Friday, November 4, 2011

Takku Sangka Berjujuran Jua Air Mata Ku

Assalamualaikum....mohon maaf kerana akak x letak entry pun 2 3 hari ni,. Kali ni lain pulak ceritanya, akak abadikan sebagai tanda kenangan kami bersama ahli keluarga baru kami sejak 6 bln dulu...akak 3 beranak duk sibuk ke hulu ke hilir dan dalam kesedihan juga....teramat sedih sebenarnya...nak masak2 beriya or update entry pun xda mood terus. Memang x sangka-sangka air mata akak begitu murah untuk rebit kesayangan peliharaan kami. Salah seekornya telah terkena penyakit yakni tiba-tiba lumpuh....bagai tersayat hati tengok dia tiba-tiba terbaring....huhuu...Tengoklah betapa comelnya mereka semasa berusia 2 bulan ni....

Episod bermula bila petang selasa (1 Nov.) baru ni, ketika akak duk memerhatikan hb sibuk tukarkan alas dan bersihkan cage Ed dan Eby rebit kesayangan Najwa (now berusia 6 bln), akak terperasan yang Ed dah x berlari...pastu tengok dia jatuh-jatuh bila nak berdiri dan tumbang. Akak terus sahut kat hb suruh tengok, baru hb perasan, dan dan tu jugak akak rasa kasihan dan sedih. Itu tahan lg laa...pastu Aiman datang tengok, terus mata dia merah jugak. Tetapi kami beranggapan kot tangan dia patah kot sebab masa tu tangan depan dia jek yang lembik...kesian sungguh tengok dia xleh berdiri nak main-main.. Jadi, lepas maghrib tu, kitaorang bawak Ed ke Jawhari Cat Medical Center (tempat kami selalu "boarding" dia bila balik kampung or jalan-jalan). Walaupun tempat tu khas untuk kucing2 jek, tapi Doc Jawhari tu juga punya pengetahuan dan biasa dengan perubatan untuk rebit ni.

Tiga hari akak duk susul dengan Ed ni di pusat tersebut...hati rasa sayu sangat bila tengok dia terus terbaring langsung, air mata akak senang2 jek berjujuran walaupun di depan doc....doc kata x banyak perubahan...Malam pertama, akak terjaga dari tidur jam 3 pagi, terus akak teringatkan Ed dan terfikir bagaimanalah keadaannya....masih bertahan ke dia.....sedih betul-betul xleh lelap sampai subuh. Datang ke ofis pun hati sedih je....setiap yang bertanya di ofis ni, akak cerita jek, air mata berjujuran keluar....adeeeii, x sangka hati akak begitu sayu sampai camni.. Jam 2.30 petang kelmarin akak tengok Ed dan keadaan masih sama.. Dia memang xleh bangun langsung.
Hb mengusap2 dan berbisik kepada Ed yang mmg x bermaya kelmarin agar cepat sembuh..

Apapun kelmarin (rabu) bagai satu petanda, bila berborak dengan sorang adik ofis ni dia pernah mengalami kucingnya sampai collapse 99%, jadi sawan dan menggelupur serta lumpuh kaki. Doc Veterinar pun x tau nak buat apa, dia decide bawak balik rumah dan bagi air zam-zam... Alhamdulillah dia rawat dan belai segala, beberapa hari kemudian kucingnya sihat walafiat hingga sekarang...So petang rabu lepas ofis akak n hb balik ke rumah , solat dan bawak Aiman sekali pergi semula ke pusat tu dan serahkan air zam-zam tu. Akak berfikiran akak akan usaha selagi terdaya. Moga kemujaraban air zam-zam jadi penawarnya...amiiinn. Memang hati akak begitu yakin akan usaha terakhir dr akak selain doctor sendiri. Pekerja-pekerja di situ pun nampak sungguh penyayang dan sangat memahami. Rasa hiba jugak kerana tak dapat nak membelai sepenuhnya Ed disebabkan akak bekerja...alangkah elok kalau kami ber3 sama2 dapat jaga kaan...

Setelah disoal selidik oleh Doc situ, penyakit ni tidak mungkin disebabkan oleh keracunan or bakteria kulat makanan memandangkan yang seekor lagi elok sihat je setakat ni. Kemungkinan besar adalah disebabkan dari keturunannya yang "kahwincampur dari jenis adik-beradik" gitu yang mana kita tahu kalau kita manusia pun kan tidak elok berkahwin dengan keluarga terdekat sangat kan...

Sudah 2 malam Ed warded di pusat jagaan tersebut, pagi semalam akak call dan bercakap dengan Doc Jawahir sendiri, katanya Ed still xleh bangun namun temperature dia masih ok, makan mmg x banyaklah sebab bersuap semua...najis pun dah kecil2 sebab x banyak makan tp still normal.... Tp Doc kata dia akan drip lagi tengahari ni dan malam ni dan ingin lihat perkembangan sehari dua ni...huhuuu..

Sedih sangat bila balik ke rumah, terpandangkan cage Ed tu, hati serta merta jadi sedih dan air mata berguguran... Untuk makluman, seumur hidup akak, kami sekeluarga mmg tak pernah lagi memelihara haiwan sehinggalah pada bulan Mei baru-baru ni Najwa bercuti semester panjang dan merengek2 nak memelihara rebit. Akak pun turutkan lah dan dapatkan sepasang untuknya. Namun, bila Najwa masuk kembali ke U semula, kami semua lah yang jaga terutama hb dan aiman. Bukanlah akak belai sangat haiwan tu selama ni, usap sesekali dan jeling-jeling jek... x sangka bila dia sakit begini, akak yang berlebih2 berjujuran air mata mengalahkan hb dan aiman yang selalu menguruskan penjagaannya...huhuuu

Kiri (gambar kelmarin - lemah langsung x boleh mengangkat kepala dan kurang respon)
Kanan (gambar petang semalam - sudah boleh mengangkat kepala dan bertindakbalas bila dicuit2, boleh menolak-nolak kakinya..) syukur alhamdulillah

Najwa telah bertolak balik dr Arau petang semalam dan bermalam di KL sebab akak x bagi dia drive malam2 terus ke Kuantan. Hari ni baru dia akan balik ke Kuantan selepas ambil Najiha di Shah Alam dan seorang sahabat lamanya tumpang balik jgk. Dia amat berharap dia sempat melihat Ed di pusat jagaan tersebut dan dapat menjaganya di saat-saat camni...

Akak sendiri x tahu kenapa akak begitu sayangkan dan boleh sedih sebegini terhadap 2 haiwan comel Ed dan Eby ini....kenapa Ed cepat sangat jatuh sakit...terlalu muda....adakah harapan untuk dia sembuh. Akak jugak tak sangka, setiap kali solat, air mata akak berjujuran sekali bila berdoa, teringatkan dia jugak...Baru akak faham naluri mereka yang mempunyai haiwan kesayangan ni. Selama ini membaca kisah-kisah mereka, mungkin x sampai ke hati...bila dah merasa begini...tahulah perasaannya...huhuu

Dengan perkembangan baik semalam, diharap Ed cepat sembuh dan kembali aktif...xnak fikir yang selainnya...terasa doa dirintih kepadaNya dengan berjujuran air mata bagai dimakbul...Ya Allah, Engkau Maha Mendengar, Mengasihi, Mengasihani Lagi Maha Penyayang...huhuu

(*duk terfikir, macamanalah manusia boleh membuang bayi sewenang-wenangnya....huhuu - Kata Mat Gebu semalam, mmg kuatlah "connection" akak dengan rebit ni....huhuuuu...)


Tuesday, November 1, 2011

Dragon Fruit Jelly

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...

Waaah dah makan nasi semua eks...mesti tersandar kekenyangan...akak x makan pun...mmg jarang sangat2 ambil nasi tengahari hari bekerja....takut ngantuksss kat ofis...hehe..balik rumah tadi makan kuih2 or buah2 jek....balik petang kang baru mengeletar badan makan nasi....so makan awal, penghadaman bagus bila nak tidor kan... tp hb n anak2 biasa makan malam laaa...masa diaorg makan tu, akak tengok jek la eh...hehehe..eh, kita teman2 manja je la...wakakkakaaa

Kalau rasa nak makan dessert, meh layan jelly buah naga nih. Selalu tengok orang buat jelly limau jek kan, meh cuba yang ni laks....tp entry tertunda dah ni, jgn mintak eh..hahahaa... Buah ni akak dapat (*eh beli laaa...) masa otw balik dr rumah mak hari tu, singgah kat R&R Temerloh, kebetulan ada, weeeyy mahalnya, sekilo RM10...ya laaa, bukan musim dia kan... pastu baru ni lalu nak cari lgk...dah xda, xda bekalan kata adik2 yg jual tu.... Makan mcm gitu jek mmg sedap...tp ni saja laaa nak try2 menjelly....hehee... Layaaannnn, thanks to Tin Tin @ Cookingcrave....Xyah translate la eh...ayat senang2 jek tuh...hehe

DRAGON FRUIT JELLY
Original Recipe: Tin Tin @ Cookingcrave
Tested by : Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients
:
  • 30 gram jelly strips (agar-agar )
  • 200 gram sugar (can be easily reduce to 180 gram)
  • 1 litre water
  • 1 large dragon fruit - skinned & blended
  • 3 pandan leaves - knotted

Method:

  1. Wash and soak the jelly strips for 10 minutes or more. Bring water to boil.
  2. Add jelly strips, knotted pandan leaves and cook till it is fully dissolved.
  3. Add in sugar and cook till it is completely dissolved, turn off heat. Discharged pandan leaves.
  4. Stir in blended dragon fruit puree into the jelly mixture.
  5. Pour the mixture onto the jelly mould or 2 inch tray.
  6. Allow to cool down before chill it in the fridge.
Note: *If you prefer to have bites of the dragon fruit in jelly. Don't blend the dragon fruit instead cut them in 1cm cubes and drop it in the cooked jelly. Reduce the sugar if the dragon fruit are sweet and vice versa. This jelly makes a good after dinner dessert.


Akak letakkan kulit buah ni atas mug, then baru tuangkan jelly ni...janganlah tuang tengah panas-panas sangat, biar dulu 2 3 minit....baru tuang...xpun layu sangat kulit buah tu, x cantik...maklum kulit buah naga ni kan x macam kulit limau..

memang nampak sebijiiiikkk cam buah naga original kan....hehehe

Monday, October 31, 2011

Shepherd's Pie

Assalamualaikum....Salam hari Isnin....

Dah lama bercuti ni mood nak pi kerja pun malas jek...hehee, sonok lak duk rumah rehat2kan otak, bila la nak cukup belanja eh...boleh cepat berenti kerja...hahahhaha...

Ni menu ntah bila punya....berderet menanti...Macam mana la nak slow down eh...makin slow, makin banyak duk que tu ha.... Ni rasanya breakfast akak hari sabtu lepas sebelum bercuti ke KL. Kebetulan abanglong pun ada balik bercuti sempena Deepavali, so menu western mmg kegemaran dia laaa...ringkas tp mengenyangkan... Lagi pun senang nak buat...i liiiikkkkeee...hehehee. Abanglong x ikut ke KL, banyak assignment dia nak kena siapkan...so dia "home alone" la 3 4 hari...

Jom layaaannnn resepi dari buku Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi yang sedang meletup2 di pasaran ni....dah berapa kali terbit dah kata kak Liza...dassaattt nooo...Rasa dulu akak dah penah buat, tp x igt pulak resepi sape...apapun, thanks kak Liza cayangggg eh..sedaaappp weeeyyy!


SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
Anyone????

Ini aksi Aiman yang menghabiskan 2 ramkin sekaligus...dasssaaattt tak...adeeeiii