Friday, November 21, 2008

Baked White Chocolate Cheesecake

Tangkap leleh tak..?? hehee..
Taraaaaa..!!! Dah lama x buat ciskek yang menjadi kegilaan (*ayat power nih..) anak2 dan hubby jugak di rumah ni..tapi Ummi sedang berusaha menjadikan dia musuh tanpa rela Ummi...huhuuu..Resepi dari dapur orang UK ni...sapa lagi..kalu bukan Noreen tu haa..thanx Noreen...memang killer!!! Dengan whipping cream dan grated white choc lagi kat atasnya..alahaiii banyak mana la kalorinya...sendiri mau ingatlaaa...!

Bahan (10 potong):-

180 gm white chocolate - kalau xda, boleh guna milk chocolate
150 gm granita/digestive biscuits (*ummi guna oreo)
80 gm mentega - dicairkan
500 gm cream cheese - suhu bilik (*ummi guna Philladelphia)
300 gm sour cream
3/4 cawan (170 gm) gula kastor
1 camca teh esen vanila
3 biji telor - suhu bilik
1 camca besar - lemon juice (*ummi tambah ni)
thick cream - to serve (*ummi pukul whipped cream)

Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160 deg Celcius. Letakkan baking paper ke dalam loyang bulat 8 inci dan ketepikan.
  2. Masukkan separuh white chocolate ke dalam food processor dan blend. Biarkan kasar jangan halus sangat, ketepikan. (Ummi parut jek)
  3. Masukkan biskut ke dalam food processor dan blend hingga hancur. Sementara itu bolehlah masukkan mentega cair dan blend sebati.
  4. Tuangkan biskut tadi ke dalam tin kek dan tekan2 biar padat. Masukkan ke dalam fridge selama 30 minit.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan cream cheese, sour cream, gula dan esen vanila ke dalam FP dan blend hingga sebati sambil dimasukkan telor satu persatu (*ummi guna mixer je).
  6. Kemudian tuangkan ke dalam tin kek yang berisi biskut tadi dan taburkan white chocolate yang telah dikisar tadi. Kacau dengan garfu supaya ianya larut sedikit ke dalam adunan dan bakar selama 50 - 60 minit/hingga masak.
  7. Tutupkan api oven dan biarkan kek di dalam oven dengan direnggangkan pintu oven selama 2- 3 jam (Permukaan kek akan sedikit merekah)
  8. Selepas itu bolehlah disimpan di dalam fridge selama 4 jam.
  9. Sapukan cream ke atas kek dan parutkan lebihan white chocolate dan taburkan ke atas cheesecake tadi. Bolehlah dipotong dan hidangkan....Killer u!!
Sebelum dibakar

4 comments:

Ummu Aqil said...

sedapnye.....

MyLilBundle said...

ya Allah..
sedap nyerr ummi...
nak buat x sanggup sbb dok berdua jek..
tp alahaiii nk rasa sepotong jekkk bestnyerr kalau dok dkt ngan ummi.. hehee
nnti laa kalau free nk try resepi kek gula hangus kt bwh tu..
psst awat kine blocked ?? fp wat perangai molek lg laa tuhh
eeeeii HANGINNN tuh satu bdn!!!

syazwaniadnan said...

mmg tangkap leleh!! iskkk >__<
ummi, guna loyang bottom loose ke?
atau loyang biasa (loyang xleh keluarkan base)

teruja2!!

Anonymous said...

Aishah - memang sedap..kejap je licin..hehe..fav satu rumah tu..

Shima - kalu xnak buat bnyk, leh wat half...so lg jimat bahan..hehe

Syazwani - yeap!akak guna loyang 8" yang loose tu..senang nk bawak keluar..:D