Now dah rasa nk makan kek la pulak...tgk kat rumah noreen cam sedap je topping dia, lain dari yang lain...Lime Icing topping...buat semalam...eh sedap le xle manis gitu je topping dia, rasa limau nipis tu, sedap la pulak...Kek dia memang gebuuuu...(*mat jgn terasa ek, x kata, tiada yang benar melainkan benar belaka..!!) hehe..Tq Noreen...
Bahan:-
250 gm mentega - suhu bilik
2 biji limau nipis - parut dan ambil kulit dan jus dalam 3 sudu besar
1 cawan (225 gm) gula kastor
3 biji telor - asingkan putih dan kuning
2 cawan (220 gm) tepung naik sendiri - ayak
210 ml buttermilk
Lime Icing:-
1 cawan (110 gm) gula icing - ayak
1 sudu teh susu segar
1 - 1 1/2 sudu besar jus limau nipis
(*elok 1 sudu je, umminya dh tercair sikit, but still sedap)
Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Griskan tin kek bulat saiz 8" (20 cm base) dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Letakkan atas baking tray, ketepikan. (*ummi guna loyang bulat 6" diameter, 3"tinggi punya..)
Pukul mentega, 1 sudu besar kulit limau dan gula dalam mixing bowl dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kembang. Masukkan kuning telor satu persatu sambil dipukul hingga sebati. Setelah itu masukkan separuh sukatan tepung dalam adunan dan kacau rata. Masukkan separuh buttermilk dalam adunan dan 1 sudu besar jus limau. Kacau sebati. Ulangi lagi dengan memasukkan kesemua tepung, buttermilk dan 1 sudu besar jus limau ke dalam adunan. Kacau hingga adunan sebati. Sementara itu pukul telor putih hingga gebu dan bertanduk. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan supaya sebati.
Tuangkan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit sebelum dibakar selama 50 - 60 minit/hingga masak. Setelah masak, biarkan dalam oven selama 5 minit sebelum dikeluarkan dan letak atas wire rack biar sejuk.
Untuk Lime Icing:-
Satukan kesemua bahan supaya menjadi icing yang pekat. Jangan tuangkan kesemua jus limau, agak2 supaya tidak jadi cair (*ummi dah terlajak sikit..hehe). Sapukan atas kek sebelum dihidang. Memang marvelous!!
Topping meleleh tu yang wat tak tahan tu...
ReplyDeletewooooi memang gebus.. a'ah lah gebus sesangat *jeling mat lalu tepi jalan* hikhikhik
ReplyDeleteerrrr...
ReplyDeletenak tanya.
buttermilk tu canner ek? cam susu ke or serbuk ke? boleh k.ummi ambik gambornya dan tempel di sini?
saya ada recipe pancake guna buttermilk tapi cari tak jumpa. butter ada lah...
nmpk mcm kek chiffon kegebuannya...
ReplyDeletenak jugak...
Kak Ummi,
ReplyDeleteCath memang hantu kek... Kalau beli kat kedai, ok lah.. Kalau nak bake sendiri, malas cerita nya... Hehehe.
Mama - aa topping dia tu mmg really nice..jez nice with lime taste..selalu asyk cokelat je kaann..
ReplyDeleteKakmOn - mana leh lawan kegebuan mat tu...dia gebuus..putih..n montoqq lagi...(*mat, sowwwyyy byk-byk, dh memang xda ayat lain lg nk menggambarkan kegebuan tu..hehe)
ummi - (*adik ummi lah ek) hai lama x bertandang ek..buttermilk ni jenis cairan mcm fresh milk, tapi lebih beralkali drp freshmilk biasa..mmg susah sikit nk dpat, xpa kita leh substitute according to volume to volume/one to one basis, ie:-
1 cwn buttermilk = 1 cwn yogurt;
1 cwn buttermilk = 1 cwn freshmilk + 1 sudu besar lemon juice/cuka makan ;(biarkan 10 mint sebelum masukkan dlm adunan)
1 cwn buttermilk = 1/4 cwn fresh milk + 3/4 cwn yogurt.
Boleh kannn? Nanti buat yaa..
drNo - aa lah rasanya ala-ala chiffon cake..nnt nk try yg drNo buat tu..hehe..
Cath - selalu di rumah akak, kek coklat je cepat licin, but this cake is at its own different taste, my kids suka gak, cepat je licin..sedap dgn lime icing tu..cubalah..senang jek! =D
ReplyDeletesalam... sedapnya kek tu mengiurkan. Ari ni kje tgk org buat kek je. Cik mat pun mengganas wat kek tu...
ReplyDeletethanks ummi sebab cuba resepi noreen tu mmg sedap pun gebu plus tak jemu makan asyik2 buat cekelat kek je bosan gak. rasenya letak buttermilk tu yg buat kek rase laei sodap
ReplyDelete