara Membuat:-
Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan pula lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam bekas dan biar 1 jam (hingga naik sekali ganda).

Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah ditabur sedikit tepung. (*ummi bulat2kan sahaja). Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi. Goreng donut dalam minyak sederhana panas. (*jangan masukkan terlalu banyak donut, cukup sekadar 4/5 biji sekali goreng untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak). Bila kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Salutlah dengan hiasan diatas. (*ummi suka golek dengan icing sugar je)

Monday, January 14, 2008

Ayam Percik Jun


Actually ummi buat ayam percik ni semalam, tp duk bz je weekend x sempat nk posting sume2..resepi dari rumah Jun ni..selalu dah buat ni dulu2..Thanx Jun, 1 fmly suka tau..!! Tapi ummi wat half je dari resepi ni..

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 4 atau 8

Bahan A:- kisar
3 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Bahan B:-
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam

Bahan C:-
6 sudu besar cili kering kisar
1 cawan santan pekat

Cara Membuat:-
Tumis bahan A hingga wangi dan kering, masukkan gula dan air asam. Bila mendidih, masukkan ayam, kacau rata perlahan2. Masukkan garam, biar ayam setengah masak. Masukkan cili kering, masak sebentar hingga mendidih, masukkan santan. Biar kuah separuh pekat, keluarkan ayam. Masak lagi kuah hingga betul2 pekat dan tutup api. Curahkan atas ayam yang telah diletakkan atas alluminium foil dan bakar. (*Ummi bakar api atas dan bawah - balik2kan juga.)

Sunday, January 13, 2008

Home Made Seafood Pizza


Petang tadi buat pizza untuk bekal jugak kat abang long..dah lama dia mintak, x berkesempatan nak buat...so hari ni dia bawak balik panas2 lagi..Resepi ummi cedok dari rumah Yat..thanks Yat! (*rindu betuii kat budak ni...mcm sleeping beauty lak...lama tul dia tidor nii..hehe)..sedap dengan cheese dihujung pizza tu..!

Bahan:-
(*Untuk base)
1 1/2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis
120 ml air suam
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
serbuk oregano
(*Untuk topping)
2 biji tomato, rebus sekejap dan blend
1 ulas bawang putih - blend
serbuk paprika
serbuk oregano
serbuk bassil
black pepper
olive oil
garam
gula
bawang besar - mayang kasar
sotong (*ummi ganti sosej)
udang
parutan cheese
parutan mozarella (*ni ummi sj tambah)

Doh - masukkan semua bahan kecuali minyak sayur, gaul sebati. Masukkan minyak dan uli hingga lembut. Canai dalam acuan piza. Kemudian letakkan parutan cheese di hujung sekeliling pizza dan gulung. Biarkan naik 2 kali ganda.

Topping - Panaskan olive oil, masukkan bahan yang dikisar dan serbuk oregano, black pepper dan masak hingga pekat. Masukkan garam, gula, sotong dan udang. Angkat. Letak topping atas piza bersama bawang, sedikit serbuk bassil dan parutan cheese (*ummi letak mozarella). Bakar selama 40 - 45 minit.

Peach n Ceri Pie

Hehe..mcm2 adaaa, mcm Astro ke? (*mat cakap gitu dulu..) Kek ada, pie ada, pizza pun ada. Resepi ni sebenarnya ummi main campak2 je sebab ada lebih peach buat kek kelmarin..saja "Trial n Error"...nk menghabiskan tepung kek sikit tu...emm ok je, rangup n gebu..Abg long le angkut bawa balik kolej petang tadi..hehe..nk jamu kawan2 dia..

Bahan:-
1/2 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan cornflake kisar
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega cair
2 biji telor
100 gm buah peach - potong halus
10 ulas ceri merah+hijau - potong halus

Cara-cara:-
Campur kesemua bahan kecuali mentega dan buah2. Gaul sebati dan masukkan mentega hingga jadi doh lembut. Masukkan separuh doh dalam acuan pie, (*ummi guna loyang kecil je) ratakan. Letakkan buah peach dan ceri tadi, ratakan. Tutup dengan sebahagian doh, rata-ratakan. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20 minit/kekuningan.

Dried Strawberry & Peach Cake

Resepi asalnya ialah kepunyaan jejaka idaman malaya Ah Mat Gebu(*ampuun..) tapi ummi adjust dengan bahan yang ada kat dapur ni, teringat jiran bagi dried strawberry aritu ada lagi..Mat, jangan marah ek...thanx anyway..Memang gebuu..Tengok resepi asal dia ek..

Bahan:-
184 gm mentega pada suhu bilik
200 gm gula halus
3 biji telor - dipukul sikit
150 gm isi mangga masak - dikisar halus (*ummi tukar peach)
80 ml plain yogurt
260 gm tepung naik sendiri - diayak
100 gm aprikot kering - dadu kecil (*ummi tukar dried strawberry)
1 camca teh esen mangga (*ummi x isi pun)

Cara-Cara:-
Sapu tin kek dengan mentega dan alas dasar dan tepi tin dengan kertas. Sapu juga permukaan kertas dengan mentega. (*ummi x sapu mentega pun, terus pakai non-stick baking sheet). Ketepikan. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan telor sedikit demi sedikit dan terus memukul. Cukup sekada telor sebati dengan adunan, tak perlu sampai kembang. Masukkan esen mangga, yogurt dan isi mangga yang telah dikisar tadi. Pukul hingga rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata. Masukkan apprikot kering dan gunakan spatula untuk menggaul ke dalam adunan kek hingga rata. Tuang ke dalam loyang 8x8x3 in. Ratakan permukaannya dan bakar dlm oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 1 jam 10 minit/hingga masak.

Kena Heart at-Tag jugak!!! Desktop Screen

Ummi pnya simple je....x pernah pun duk melayan menda alah ni...tp ummi suka hijau...ceraaahh mata...tu la pasai...So jie, xda apa yg istimewa pun..dah lama gak pict ni..rasa dlm 6 bulan ni lee...kena tgk byk hijau since mata pun dah kabur...hehe

Friday, January 11, 2008

Udang Masak Sos Prego

Resepi dari geng MR, my kids really loved it!! Sesekali tukar selera...Meh tengok resepi dia..so simple! Lauk dinner malam tadi, ummi wat half je...sori le x sempat nk posting siang2 tadi..hehe

Bahan:-
700 gm udang
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
1/2 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah
1 cawan sos Prego
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu makan gula
Daun bawang
Sedikit perasa - optional

Cara Memasak:-
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Hiris cili merah, cili hijau dan lobak merah. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan hiris dan masak sebentar hingga naik bau. Masukkan udang dan gaul rata. Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan perasa. Masak hingga sedikit pekat. Angkat dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang.

Kuah Dhal Dengan Udang

Haaa, ni lawan dengan roti canai kat bawah tu...My own recipe, style tumis darat..bese2 orang utara wat camni la..Favourite fmly nih!!

Bahan:-
300 gm kacang dhal, rendam semalaman.
1600 ml air
3 sudu rempah kari
10 ekor udang basah
1/2 cawan susu cair
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
garam

Cara Memasak:-
Masak kacang dhal dengan air hingga lembut dan masukkan rempah kari dan masak hingga rempah benar2 masak. Semasa hampir masak, ambil sebahagian kacang dhal dan blend hancur. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan udang, susu cair dan garam. Masak sebentar dan tutup api. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu dan kekuningan. Tuang ke dalam periuk kacang dhal tadi. Siap..
(*Boleh juga tambah kentang semasa memasak kacang dhal)

Roti Canai

Pagi Maal Hijrah semalam ummi sempat le menyediakan roti canai untuk family..Malam tu uli2, so pagi mencanai le..nk tebar x reti..hehe...but so nice...cilok kat rumah Jun ni, tp xtau asal resepi sapa..Thanx jun..

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak
sedikit butter/minyak

Cara Membuat:
Campur dan gaul rata semua bahan. Uli hingga jadi doh lembut. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat2kan. Celup dalam minyak dan letak dalam dulang...Biarkan selama 3 -4 jam atau semalaman. Canaikan roti. Masak dan balik2kan hingga kekuningan. Angkat dan tepuk2 roti supaya lembut.
(*ummi ikut cara mak - canai atas belakang talam dan tarik2 doh senipis yang boleh sambil letak minyak. Kemudian ambil satu hujung dan angkat doh jadi panjang dan lilit dari satu hujung sampai satu hujung lain. Bila nak menggoreng, tekan2 dulu dan masukkan ke dalam kuali).

Thursday, January 10, 2008

Ayam Voluvar

Resepi dr majalah ni..saja try malam tadi, emm worth it!! Memang sedap!!...Ummi wat half je dari resepi asal ni..

Bahan:-
1 1/2 biji kelapa - santan pekat
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar gula
garam

Bahan A: (kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai

Bahan B:
2 in kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih (*ummi tukar serbuk ketumbar)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu rempah kari ayam/daging

Bahan C: (digoreng dahulu)
5 tangkai cili kering - kerat 2 atau 3
100 gm kacang gajus

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak saja. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan A dan B hingga garing dan naik bau. Masukkan santan dan masak hingga kuahnya agak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Kemudian masukkan ayam tadi dan masak hingga sebati dan kuahnya pekat. Kecilkan api agar kuah naik minyak. Akhir sekali masukkan cili kering dan kacang gajus. Gaul rata. Tutup api dan angkat.