Sunday, April 13, 2008

Kek Lobak Merah Kukus

Nampak sedap je bila tengok kek ni kat rumah Kak Liza, so ummi buat le petang semalam...tapi ummi adjust je dengan bahan yang ada kat rumah ni, ummi x isi prune pun, malas dah nak ke kedai, wpun kedai tu sejengkal je dengan rumah hehehe...memang gebu dan lembut sebab dikukus agaknya, macam apam gitu..petang ni dah tinggal tak sampai separuh... :D. Ni resepi asalnya:-

Bahan:-
250 gm butter
150 gm gula halus
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
200 gm carrot (parut dan celur - toskan)
100 gm prune - cincang (*ummi x letak ni)
50 gm kismis - (*ummi letak 100 gm)
230 gm tepung gandum @ ]
1 sudu kecil baking powder @ ] @ ayak bersama
1 sudu kecil serbuk kayu manis @ ] - ummi letak 1/4 sudu kecil sj.

Cara Membuat:-
Panaskan kukusan. Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi. Masukkan esen vanila, kacau. Masukkan tepung yang diayak dengan baking dan serbuk kulit kayu manis. Masukkan carrot, kismis dan prune. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus dalam kukusan selama 50 minit. Bila telah masak, sejukkan dan keluarkan untuk dipotong.

(*Balut kukusan dengan kitchen towel semasa mengukus agar air tidak jatuh ke atas permukaan kek)

2 comments:

Anonymous said...

klu bakar je bleh x?

Ummi said...

Anony -
Kalau bakar, takut jadi kering sangat, x best...yg ni moist la bila sikit bila dikukus... :)