Sunday, September 7, 2008

Kari Asam Pedas

Menu berbuka hari Jumaat kelmarin..ni baru sempat posting..tu pun line internet ni slow tahap gaban dah..byk nk posting..nk edit gambar pun lembab betul laaa, maleh nk letak gambar byk2, menciiiii tul, maybe sebab hujan lebat petang tadi...Ni resepi dari MR oleh Tulip77. Sedap, x rugi mencuba..

Bahan:-
1 ekor ikan (apa2 je - Ummi guna ikan krisi besar jugak)
1 biji bwang besar - mayang
3 biji bwang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai - ketuk
1/2 inci lengkuas - dihiris nipis (*ummi ketuk jugak)
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dgn sedikit air
1/2 cawan air asam
Air secukupnya.
Garam secukup rasa
Sedikit gula
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik bau. Masukkan daun kari dan kacau. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih masukkan ikan. Bila ikan aga masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum. Masukkan gula dan garam dan seimbangkan rasa.

No comments: