
ASSALAMUALAIKUM...
Selepas Subuh semalam, lebih kurang jam 6.20 pagi akak telah mendapat panggilan telefon emak dengan nada sayu dan teresak memaklumkan bahawa nenda (tokwan) akak Haji Abdul Rahman bin Ahmad yang dalam jagaan ibu bapa akak di kampung telah kembali ke Rahmatullah. Tersentap rasa bagaikan tidak percaya...namun air mata berguguran membuatkan akak sedar bahawa Allah lebih menyayanginya. Di usia 86 tahun setelah uzur yang teramat sangat lebih kurang 3 bulan dalam jagaan emak dan abah akak di Felda Kg. Awah, akhirnya arwah pergi jua di subuh hening 19 April 2012.
Selepas mendapat panggilan emak, akak pun teruslah sibuk membuat panggilan kepada adik2 akak yang lainnya serta saudara mara sambil bersiap-siap dan berkemas untuk balik. Mujur juga Aiman belum sempat ke sekolah lagi walaupun telah siap berpakaian sekolah untuk tunggu bas depan pagar rumah akak. Jam 7.30 pagi kami bertolak balik ke Temerloh dan alhamdulillah segalanya lancar dan arwah Tokwan selamat dikebumikan sebelum waktu zohor di Pusara Damai, Felda Kg. Awah.
Hanya tinggallah kenangan manis sepanjang hidup dilayan manja sewaktu kecil-kecil bersama Tokwan yang sangat2 akak sayang. Antaranya, teringat zaman kecil2 kalau balik ke Lurah Bilut mesti Tokwan akak bawak naik motor ke Kg. Baru Cina, Lurah Bilut untuk belikan akak bekas pensel, warna, bekas makanan dan botol air baru. Seronok Tokwan bawak pusing-pusing satu kampung lagik...Habis semua kawan-kawan Tokwan diperkenalkan kepada akak dan dapat banyak gula-gula la...duit laaa...hadiah laaa..sukanya hati....Tu belum hadiah duit raya yang banyak dan baju baru....huhuuuu.. Sehinggalah ke cicit-cicitnya (anak2 akak dan yang lain-lain), Tokwan tidak pernah berkira, duit raya dapat paling kurang pun RM50 seorang, cucu-cicit mana la yang tak sayang kan... Kita hulur duit kat dia, dia hulur pulak duit kat anak-anak kita pulak.... Namun itu bukanlah pokok utama, yang penting kasih sayang dan kemesraan melayani karenah cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang buat arwah disayangi. Tetapi mulai sekarang, kisah-kisah indah dan kemesraan itu sahaja yang tinggal untuk untuk dijadikan kenangan.
Semoga roh Tokwan tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt jua. Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amiiiinnn..
Subb....Subbb..........Al Fatihah.......